Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

George Westinghouse

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
George Westinghouse
Westinghouse pada 1884
Kelahiran(1846-10-06)6 Oktober 1846
Meninggal dunia12 Mac 1914(1914-03-12) (umur 67)
New York City, New York
WarganegaraAmerika Syarikat
PasanganMarguerite Erskine Walker (k. 1867)
Anak-anakGeorge Westinghouse III
AnugerahPingat John Fritz(1906)
Pingat IEEE Edison(1911)
Tandatangan

George Westinghouse Jr. (6 Oktober 1846 – 12 Mac 1914) ialah seorang ahli perniagaan dan jurutera Amerika Syarikat berasal dariPennsylvania. Westinghouse mencipta brek udara kereta api dan merupakan pelopor kepada industri elektrik. Beliau mendaftarkan paten pertamanya pada usia 19 tahun. Westinghouse melihat potensi arus bolak-balik sebagai sistem pengagihan elektrik pada awal dekad 1880-an, sehingga berjaya membangunkan dan memasarkannya, dan akhirnya harus bersaing dengan sistem arus terus ciptaan Edison. Pada tahun 1911, Westinghouse menerimaPingat Edison dariAIEE "atas pencapaian luar biasanya dalam membamgunkan sistem arus bolak-balik."[1]

Kehidupan awal

[sunting |sunting sumber]

George Westinghouse lahir pada tahun 1846 diCentral Bridge, New York, sebagai anak kepada Emeline (Vedder) dan George Westinghouse Sr., seorang pemilik kedai mesin.[2] Nenek moyangnya berasal dari Westphalia (Jerman), dan awalnya berpindah ke England, sebelum kemudian berpindah kembali ke Amerika Syarikat. Nama Westinghouse merupakan bentuk Inggeris dari Westinghausen. Sejak muda, George berbakat pada bidang mesin dan perniagaan. Pada usia 15 tahun, semasaPerang Saudara berakhir, Westinghouse mendaftar di New York National Guard dan bertugas hingga ibu bapanya memintanya pulang. Pada April 1863, beliau memujuk ibu bapanya untuk membolehlannya kembali bersatu, sehingga ia kembali bergabung pada Kompi M Kavaleri ke-16 New York dan memperoleh pangkat kopral. Pada Disember 1864, beliau mengundurkan diri dari Tentera Darat untuk menyertaiAngkatan Laut, dan bertugas sebagai Pembantu Jurutera Ketiga diUSS Muscoota hingga perang berakhir.[3] Pasca ketenteraan Ogos 1865, beliau kembali ke keluarganya diSchenectady dan belajar diUnion College. Beliau tidak tertarik dengan kurikulum di sana, sehingga akhirnya mengundurkan diri pada tahun pertama kuliah.

Pada usia 19 tahun, Westinghouse mencipta penemuan pertamanya, iaitumesin wap rotary.[4] Beliau juga menubuhkan Westinghouse Farm Engine. Pada usia 21 tahun, beliau menciptakan "pemindah kereta kuda", iaitu sebuah peranti untuk memandu kereta kuda yang menjunam kembali ke rel, dan wisel, iaitu sebuah peranti yang digunakan untuk memandu kereta api ke salah satu dari dua jalur.[4][5]

Brek udara

[sunting |sunting sumber]

Westinghouse kemudian menyaksikan satu nahas kereta api akibat pembrekan memakan waktu terlalu lama. Pada saat itu, jurubrek kereta api harus beralih ke kereta kuda dari kuntuk mengaplikasikan brek yang dipasang di setiap kereta kuda secara manual.[perlu rujukan]

Pada tahun 1869, pada usia 22 tahun, Westinghouse mencipta sebuah sistem pembrekan kereta api dengan menggunakan udara bertekanan. Sistem ini menggunakan sebuah pemampat di lokomotif, sebuah penampung dan sebuah injap khusus dalam setiap kereta kuda, serta paip yang memanjang dari lokomotif hingga keretapi terakhir (dengan sambungan fleksibel) untuk mengisi penampung dan mengatur brek, sehingga mesin ini dapat mengaplikasikan dan melepas brek secara bersamaan di setiap kereta kuda. Jika berlaku kebocoran udara, maka brek akan aktif secara automatik di seluruh kereta kuda. Sistem ini dipatenkan oleh Westinghouse pada 28 Oktober 1873.[6] Westinghouse Air Brake Company (WABCO) kemudian dibentuk untuk menghasilkan dan menjual ciptaan Westinghouse. Brek udara ini digunakan oleh hampir semua kereta api sejak saat itu hingga kini, dengan sejumlah penyempurnaan. Rekaan brek udara serupa kini juga diaplikasikan pada kenderaan jalan, seperti trak dan bas.[perlu rujukan]

Westinghouse kemudian mendorong penyempurnaan isyarat kereta api (yang pada saat itu hanya menggunakan lampu minyak). Pada tahun 1881, beliau kemudian menubuhkan Union Switch and Signal Company untuk menghasilkan isyarat dan wisel kereta api ciptaannya.[7][8]

Pengagihan tenaga elektrik

[sunting |sunting sumber]
Katalog Westinghouse Electric Company tahun 1888 mengiklankan "Sistem Bolak-balik" mereka

Westinghouse kemudian tertarik pada pengagihan tenaga elektrik pada awal dekad 1880-an. Penerangan elektrik pada ketika itu merupakan perniagaan yang sedang berkembang, dengan sejumlah syarikat membangunkan sistem peneranganlengkung untuk jalanan dengan arus terus ataupun arus bolak-balik.Thomas Edison kemudian melancarkanutiliti elektrik arus terus pertama, untuk menerangi rumah dan pejabat denganlampu pijar yang dipatenkan. Pada tahun 1884, Westinghouse mula membamgunkan sistem penerangan domestik arus terusnya sendiri dan mengambil ahli fizikWilliam Stanley untuk mempersiapkannya. Westinghouse kemudian mengetahui tentang sistem arus bolak-balik baru di Eropah pada tahun 1885 semasa beliau membacanya di jurnal kejuruteraan InggerisEngineering.[9] Arus elektrik bolak-balik dapat dinaikkan tegangannya dengan menggunakan sebuah transformator untuk keperluan pengagihan, dan kemudian tegangannya diturunkan juga dengan menggunakan transformator, setelah mendekati pengguna elektrik, sehingga membolehkan penjana kuasa untuk membekalkan elektrik ke tempat yang jauh. Ini merupakan keunggulan arus bolak-balik jika dibandingkan dengan sistem arus terus yang dipasarkan olehThomas Edison, kerana tegangan yang rendah pada elektrik arus terus membuatnya sukar untuk diagihkan ke tempat yang jauh. Westinghouse melihat arus bolak-balik dapat mencapai ekonomi skala lebih besar, sehingga dapat lebih kompetitif dengan sistem arus terus ciptaan Edison.[10]

Paten Westinghouse untuk sebuah sistem penerangan arus bolak-balik dengan cadangan bateri, pada tahun 1887 (U.S. Patent 373,035 )

Pada tahun 1885, Westinghouse mengimport sejumlah transformator Gaulard–Gibbs dan sebuah penjana elektrik arus bolak-balikSiemens, untuk mula membangunkan rangkaian arus bolak-balik diPittsburgh. Stanley, dibantu oleh jurutera Albert Schmid danOliver B. Shallenberger, pun membangunkan rekaan transformator Gaulard–Gibbs menjadi transformator pertama.[11] Pada tahun 1886, dengan sokongan Westinghouse, Stanley memasang sistem elektrik arus bolak-balik multi-tegangan diGreat Barrington, Massachusetts, demonstrasi sistem ini dikendalikan oleh sebuah penjanahidroelektrik yang menghasilkan elektrik arus-bolak balik bertegangan 500 volt, dan kemudian diturunkan menjadi 100 volt untuk diagihkam ke lampu pijar di rumah dan pejabat. Pada tahun yang sama, Westinghouse kemudian membentuk "Westinghouse Electric & Manufacturing Company";[12] Pada tahun 1889, beliau mengubah nama syarikat itu menjadi "Westinghouse Electric Corporation".

Perang arus

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Perang arus

Westinghouse Company memasang lebih dari 30 sistem penerangan arus bolak-balik dalam setahun, dan pada akhir 1887, telah memiliki 68 pencawang elektrik bolak-balik, separuh dari pencawang elektrik terus ciptaan Edison yang berjumlah 121 unit.[13] Persaingan dengan Edison pada akhir dekad 1880-an ini kemudian mengarah pada "perang arus", dengan Thomas Edison dan syarikatnya terus berupaya menepis persepsi umum bahwa arus bolak-balik berbahaya. Edison menyarankan agar penjana arus bolak-balik Westinghouse digunakan pada kerusi elektrik]] baru di New York. Westinghouse juga harus bersaing dengan penyedia elektrik arus bolak-balik lain, iaituThomson-Houston Electric Company, yang telah membangunkan 22 pencawang elektrik hingga akhir 1887[13] dan pada tahun 1889 telah membeli pesaing lain, iaituBrush Electric Company. Thomson-Houston terus berusaha membangunkan perniagaannya menghindari konflik paten dengan Westinghouse, dengan membayar royalti ke atas pemakaian paten transformator Stanley, menjalin perjanjian mengenai wilayah kerja, serta memperbolehkan Westinghouse untuk menggunakan paten lampu pijarSawyer–Man miliknya. Pada tahun 1890, Edison Company bekerja sama dengan Thomson-Houston untuk memasang penjana elektrik arus bolak-balik Westinghouse pada kerusi elektrik, sehingga memaksa Westinghouse untuk mengupah peguam terbaik pada saat itu, menyelamatkanWilliam Kemmler dari hukuman mati dengan menggunakan kerusi elektrik tersebut, namun akhirnya gagal. Perang Saudara akhirnya berakhir, kerana para penyumbamg dana, salah satunyaJ. P. Morgan, memaksa Edison Electric untuk menggunakan arus bolak-balik dan memecat Thomas Edison.[14] Pada tahun 1892, Edison Company digabung dengan Thomson-Houston Electric Company untuk membentukGeneral Electric, dengan dikendalikan oleh Thomson-Houston.[15]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]

Paten

[sunting |sunting sumber]

Catatan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"George Westinghouse".IEEE Global History Network. IEEE. Dicapai padaJuly 22, 2011.
  2. ^"Westinghouse__George.html".PSU.edu. Diarkibkan daripadayang asal pada October 17, 2015. Dicapai padaOctober 7, 2017.
  3. ^Register of Commissioned Officers of the United States Navy. 1865. pg. 209.
  4. ^abGeorge Westinghouse TimelineDiarkibkan Oktober 21, 2014, diWayback Machine
  5. ^ Beliau kemudian mematenkan peranti ini. Peranti resmi berdaftar sebagaiU.S. Patent 76,365  pada April 1868, pada usia 22 tahun. Paten ini kemudian dikeluarkan semula sebagaiU.S. Patent RE3,584  pada Ogos 1869.
  6. ^"Improvement in steam and air brakes".Google.com. Dicapai padaOctober 7, 2017.
  7. ^Witzel, Morgen, penyunting (2006).Encyclopedia of the History of American Management (ed. 1st). Continuum – melalui Credo Reference.
  8. ^Geisst, Charles R., penyunting (2005).Encyclopedia of American Business History (ed. 1st). Facts on File – melalui Credo Reference.
  9. ^Richard Moran, Executioner's Current: Thomas Edison, George Westinghouse, and the Invention of the Electric Chair, Knopf Doubleday Publishing Group - 2007, page 42
  10. ^Tesla: Inventor of the Electrical Age by W. Bernard Carlson. Princeton University Press. 2013. p. 89.
  11. ^"William Stanley - Engineering Hall of Fame". Edison Tech Center. 2015. Dicapai padaOctober 7, 2017.
  12. ^"Steam Hammer, Westinghouse Works, 1904".World Digital Library. May 1904. Dicapai padaJuly 28, 2013.
  13. ^abJr, Robert L. Bradley (October 24, 2011).Edison to Enron: Energy Markets and Political Strategies. John Wiley & Sons. m/s. 50.ISBN 9781118192511. Dicapai padaOctober 7, 2017 – melalui Google Books.
  14. ^Quentin R. Skrabec,George Westinghouse: Gentle Genius, page 97
  15. ^Bradley, Robert L., Jr. (2011). Edison to Enron: Energy Markets and Political Strategies. New York: John Wiley & Sons.ISBN978-0-47091-736-7, pages 28-29

Bibliografi

[sunting |sunting sumber]
Video luar
Ikon videoBooknotes interview with Jill Jonnes onEmpires of Light, October 26, 2003,C-SPAN

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanGeorge Westinghouse
Umum
Perpustakaan negara
Kamus biografi
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=George_Westinghouse&oldid=4903263"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp