Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Garis nombor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Garis nombor dalam matematik dasar adalah suatu gambar garis lurus di mana setiap titiknya diasumsikan melambangkan suatunombor nyata dan setiap nombor nyata merujuk pada satu titik tertentu.[1] Sering kali,nombor bulat ditunjukkan dengan lambang titik-titik tertentu yang berjarak sama di sepanjang garis ini.

Misalnya, gambar di bawah ini menunjukkan nombor bulat dari −9 sampai 9. Meskipun demikian, garis ini dapat mencakupi keseluruhannombor nyata, berkelanjutantak terhingga di kedua-dua arah, dan juga nombor-nombor tak bertanda yang terdapat di antara nombor-nombor bulat itu. Garis nombor biasanya digunakan sebagai alat bantu dalam mengajarpenambahan danpenolakan asas, khususnya yang melibatkannombor negatif.

Garis nombor
Garis nombor

Garis di atas dibahagikan kepada dua belah simetri olehtitik sifar ("asalan") yang melambangkansifar.

Dalam matematik lanjutan, ekspresi "garisnombor nyata" biasanya dipakai untuk melambangkan konsep di atas, iaitu setiap titik pada garis lurus ini melambangkan satu nombor nyata tertentu, dan sebaliknya.

Menggambar garis nombor

[sunting |sunting sumber]

Garis nombor biasanya digambar sebagai suatu garissatah mengufuk.Nombor positif selalu terletak di kanan asalan, dannombor negatif selalunya di sebelah kiri. Suatu anah panah hujung ditempatkan di kedua ujung untuk menandakan bahwa garis ini akan berlanjut dengan nombor nyata (dilambangkan denganR{\displaystyle \mathbb {R} }) positif dan negatif sampainilai tak terhingga. Nombor nyata terdiri darinombor bukan wajar mahupunnombor wajar, yang meliputi pulanombor bulat,integer dannombor asli.

Sebuah garis yang digambar melalui titik asalan dengan arah tegak lurus dari garis nombor nyata dapat pula digunakan untuk melambangkannombor khayalan. Garis tegak lurus ini disebut sebagaigaris khayalan, dan meluaskan garis nombor menjadi suatusatah kompleks dengan titik-titiknya melambangkannombor kompleks.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Stewart, James B.; Redlin, Lothar; Watson, Saleem (2008).College Algebra (ed. 5th). Brooks Cole. m/s. 13–19.ISBN 0-495-56521-0.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Garis_nombor&oldid=5641378"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp