Gerak Khas | |
---|---|
![]() | |
Genre | Aksi,drama,jenayah, thriler,misteri, saspens |
Pencipta | Datuk Yusof Haslam |
Dibangunkan oleh | |
Ditulis oleh | Panel Skrip Skop Productions |
Pengarah | |
Dibintangi oleh | Lihat di bawah |
Penggubah lagu tema | Hafiz Hamidun |
Lagu pembukaan | "Gerak Khas" |
Lagu penutup | "Gerak Khas" |
Penggubah | Yusof Kelana |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu[a] |
Bilangan musim | 20 |
Bilangan episod | 1,054 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Fetty Hj. Ismail Salmah Hj.Ismail Syamin Yusof Syafiq Yusof |
Penerbit | ACP (K) Datuk Yusof Haslam |
Penyunting | Shahrul Dhoman Faizal Karim Wan Norhadi Wan Noh |
Lokasi | |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 43–44 minit |
Syarikat penerbitan | Skop Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | RTM: TV1 (1999–2003, 2004–2006) TV2 (2003–2004; 2006–2020) Media Prima: TV3 (2020–2021) |
Format gambar | |
Format audio |
|
Siaran asal | 5 April 1999 (1999-04-05) – 27 Mac 2021 (2021-03-27) |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan |
|
Gerak Khas merupakan sebuah siri drama televisyen kepolisan Malaysia terbitanSkop Productions dengan idea dan konsep asal olehYusof Haslam, bersiaran diRadio Televisyen Malaysia (RTM) danSistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3). Drama ini bersiaran dari 5 April 1999 hingga 27 Mac 2021. Drama ini pernah kembali disiarkan diTV1 pada tahun 2004 sehingga tahun 2006 sempena dengan penjenamaan semula stesen tersebut, kemudianGerak Khas bersiaran semula diTV2 pada tahun 2006. Siri ini memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, ceti haram, penipuan, dadah dan sebagainya.[3] Siri ini turut mencetukanadaptasi filem yang diterbitkan antara 2001 dan 2005.
Barisan pelakonGerak Khas bersilih ganti, dengan pengecualianYusof Haslam,A. Galak,Farid Amirul,Deen Maidin,ACP Shaharon Anuar danAbby Abadi yang merupakan pelakon asalnya sejak siri ini diperkenalkan.Gerak Khas turut mendapat pengiktirafan daripadaThe Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran”.[4] Drama ini direhatkan pada Julai 2011 selepas musim terakhirnya disiarkan lalu digantikan olehMetro Skuad yang disiarkan dari Mac 2012 hingga Mac 2013.[5][6]
Pada 14 Februari 2014,Gerak Khas kembali menemui penonton selepas hampir tiga tahun direhatkan dengan mengekalkan sebahagian besar daripada pelakon asalnya dengan penambahan pelakon baru.[7][8] Siri ini kembali dengan musim ke-20 yang memulakan tayangan perdana diTV3 pada 4 Disember 2020 dengan musim ke-20 ini menjadi musim terakhir.[9] Pada 1 Oktober 2021, Gerak Khas kembali bersiaran dengan nafas baru berjudulGerak Khas Undercover.
Unit Gerak Khas yang di bawah pimpinan Datuk Helmi telah ditugaskan untuk membanteras jenayah hingga ke akar umbi demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. Beliau dibantu oleh anggota-anggota bawahan dan pegawai-pegawai atasannya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dihadapi oleh pihak Unit demi menjaga keamanan negara.
Gerak Khas merupakan idea dan konsep asalYusof Haslam, dibangunkan olehSkop Productions danPolis Diraja Malaysia (PDRM). Di awal kemunculanGerak Khas, barisan pelakon asal terdiri daripadaAbby Abadi,AC Mizal,A. Galak,Deen Maidin,Shaharon Anuar,Farid Amirul dan Yusof sendiri. Lagu temaGerak Khas asal dicipta oleh PH Lim dan dinyanyikan oleh AC Mizal dan Abby Abadi, kemudian digubah semula olehJames Baum bermula pada 2009.
Siri ini pada asalnya disiarkan pada 5 April 1999 jam 9:30 malam diTV1. Namun sejak 2004, ia bersiaran diTV1 setiap rabu jam 9.00 malam selepas penjenamaan semula siaran RTM. Namun ditukar semula keTV2 pada tahun 2006. Pada tahun 2007 Siri ini diubah waktu siarannya pada hari jumaat jam 9.00 malam dan pada tahun 2009 waktu siaran diubah waktu iaitu 10.00 malam dan kembali semula kepada waktu asal pada tahun 2010 jam 9.00 malam. Pada tahun 2017, siri ini diubah waktu iaitu bermula jam 8.30 malam pada hari yang sama.
Berikut ialah senarai barisan pelakon terkini dan terdahulu siri dramaGerak Khas (termasukGerak Khas Undercover dan tidak termasuk filem):
Pelakon lain yang mewakili PDRM selain Shahron Anuar turut jayakan sama ada berdialog atau tidak yang muncul dalam beberapa episod siri Gerak Khas:
Dari 1999 hingga 2011 dan sejak 2014,Gerak Khas menampilkan barisan pelakon-pelakon popular tanah air sebagai pelakon undangan dalam setiap episod. Terdapat juga pelakon undangan yang muncul dalam lebih daripada satu episod.
Catatan: Semua barisan pelakon disusun mengikut urutan abjad.
Terdapattiga buah filem berdasarkan siri drama tersebut.
Selain drama dan filem, terdapat juga telefilem yang berdasarkan siri drama ini, yang mana ia disiarkan sempenaHari Raya Aidilfitri.
Sejak April 2006, siri drama TV ini merupakan satu-satunya rancangan bersiri pilihan penontonTV2 sehingga kini, yang mana rancangan-rancangan bersiri lain di saluran tersebut kurang menepati selera penonton.[18]
Siri ini telah diparodikan olehAstro Warna dengan judulGelak Khas, disiarkan pada 2009 dan dibintangi oleh kumpulan Sepah.Gerak Khas turut dijadikan sebagai panduan untuk filemKL Special Force arahanSyafiq Yusof yang ditayangkan pada 8 Mac 2018, dibintangi olehRosyam Nor,Fattah Amin danSyamsul Yusof.[19]
Lagu temaGerak Khas juga digunakan sebagai sampel lagu latar untuk filem 2014,Abang Long Fadil arahan Syafiq. Malah, namaGerak Khas juga disebut oleh Inspektor Shuib lakonanShuib Sepahtu ketika bertanya kepada Inspektor Wahab lakonanSyamsul Yusof mengenai Unit Skuad Khas dalamAbang Long Fadil 2.
Enam bulan selepasGerak Khas berakhir, siri ini kembali semula dengan siri terbitan turunan berjudulGerak Khas Undercover diarahkan oleh Syafiq Yusof bersama beberapa pengarah lain serta dibarisi olehAaron Aziz,Elizabeth Tan,Ruzana Ibrahim,Raja Afiq,Eizlan Yusof,Rosyam Nor termasuk kemunculan semulaAC Mizal selain mengekalkan pelakon siri itu.Gerak Khas Undercover memulakan tayangan perdana diTV3 bermula 1 Oktober 2021.[20][21]
Sepanjang ia bersiaran,Gerak Khas turut berdepan dengan beberapa kontroversi dan skandal yang melibatkan pelakon-pelakonnya. Dua pelakon utamanya,Norman Hakim danAbby Abadi memfailkan perceraian pada awal 2009 gara-gara Norman yang ditangkap berkhalwat dengan pelakon,Memey Suhaiza.[22][23] Seorang lagi pelakonnya,Farid Amirul yang didakwa atas kesalahan mencuri buku di kedai bukuMPH Bookstores diMid Valley Megamall,Bangsar,Kuala Lumpur, buku tersebut yang dicurinya ialahDecoding The Heaven danThe Sistine Secrets. Akibatnya, Farid telah dipenjarakan selama setahun dan beliau juga dilarang berkunjung ke mana-mana kedai buku MPH yang lain.[24][25][26]
Salah satu episod dalam musim ke-10 siri ini, "Sadis" menerima kecaman daripada banyak pihak kerana jalan ceritanya dikatakan hampir serupa dengan kes pembunuhan kanak-kanak,Nurin Jazlin Jazimin. Yusof Haslam bagaimanapun mengeluarkan permohonan maaf susulan isu tersebut dan tidak berniat untuk mempersenda mahupun menyinggung perasaan keluarga Nurin Jazlin.[27][28]