Pada 18 Februari1965, Gambia diberikemerdekaan olehUnited Kingdom lalu menyertaiNegara-Negara Komanwel, sehinggalah ia menarik diri pada Oktober 2013. Gambia berkongsi asal sejarah yang sama dengan banyak negara Afrika Barat, denganperdagangan abdi merupakan faktor utama dalam pengasasan sebuahtanah jajahan di Sungai Gambia, mula-mulanya olehorang Portugis dan kemudiannya olehorang British. Sejak mencapai kemerdekaan, Gambia telah menghayati kestabilan, kecuali suatu tempohpemerintahan tentera yang singkat pada 1994.[6]
Nama "Gambia" datang sama ada daripada panggilansungai Gambia dalambahasa Mandinka termKambra/Kambaa ataupun daripada suatu alat labu dimainkanorang Serer dalam perkabungan iaituGamba.[8] Negara ini merdeka tahun 1965 dengan nama InggerisnyaThe Gambia, ia diisytiharkan sebagai suatu republik dalam alam Komanwel tahun 1970 di bawah nama "Republik Gambia" (Republic of The Gambia).[9]
Nama rasminya pernah ditukar kepada "Republik Islam Gambia" (Islamic Republic of The Gambia) semasa pemerintahanYahya Jammeh pada Disember 2015, namun ditukar kembali kepada nama asal pada 29 Januari 2017 dengan naiknyaAdama Barrow sebagai presiden.
^Allen Meagher, Andrew Samuel, Baba Ceesay, National Council for the Arts and Culture (Gambia),Historic Sites of The Gambia: Ada Dinkiralu (Mandinka), Bereb-I-Chosan (Wolof), Tarica Tawal (Fula), Nannin (Jola), Soninke Ada (Serehuli), I-Mofan Chosan (Serer) : an Official Guide to the Monuments and Sites of The Gambia, National Council for the Arts and Culture, 1998, pp. 1, 24.