Genangan Empayar Uthmaniyah (1683-1827) ialah zaman yang mengikuti zaman perkembangan Turki Uthmaniyah.
Selepas tewasnya tentera Uthmaniyah dalam perang diVienna pada tahun1683 yang menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyah bukan lagi kuasa besar diEropah. Pada tahun 1699, buat pertama kali dalam sejarahnya,Empayar Uthmaniyah mengakui bahawaAustria adalah sama taraf dengannya. Bukan sahaja itu, Empayar Uthmaniyah juga kehilangan wilayah besar dikuasainya sejak sekian lama. Terdapat banyak sultan yang dilantik selepas itu yang tidak sekuat generasiMehmed II,Selim I danSuleyman I.
Semasa zaman kemerosotan ini, Empayar Uthmaniyah lemah kerana masalah dalaman dan luarannya disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya menentangParsi,Persekutuan Poland-Lithuania,Rusia,Austria-Hungary.Perang Rusia-Turki ialah peperangan antaraRusia dan Empayar Uthmaniyah semasa kurun ke-17, ke-18, dan ke-19 masihi (kesemuanya 10 peperangan). Ia merupakan di antara konflik yang paling lama dalam sejarah Eropah yang berlarutan selama 241 tahun; lebih lama daripadaPerang Seratus Tahun di antaraEngland danPerancis. Sebelum itu, Empayar Uthmaniyah tewas dalamPerang Lepanto pada tahun 1571.
Perjanjian Passarowitz menghasilkan satu era yang aman di antara tahun1718-1730. Pentadbiran Uthmaniyah mula berubah dengan memajukan kota-kota sekitar Balkan yang akan menjadi benteng pertahanan mereka sekiranya peperangan meletus dengan kuasa Eropah. Pelbagai perubahan dilakukan seperti mendapat pandangan rakyat, mengurangkan cukai, memperbaiki kemudahan awam, dan berbagai-bagai lagi perubahan. Walau bagaimanapun, Empayar Uthmaniyah gagal bersaing dalam bidangteknologi dengan musuhnya di Eropah, terutamanya Rusia.
Pada penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar Uthmaniyah ketinggalan jauh berbanding kuasa Barat. Peperangan berlaku dan mengakibatkan Uthmaniyah kehilangan banyak wilayah kepadaRusia danAustria. Kawasan sepertiMesir juga mencapai kemerdekaan. Semasa zaman ini, bermula dengan pemerintahan SultanSelim III terdapat usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem di Turki. Banyak reformasi yang dilakukan oleh pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di dalam Turki Uthmaniyah sendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau oleh golonganJanissari yang pada masa ini telah menjadi korup. Walaupun askar elit Janissari ini dimansuhkan pada tahun1826, usaha ini masih mendapat tentangan.