Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Gagak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Burung Gagak
Burung Gagak (Corvus brachyrhynchos)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Corvus

Linnaeus, 1758
Spesies
banyak, lihat
Rencana utama:Daftar spesies Corvus
Diversiti
c. 40 spesies
Burung gagak bertenggek di antenna TV

Burung Gagak adalahburung yang besar daripadagenusCorvus dalamorderPasseriformes. Saiznya berbeza-beza antaraBurung Jackdaw (Jackdaw Eurasia danJackdaw Daurian) yang agak kecil seolah-olahburung merpati sehingga keBurung Raven Biasa yang besar di kawasanholarktik sertaBurung Raven Paruh Tebal di tanah tinggiEthiopia. Genus ini yang merangkumi lebih kurang 40 ahli hidup di semuabenua beriklim sederhana (kecualiAmerika Selatan), serta juga di banyak pulau luar pesisir dan pulau lautan (termasukHawaii).

Sistematik

[sunting |sunting sumber]

Tidak terdapat pendekatan sistematik yang baik untuk genus ini pada waktu sekarang. Secara amnya, spesies daripada sebuah kawasan geografi dianggap lebih berkait rapat antara satu sama lain berbanding dengan keturunan-keturunan yang lain, tetapi ini tidak semestinya betul. Umpamanya, sedangkan kumpulanBurung Gagak Bangkai/Kolar/Rumah sudah tentu amat berkait dengan satu sama lain, keadaannya tidak begitu jelas tentang spesies-spesies diAustralia danMelanesia.

Walaupun terdapat banyak rekodfosilNeogen diEropah, hubungan-hubungan antara kebanyakan spesies prasejarah tidak jelas. Burung-burung dengan saiz burung jackdaw, gagak, dan raven kelihatan telah wujud semenjak lama lagi, dengan burung-burung gagak yang sering diburu olehmanusia sejak dariZaman Besi mendokumenkan evolusi takson-takson moden. Sebaliknya, burung-burung gagak Amerika tidak didokumenkan dengan begitu baik.

Sebilangan spesies yang amat besar dan mengejutkan telahpupus selepas penerokaan manusia; kehilangan sejenis burung gagakCaribbean prasejarah mungkin diakibatkan oleh perubahan-perubahan iklimZaman Ais yang terakhir.

Pemburuan

[sunting |sunting sumber]

Menurut peraturan-peraturan persekutuan diAmerika Syarikat, pemburuan burung gagak adalah sah di sisiundang-undang bagi kebanyakan negeri, biasanya antara sekitar bulan Ogos hingga akhir bulan Mac, dan pada bila-bila masa sahaja jika burung itu mengakibatkan kacau ganggu atau bahaya kesihatan. Bilangan yang boleh diburu tidak dihadkan semasa "musim pemburuan burung gagak".

DiUnited Kingdom, pembunuhan atau pemburuan burung gagak di kawasan-kawasan liar diharamkan.

Evolusi

[sunting |sunting sumber]

Burung Gagak kelihatan berevolusi dariAsia Tengah dan kemudian tersebar masuk keAmerika Utara,Eropah, danAustralia.

Bagaimanapun,bukti terkini kelihatan menunjukkan Australasia sebagai asal untukfamili yang awal (Corvidae) melalui cabang yang melahirkan kumpulan-kumpulan moden sepertiBurung Gagak Eurasia,Burung Murai, dan BurungCorvus yang berwarna hitam sebahagian besarnya. Burung-burung gagak telah lama meninggalkan Australasia dan kini berkembang diAsia. Agak baru-baru ini,Corvus telah masuk semula ke Australia dan melahirkan limaspesies serta satu subspesies yang dapat dicamkan.

Untuk maklumat tambahan tentang saudara-saudara burung gagak sepertiBurung Murai danBurung Gagak Eurasia, sila lihatCorvidae.

Kepintaran

[sunting |sunting sumber]

Burung gagak muda yang berumur sehingga 4 bulan mempunyai kepintaran orangutan dan simpanse dewasa. Seorang kanak-kanak berusia dua setengah tahun mungkin mengalahkan usia yang lebih tinggi pada ujian sosial tetapi sama seperti ujian fizikal.[1]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanGagak


Senarai burungBurung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
  1. ^https://www.nature.com/articles/s41598-020-77060-8
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gagak&oldid=5334483"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp