Gangga Negara | |
|---|---|
| Abad pertama–1025/1026 | |
| Ibu negara | Beruas |
| Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Melayu Kuno |
| Agama | HinduAnimisme |
| Kerajaan | Monarki |
| Sejarah | |
• Didirikan | Abad pertama |
• Dibubarkan | 1025/1026 |
| Sekarang sebahagian dari | PerakSelangorNegeri SembilanKuala LumpurPutrajayaMalaysia |

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu lama yang hilang dan ada disebut dalamSejarah Melayu yang kini merangkumiBeruas,Dinding danManjung yang pada masa kini terletak diSBP Integrasi Batu RakitMalaysia. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh RajaRajendra Chola I dariCoromandel,India Selatan di antara tahun1025 dan1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu,Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anakMerong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dariKedah, yang dikatakan sebagai keturunanIskandar Agung atau keluarga dirajaIndo-Iranian tidak lewat dari abad ke-2.
Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaanGangga Negara dari pelbagai aspek termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak.Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudutarkeologi.
KerajaanGangga Negara meliputi Beruas danDinding/Manjung.Artifak arca-arcaBuddha abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di Beruas.
Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh RajaAryan dari sub benua India.
Menurut kajian lain, dinyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong), sekitar kawasan SelatanGunung Bubu (1657 meter) arah timurBukit Segari di tepiSungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.
Berdasarkan taburan artifak-artifak purba yang ditemui dan pengaliran cabangSungai Perak, kerajaan ini dipercayai pernah berpusat diPengkalan (Ipoh),Lembah Kinta,Tanjung Rambutan,Bidor danSungai Siput.
Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas dipersetujui penyelidik sejarah pada masa kini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.
Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan diMuzium Beruas.

Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalambahasa Sanskrit, nama yang dipetik dariGanganagar di barat laut India di mana pendudukAryan Tinggal. Kambuja merupakan puak dari daerah India-Iran dalam keluarga India-Eropah, pada asalnya tempatan di Pamir dan Badakshan. Terkenal sebagai pedagangHindu, mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga diKepulauan Melayu bercampur dengan penduduk asli Melayu dan Cina sepertiSrivijaya, didakwaGelanggi jua daratan austroasiatic sepertiFunan,Pagan, dan lain-lain. Pakar sejarah mendapati pedagang Aryan mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka ke Ligor (Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah Melayu, merentasiThailand,Kemboja,Myanmar hingga ke kepulauan sepertiMalaya,Jawa,Luzon, dan lain-lain.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Tuan Haji Abdul Hamid Zamburi, berdasarkan bukuGeographike Huphegesis yang ditulis oleh Ptolemy sekitar 150M ada menyebut tentang sebuah tempat bernamaCoconagara yang terletak di Avrea Cheronesvs (Semenanjung Emas; merujuk kepada Tanah Melayu). Secara fonetiknya, sebutanCoconagara seakan-akan menyamai sebutan Gangga Negara. G. Coedes dalamThe Indianized States of Southeast Asia berpendapat bahawa Coconagara itu terletak di tebing Sungai Dinding, sementara Kolonel Low pula mencadangkan ianya terletak di Sungai Dinding dan Beruas. Jika perkara ini tepat, maka ketamadunan Melayu di Beruas telah wujud sekurang-kurang sejak abad kedua tahun Masihi, iaitu merujuk kepada tahun penulisan Ptolemy.[2] Menurut catatanHikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara telah diasaskan oleh anakandaMerong Mahawangsa yang bernama Raja Ganjil Sarjuna. Kerajaan ini terletak di kawasan Beruas, sekitar selatan Gunung Bubu, ke arah timur Bukit Segari dan di tepi Sungai Dendang. Kerajaan ini turut merangkumi kawasan Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Bidor, Tanjung Rambutan dan Sungai Siput, selain berubah-ubah dipercayai ekoran perubahan aliran sungai.Gangga Negara merupakan sebuah kerajaanMelayu-Hindu. Gangga Negara dipercayai sempena nama Sungai Ganges di India, manakalaNegara bererti negeri dalam bahasaSanskrit. Empayar Gangga Negara musnah ekoran serangan dan penjarahan Raja Rajendra Chola Deva I dari Coromandel, India sekitar 1025-1026. Dipercayai bahawa Raja Gangga Negara, iaitu Raja Gangga Shah Johan terkorban dalam peperangan tersebut.
Pelabuhan Gangga Negara terletak di pusat-pusat seperti Pengkalan, Bidor, Sungai Siput,Tanjung Rambutan danLembah Kinta. Barang-barang yang telah didagangkan di pelabuhan ialah emas, bijih timah, rempah-rempah, kayu barus dan damar.
Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low pada tahun1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan dengan pasti tapaknya. Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah menemui artifak, termasuk nisan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas bertarikh semenjakabad ke-5 danke-6. Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kilogram, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dantempayan besar. Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawaPengkalan (Ipoh),Lembah Kinta,Tanjung Rambutan,Bidor danSungai Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas. Artifak turut mencadangkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas selepasIslam bertapak di sana.
Beberapa batu nisan diraja Aceh turut ditemui di daerah Beruas dan ini mempunyai bukti kaitan dengan sumber sejarah bahawa putera raja dariAceh, Sumatra berehat di bawah pokok Beruas, Namanya Malikul Mansur. SejarahPasai ada menyebut mengenai Malikul Mansur yang dibuang oleh Sultan Malikul Mahmud. Kini pokok beruas telahpun pupus tetapi masih dapat dijumpai di perkampungan berhampiran di Pengkalan Baru dan Batang Kubu.