Geoff Murphy | |
|---|---|
Murphy pada tahun 2013 | |
| Kelahiran | Geoffrey Peter Murphy (1938-10-12)12 Oktober 1938 |
| Meninggal dunia | 3 Disember 2018(2018-12-03) (umur 80) Wellington, New Zealand |
| Pekerjaan | Pengarah dan penerbit filem, penulis lakon layar |
| Tahun aktif | 1977–2018 |
| Pasangan | Merata Mita |
Geoffrey Peter MurphyONZM (12 Oktober 1938 – 3 Disember 2018)[1] ialah seorang pengarah dan penerbit filem dari New Zealand.
Beliau antara pembikin filem paling berpengaruh di New Zealand melalui beberapa karyanya yang turut menghidupkan semula minat orang New Zealand terhadap seni wayang tempatan sana.
Beliau menghasilkan beberapa filem tempatan yang pertama kalinya mendapat sambutan meriah dalam kalangan penduduk negara New Zealand iaituGoodbye Pork Pie, sebuah filem cereka sains produksi bersamaNigel Hutchinson tahun 1981,[2] danUtu, sebuah filem tahun 1983 yang mengisahkan seorang askar Māori yang memberontak setelah rejimennya membunuh kampungnya lalu menjadi seorang gerilya melawan kerajaan British.[3][4]