Gerak Khas Undercover | |
---|---|
Genre | Aksi,drama,jenayah |
Pencipta | Syafiq Yusof |
Dibangunkan oleh | |
Ditulis oleh | Panel Skrip Skop Productions |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Penggubah lagu tema | Syamsul Yusof |
Lagu pembukaan | "GK Undercover" oleh Syamsul Yusof |
Lagu penutup | "GK Undercover" oleh Syamsul Yusof |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 30 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Fetty Hj. Ismail Salmah Hj. Ismail |
Penerbit | ACP (K) DatukYusof Haslam |
Lokasi | |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 39—40 minit |
Syarikat penerbitan | Skop Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 1 Oktober 2021 – 7 Oktober 2022 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Gerak Khas (1999–2021) |
Gerak Khas Undercover ialah sebuah siri drama televisyen aksi Malaysia 2021 karya asalSyafiq Yusof terbitanSkop Productions. Merupakan siri terbitan turunan daripadaGerak Khas (1999–2021), ia berkisarkan mengenai sepasukan pegawai polis yang menyiasat yang menyelesaikan kes jenayah yang sengit. Dibintangi olehAaron Aziz,Erra Fazira,Eizlan Yusof,Ruzana Ibrahim,Elizabeth Tan,Raja Afiq,Salina Saibi,Farid Amirul,C. Kumaresan,Sheera Iskandar danAC Mizal, siri ini memulakan tayangan perdana diTV3 bermula 1 Oktober 2021.[1][2][3][4][5]
Mengisahkan tugas risikan bagi membanteras jenayah. Setiap episod akan memaparkan kes-kes jenayah yang berlainan. Antaranya, kes jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap remaja, kes pengedaran dadah dalam kalangan pelajar sekolah, sindiket penipuan jual beli kereta, kes pelacuran dan keldai dadah dalam kalangan pelajar kolej dan lain-lain.
Nombor episod | Nombor episod (Keseluruhan) | Tajuk | Tarikh siaran asal |
---|---|---|---|
1 | 1—9 | "Tony Bono" | Bahagian 1 (1 Oktober 2021 (2021-10-01)) Bahagian 2 (8 Oktober 2021 (2021-10-08)) Bahagian 3 (15 Oktober 2021 (2021-10-15)) Bahagian 4 (22 Oktober 2021 (2021-10-22)) Bahagian 5 (29 Oktober 2021 (2021-10-29)) Bahagian 6 (5 November 2021 (2021-11-05)) Bahagian 7 (12 November 2021 (2021-11-12)) Bahagian 8 (19 November 2021 (2021-11-19)) Bahagian 9 (26 November 2021 (2021-11-26)) |
2 | 10—11 | "Kabut Malam" | Bahagian 1 (3 Disember 2021 (2021-12-03)) Bahagian 2 (10 Disember 2021 (2021-12-10)) |
3 | 12—13 | "Psycho" | Bahagian 1 (17 Disember 2021 (2021-12-17)) Bahagian 2 (24 Disember 2021 (2021-12-24)) |
4 | 14—15 | "Jerat" | Bahagian 1 (7 Januari 2022 (2022-01-07)) Bahagian 2 (14 Januari 2022 (2022-01-14)) |
5 | 16–17 | "Rita" | Bahagian 1 (24 Jun 2022 (2022-06-24)) Bahagian 2 (1 Julai 2022 (2022-07-01)) |
6 | 18–19 | "Proksi" | Bahagian 1 (8 Julai 2022 (2022-07-08)) Bahagian 2 (15 Julai 2022 (2022-07-15)) |
7 | 20–21 | "Sugar Baby" | Bahagian 1 (22 Julai 2022 (2022-07-22)) Bahagian 2 (29 Julai 2022 (2022-07-29)) |
8 | 22–24 | "Man Rimau" | Bahagian 1 (5 Ogos 2022 (2022-08-05)) Bahagian 2 (12 Ogos 2022 (2022-08-12)) Bahagian 3 (19 Ogos 2022 (2022-08-19)) |
9 | 25 | "Helah Maya" | (26 Ogos 2022 (2022-08-26)) |
10 | 26–27 | "Hasutan" | Bahagian 1 (2 September 2022 (2022-09-02)) Bahagian 2 (16 September 2022 (2022-09-16)) |
11 | 28 | "Ops Samar" | (23 September 2022 (2022-09-23)) |
12 | 29 | "Tebusan" | (30 September 2022 (2022-09-30)) |
13 | 30 | "Krisis" | (7 Oktober 2022 (2022-10-07)) |
Idea asalGerak Khas Undercover datang daripadaSyafiq Yusof yang turut berkhidmat sebagai salah seorang pengarahnya, manakalaYusof Haslam bertindak sebagai penasihat penerbitan.[6][7][8] Yusof berkata: "Tidak sepertiGerak Khas,Gerak Khas Undercover mempunyai watak, yang kelihatan tidak jelas secara moral. Sebilangan pegawai yang menyamar menjadi begitu meyakinkan sebagai 'penjenayah' sehingga penonton mungkin menganggap mereka adalah penjenayah,". Penggambaran dijalankan di sekitarLembah Klang,Selangor selama lebih dua bulan sebelumPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dengan enam episod disiapkan. Yusof berkata, lapan lagi episod hampir siap sejak PKP memaksa pihaknya berehat selama empat bulan.[9] Lagu tema siri ini, "GK Undercover" dipersembahkan olehSyamsul Yusof yang turut berkhidmat sebagai komposer dan penulis lirik.[10]