Gejala COVID-19 berpelbagai, bermula dari gejala ringan hingga berat.[1] Gejala yang umum diketahui termasuksakit kepala,kehilangan deria hidu danrasa, hidung tersumbat yang disertaikesejukan, batuk, sakit otot,sakit kerongkong,demam,cirit-birit, dan sesak nafas.[2] Meskipun demikian, pesakit yang dijangkiti mungkin sahaja mendapat gejala yang berbeza.
Terdapat tiga kumpulan gejala yang telah dikenal pasti. Kumpulan gejala pertama termasuk gejala-gejala pernafasan, seperti batuk,kahak, sesak nafas, dan demam. Kumpulan gejala kedua termasuk gejala-gejala muskuloskeletal, seperti sakit pada otot dan sendi, sakit kepala, dan kelelahan. Kumpulan gejala ketiga termasuk gejala-gejala pencernaan, seperti sakit pada bahagian perut, muntah, dan cirit-birit.[2] Pada orang-orang yang sebelumnya tidak mengalami gejala, kehilangan deria hidu dan rasa boleh menjadi gejala pertama penyakitCOVID-19.[3]
Kebanyakan pesakit (81%) mengalami gejala ringan hingga sedang (sepertipneumonia ringan), sementara 14% lain mendapati gejala berat (sepertidispnea danhipoksia) dan 5% selebihnya mendapati gejala kritikal (sepertikegagalan sistem pernafasan, kejutan, dan ketidakfungsian organ).[4] Sekurang-kurang sepertiga pesakit yang dijangkiti virus ini tidak menunjukkan gejala dalam selang waktu tertentu, atau disebutasimtomatik.[5] Pesakit asimtomatik seperti ini memiliki kemungkinan untuk tidak menjalani ujian COVID-19,[6] tetapi tetap dapat menyebarkan virus.[7] Beberapa pesakit COVID-19 juga baru menunjukkan gejala setelah selang waktu tertentu, atau disebut "presimtomatik".[8]
Sama seperti jangkitan pada umumnya, terdapattempoh inkubasi antara terpaparnya pesakit dengan virus hingga munculnya gejala. Median dari tempoh inkubasi ini antara empat hingga lima hari.[9] Sebahagian besar pesakit bergejala mulai mengalami gejala antara dua hingga tujuh hari setelah virus kelihatan[10] dan hampir semuanya pernah mengalami setidaknya satu gejala dalam selang waktu 11,5 hari.[9]
Kebanyakan pesakit dapat sembuh dari fasa akut penyakit. Meskipun demikian, beberapa pesakit lain tetap mengalami yang berpelbagai hingga beberapa bulan setelah sembuh, atau disebutlong COVID.[11] Penelitian lebih lanjut masih diperlukan untuk mengetahui efek jangka panjang dari penyakit ini.
^Hao, Xingjie; Cheng, Shanshan; Wu, Degang; Wu, Tangchun; Lin, Xihong; Wang, Chaolong (Ogos 2020)."Reconstruction of the full transmission dynamics of COVID-19 in Wuhan".Nature (dalam bahasa Inggeris).584 (7821): 420–424.doi:10.1038/s41586-020-2554-8.ISSN1476-4687.We estimate 87% (lower bound, 53%) of the infections before 8 March 2020 were unascertained (potentially including asymptomatic and mildly symptomatic individuals); and a basic reproduction number (R0) of 3.54 (95% credible interval 3.40–3.67) in the early outbreak, much higher than that of severe acute respiratory syndrome (SARS) and Middle East respiratory syndrome (MERS).
^Lai CC, Liu YH, Wang CY, Wang YH, Hsueh SC, Yen MY, dll. (June 2020). "Asymptomatic carrier state, acute respiratory disease, and pneumonia due to severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2): Facts and myths".Journal of Microbiology, Immunology, and Infection = Wei Mian Yu Gan Ran Za Zhi.53 (3): 404–412.doi:10.1016/j.jmii.2020.02.012.PMID32173241.