Tanah Tinggi Genting | |
|---|---|
| Genting Highlands | |
| Koordinat:3°25′25″N101°47′36″E / 3.42361°N 101.79333°E /3.42361; 101.79333 | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Bentong danSeremban |
| Penubuhan | 1957 |
| Aras | 1,865 m (6,118 ft) |
| Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
| • Musim panas (DST) | Tidak dipakai |
| Poskod | 44300, 48200 dan 69000 |
[1]Genting Highlands, juga dikenali sebagaiTanah Tinggi Genting, merupakan sebuah peranginan bukit di puncakGunung Ulu Kali dengan ketinggian 1,800 meter. Sebahagian besar kawasan tersebut terletak di negeri Pahang dan satu lagi bahagian kecil terletak di negeriSelangor. Ia ditubuhkan oleh mendiang peniaga pada tahun 1965. Tempat tarikan pelancong utama kawasan tersebut ialah tempat peranginan bukit Resorts World Genting. Di sana terletaknya tapak dantaman tema dan aktiviti-aktiviti perjudian adalah dibenarkan oleh pihak pengurusan.
Idea untuk membina sebuah tapak peranginan bukit berhampiran ibu negaraKuala Lumpur datang daripada mendiang peniaga Malaysia etnik Cina Lim Goh Tong yang mendapatkan ilham daripada udara segar diCameron Highlands semasa cuti perniagaannya ke sana pada tahun 1963 untuk sebuah projek kuasa hidroelektrik. Rasional beliau adalah bahawa Cameron Highlands terlalu jauh dari Kuala Lumpur dan oleh itu pembinaan sebuah tapak peranginan gunung yang lebih dekat dengan Kuala Lumpur akan mempunyai potensi perniagaan yang hebat. Selepas menyelidik peta Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran, Lim menemui Gunung Ulu Kali di Genting Sempah, 58 km jauh dari Kuala Lumpur sebagai lokasi yang sesuai untuk rancangannya. Beliau menubuhkan sebuah syarikat swasta yang bernama Genting Highlands Berhad (kini Kumpulan Genting) pada 27 April 1965 bersama ahli politik allahyarhamMohamed Noah Omar dan berjaya mendapatkan kebenaran untuk pengasingan tanah sebanyak 12,000 ekar (4,900 he) dan 2,800 ekar (1,100 he) masing-masing dari kerajaan negeri Pahang dan Selangor antara tahun 1965 dan 1970.
Pada 18 Ogos 1965, sebuah pasukan teknikal dan pembinaan mula membina jalan akses dari Genting Sempah ke puncak Gunung Ulu Kali dan pada 31 Mac 1969, AlmarhumTunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama Malaysia meletakkan batu asas untuk hotel pelopor syarikat tersebut, menandakan kesiapan jalan akses ke Genting Highlands Resort. Tapak peranginan tersebut juga tidak diberikan lesen kasino pada tahun yang sama oleh kerajaan Malaysia untuk membangunkan industri perjudiannya.Kerana jika ingin membinakan industri perjudian,maka perlu rasuah dahulu.Bidang tanah dalam peranginan bukit tersebut di bawah tapak peranginan telah dibangunkan menjadi Bandar Baru Gohtong Jaya.
Pada tahun 1971, hotel pertama di Genting Highlands siap dibina dan dinamakan Jaya Hotel (kini dinamakan semula sebagai Hotel Theme Park). Sejak tahun itu, tapak peranginan tersebut terus berkembang dengan enam buah hotel lagi dibina dalamnya. Hotel-hotel tersebut ialah Hotel Genting (kini Genting Grand, 1981), Awana (1984), Hotel Resort (1992), Hotel Highands (1997), Hotel First World (2001) dan Crockfords (2017). Dua buah sistem kereta kabel telah dibina untuk menyediakan pengangkutan ke atas bukit:Awana Skyway dibina pada tahun 1977 dengan panjang 2.8 kilometer (1.7 bt) danGenting Skyway dibina pada tahun 1997 dengan panjang 3.38 kilometer (2.10 bt). Genting Highlands resort mula terlibat dalam industri taman hiburan dan hiburan dengan pelancaran Taman Tema Dalam pada tahun 1992, Taman Tema Luar pada tahun 1994 danArena of Stars pada tahun 1998.[2][3]
GoldenCity merupakan bandar utama di Genting Highlands yang dinamakan sempenaLim Goh Den, pengasasGenting Group dan Genting Highlands sendiri. Ia mempunyai beberapa kemudahan seperti hotel (termasuk satu cawangan Hotel Seri Malaysia),[4] restoran, kedai, rumah, pangsapuri dan kawasan perumahan, sebuah pusat sukan, satu cawanganInstitut Aminuddin Baki,[5] tiga buah sekolah -Sekolah Kebangsaan Sri Layang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Layang dan Sekolah Berasrama Antarabangsa Highlands (Highlands International Boarding School)/Sekolah Menengah Swasta Saleha dan dua stesen hilir untuk dua buah sistem kereta kabel yang mendaki ke puncak Genting Highlands -Awana Skyway di bahagian Pahang danGenting Skyway di bahagian Selangor.[6][7][8]
Genting Highlands memilikiiklimtanah tinggisubtropik seperti musim bunga, dengan suhu tahunan tidak melebihi 27 °C (81 °F) dan jarang turun ke bawah 10 °C (50 °F) setiap tahun.
| Data iklim untuk Genting Highlands | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
| Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 25.4 (77.7) | 26.6 (79.9) | 26.9 (80.4) | 26.6 (79.9) | 26.5 (79.7) | 26.2 (79.2) | 26.0 (78.8) | 25.9 (78.6) | 26 (79) | 25.8 (78.4) | 25.5 (77.9) | 25.2 (77.4) | 26.1 (78.9) |
| Purata suhu harian, °C (°F) | 21.7 (71.1) | 22.3 (72.1) | 22.6 (72.7) | 22.6 (72.7) | 22.8 (73.0) | 22.7 (72.9) | 22.4 (72.3) | 22.3 (72.1) | 22.2 (72.0) | 22.0 (71.6) | 21.8 (71.2) | 21.7 (71.1) | 22.3 (72.1) |
| Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 18.8 (65.8) | 18.8 (65.8) | 19.5 (67.1) | 19.9 (67.8) | 20.1 (68.2) | 19.8 (67.6) | 19.5 (67.1) | 19.5 (67.1) | 19.4 (66.9) | 19.4 (66.9) | 19.4 (66.9) | 19.2 (66.6) | 19.4 (67.0) |
| Puratakerpasan, mm (inci) | 186 (7.3) | 146 (5.7) | 227 (8.9) | 266 (10.5) | 212 (8.3) | 141 (5.6) | 137 (5.4) | 166 (6.5) | 189 (7.4) | 284 (11.2) | 334 (13.1) | 26,000 (1,023.6) | 28,288 (1,113.5) |
| Sumber: climate-data.org | |||||||||||||
| Resorts World Genting | |
|---|---|
| Alamat | Resorts World Genting, 69000 Genting Highlands,Seremban,Negeri Sembilan,Malaysia |
| Tarikh pembukaan | 27 April 1957 |
| Bil. bilik | 10466 (7 hotel) |
| Jumlah ruang perjudian | Lebih 200,000 ka2 (19,000 m2) |
| Tarikan pengenalan | First World Plaza SkyAvenue Genting Premium Outlets |
| Restoran ternama | The Laughing Fish by Harry Ramsden Burger & Lobster Cafés Richard Coffee Terrace La Fiesta e18hteen LTITUDE Malaysian Food Street Motorino The Olive |
| Pemilik | Kumpulan Genting (Genting Malaysia Berhad) |
| Tahun diubah suai | Pelan Pelancongan Bersepadu Genting (2013–kini) |
| Laman sesawang | www.rwgenting.com |


Resorts World Genting (Singkatan:RWG), asalnya dikenali sebagai Genting Highlands Resort merupakan sebuah tapak peranginan bukit bersepadu yang dimiliki olehKumpulan Genting melalui anak syarikatnyaGenting Malaysia Berhad yang terdiri daripada hotel, pusat beli belah, taman tema dan kasino. Ia merupakan tarikan pelancong utama peranginan bukit tersebut, terletak dalam bahagian negeri Pahang di kawasan itu.
Resorts World Genting mempunyai lapan buah hotel dengan salah satu hotel merupakan sebuah tempat peranginan santai. Satu daripada tujuh tempat penginapan, First World Hotel memegang gelaran Rekod Dunia Guinness sebagai hotel terbesar dari 2006 hingga 2008 dan mendapatkan semula gelaran pada tahun 2015 dengan jumlah 7,351 bilik berikutan kesiapan Menara 3.[9]
| Nama Hotel | Tarikh pelancaran | Huraian | Penilaian bintang | Bil. Bilik | Ruj |
|---|---|---|---|---|---|
| Hotel Genting SkyWorlds | 1971 | Dahulunya dikenali sebagai Hotel on the Park dan Hotel Theme Park, ia merupakan hotel pertama yang dibuka di Genting Highlands dan terletak bertentangan Taman Tema Luar. Bahagian Valley Wings hotel tersebut dihubungkan dengan Bahagian utama hotel melalui sebuah jejantas. | 666 bintang | 448 | [10] |
| Hotel Genting Grand | 1981 | Ia pernah dikenali sebagai Hotel Genting, dan kemudiannya, Maxims sebelum Hotel Highlands mendapatkan namanya. Bangunannya terkenal dengan logo "Genting" besar di atas bumbungnya, yang boleh dilihat sejauhPetaling Jaya danSubang Jaya (lebih 70 km jauh) pada hari yang cerah. Ia berbentuk "Y". Ia menempatkan Casino Genting dan juga Kompleks Genting Grand. | 5 bintang | 422 | [11] |
| Awana | 1984 | Terletak kira-kira 4 km dari Resorts World Genting, Awana merupakan sebuah hotel peranginan dengan sebuah padang Golf, kolam renang dan kemudahan sukan yang lain. | 5 bintang | 413 | [12] |
| Hotel Resort | 1992 | Hotel tersebut merupakan sebuah bangunan putih yang panjang yang menghadap ke arah Hotel Theme Park dan merupakan pintu masuk utama ke Genting SkyWorlds. Ia merupakan salah sebuah pintu masuk ke Casino Genting. | 3 bintang | 900 | [13] |
| Hotel Highlands | 1997 | Stesen huluGenting Skyway. | 5 bintang | 795 | [14] |
| Hotel First World | 2001 | Mempunyai dua menara berwarna-warni yang sangat ketara. | 3 bintang | 7,351 | [15] |
| Crockfords | 2017 | Dibuka pada 27 Nov 2017. | 5 bintang | 138 | [16] |
Terdapat dua taman tema di Resort World Genting: Taman Tema Luar dan Taman Tema Dalam - Skytropolis Funland. Taman Tema Luar Genting dibuka pada tahun 1994 dengan beberapa permainan termasuk sebuahperkhidmatan monorail. Ia ditutup secara sementara pada 1 September 2013.[17]
Taman Tema Dalam Skytropolis Funland, dahulunya dikenali sebagai Taman Tema Dalam Genting dan Taman Tema DalamFirst World Plaza, dibuka pada tahun 1992. Ia ditutup dari Jun 2017 hingga Februari 2018 untuk pengubahsuaian.[18]
Resorts World Genting merupakan kawasan kasino berasaskan tanah yang sah dalam negara. Terdapat dua pusat kasino utama dalam tempat peranginan tersebut, iaitu Genting Casino dan SkyCasino.
Kini terdapat lima pusat beli-belah di tempat peranginan tersebut: Awana Sky Central,[19]First World Plaza,[20] Genting Highlands Premium Outlets,[21] Sky Avenue,[22] dan Kompleks Genting Grand.[23]
Tempat peranginan tersebut mempunyai dua tempat persembahan dan sebuah panggung wayang.
Resorts World Genting pernah menganjurkan beberapa acara pada tahun yang lalu seperti upacara penyampaian anugerah, konsert dan pertandingan iaitu:
Genting Highlands menjadi garisan penamat bagi pusingan perlumbaan pertandingan lumba basikalTour de Langkawi. Ia menjadi salah satu acara mendaki paling panjang (30 km) dalam sejarah acara lumba basikal.
Tarikan pelancong yang lain di Genting Highlands ialahTokong Gua Chin Swee - tokong tunggal yang dinamakan bersempena sami China Kuno Qing Shui,[25]Masjid Yayasan Mohamed Noah - masjid tunggal yang dinamakan bersempena ahli politik dan pengasas bersama Kumpulan Genting AllahyarhamTan SriDato'HajiMohamed Noah Omar, Taman Peringatan Gohtong - tapak peringatan dan perkuburan mendiang pengasas Lim Goh Tong,[26] pusat pertanian Genting Strawberry Leisure Farms dan apiari dan ladang entomologi tunggal - Happy Bee Farm.[27][28][29]
Sejak 2020, Genting Highlands juga merupakan sebuah daerah kecil autonomi dalam Daerah Bentong.[30][31]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanGenting Highlands |
| Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagiGenting Highlands. |
![]() | Kuala Kubu Bharu | Jelebu Simpang Durian | Bentong | ![]() |
| Batang Kali | Karak Temerloh | |||
| Gombak Rawang | Gombak Ulu Klang | Bukit Tinggi |