![]() |
Rencana initidakmemetik apa-apasumber atau rujukan. Sila bantu dalammemperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam. Cari sumber: "Gajah Mada" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR(April 2009) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini) |
Gajah Mada (Jawi: ݢاجه ماد,Hanacaraka:ꦒꦗꦃꦩꦢ, diterjemah sebagaiJeneral Gajah) (meninggal sekitar tahun 1364) menurut manuksrip lama, sajak dan kumpulan mitosJawa. Beliau seorang panglima tentera danperdana menteri (mahapatih)Empayar Majapahit yang terkenal. Beliau terkenal sebagai tokoh yang membawa empayar ini sehingga ke puncaknya. DalamSumpah Palapa, beliau bersumpah tidak akan memakan apa-apa makanan yang mengandungirempah sehingga beliau telah menakluki keseluruhanNusantara[1]. Dalam pandanganIndonesia moden, beliau dikenali sebagai seorang perwira penting negara[2] dansimbolkebangsaan.
Tidak banyak yang diketahui tentang awal kehidupan Gajah Mada. Sesetengah orang[nyatakan menurut siapa?] menyebutkan pekerjaannya sebagai komanderBhayangkara, pengawal elit untuk raja-raja Majapahit dan keluarga mereka. ApabilaRakrian Kuti, salah seorang pegawai di Majapahit, memberontak terhadap raja MajapahitJayanegara (memerintah 1309–1328) pada 1321, Gajah Mada dan mahapatih pada masa ituArya Tadah membantu raja dan keluarganya melarikan diri dari ibu negara MajapahitTrowulan. Kemudian, Gajah Mada membantu raja tersebut untuk pulang ke ibu negara dan menghancurkan pemberontakan itu. Tujuh tahun kemudian, Jayanegara telah diracun mati olehRakrian Tanca, salah seorang pembantu Rakrian Kuti.
Dalam satu versi lain, menurutKakawin Nagarakretagama (sebuahpuisi epikbahasa Jawa abad ke-14), dan disokong oleh inskripsi akhir abad ke-13 dan awal abad ke-14, Jayanagaradibunuh oleh Gajah Mada pada 1328. Dikatakan[nyatakan menurut siapa?] Jayanagara melindung lampau dua adik tiri perempuannya, puteri permaisuri termudaKertarajasa,Dyah Dewi Gayatri. Rungutan oleh kedua-dua puteri muda ini menyebabkan adanya campur tangan oleh Gajah Mada. Penyelesaian mendadaknya adalah untuk mengatur seorangpakar bedah agar membunuh raja sambil berpura-pura melakukanpembedahan.
Jayanegara segera digantikan oleh saudara perempuannyaTribhuwana Wijayatunggadewi (memerintah 1328–1350). Di bawah pemerintahannyalah Gajah Mada dilantik sebagai mahapatih pada 1329, selepas persaraanArya Tadah.
Selaku Mahapatih (Menteri Besar) di bawah Ratu Thribuwana Tunggadewi, Gajah Mada telah menghapuskan pemberontakan diSadeng danKeta pada 1331. Semasa pemerintahan Gajah Mada sebagai Mahapatih juga, seorang pengembaraMuslim yang terkenal iaituIbn Battuta telah melawatKepulauan Indonesia sekitar tahun 1345.
Legasi Gajah Mada amat terserlah diIndonesia. Pada peringkat awal republik, para pemimpin sepertiSukarno menyatakan sumpah Gajah Mada sebagai inspirasi dan "bukti" bahawa negara boleh bersatu di sebalik sempadan yang luas dan kepelbagaian budaya. Oleh demikian, Gajah Mada merupakan sumber inspirasi yang hebat ketikaRevolusi Indonesia untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajahBelanda.
Sebuah universiti negeri,Universiti Gadjah Mada, di(bandar) Yogyakarta telah dinamakan bersempena Gajah Mada.Satelittelekomunikasi pertama Indonesia dipanggilSatelit Palapa mencerminkan fungsinya dalam menyatukan negara. Terdapat banyak bandar di Indonesia kecuali Jawa Barat yang mempunyai jalan yang telah dinamakan bersempena Gajah Mada. Terdapat juga jenama bulu tangkis badminton yang telah dinamakan bersempena nama beliau.[perlu rujukan]
Gaja.mada