Gabenor Bank Negara Malaysia | |
---|---|
ڬابنور بڠك نڬارا مليسيا | |
![]() | |
Penyandang Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour sejak 1 Julai 2023 | |
Bank Negara Malaysia | |
Gelaran | Yang Berbahagia |
Bidang kuasa | Bank Negara Malaysia danMalaysia![]() |
Institusi | Bank Negara Malaysia![]() |
Pusat | Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur |
Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Agong atas nasihatPerdana Menteri Malaysia |
Surat cara pembentukan | Akta Bank Negara Malaysia 2009 |
Dibentuk | Januari 1959 |
Pemegang pertama | W H Wilcock sebagai Gabenor Bank Negara Tanah Melayu |
Tapak web | www |
sunting ·sunting di Wikidata![]() |
Gabenor Bank Negara Malaysia adalah jawatan ekonomi tertinggiMalaysia. GabenorBNM merupakan ketua seluruh institusi kewangan di Malaysia. Beliau menjalankan urusan dan hal ehwal bank mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga PengarahBNM.[1]
Di dalam Seksyen 15 (1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 memperuntukkan bahawa Gabenor hendaklah dilantik olehYang di-Pertuan Agong dan Timbalan Gabenor oleh Menteri Kewangan II (yang bertanggungjawab terhadap kewangan negara).
Setakat ini, (berkuatkuasa pada1 Julai 2018) bilangan Gabenor Bank Negara Malaysia adalah seramai 9 orang. Penyandang Gabenor Bank Negara Malaysia yang terkini ialah (2023-kini) Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour
Mantan GabenorBNM Pertama iaituMendiang Tan Sri William Howard Wilcock merupakan warganegara Australia. Pada September 1956 cadangan dan dasar perundangan untuk penubuhan sebuah Bank Pusat di Tanah Melayu dikeluarkan dalam “Laporan Caine Watson”.
Pada ketika itu, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Bank Komanwel Australia (kini Bank Rizab Australia/Reserve Bank of Australia). Pada tahun 1958, beliau datang ke Tanah Melayu sebagai Penasihat Perbankan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Pada tahun 1959 ,beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Abdul Rahman sebagai Gabenor Pertama dan Pengerusi Lembaga Bank Pusat Malaya (ketika itu dikenali sebagai Bank Negara Tanah Melayu) selama 2 tahun. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memperbaharui kontrak selama 6 bulan lagi.
Beliau bersara daripada jawatan GabenorBNM pada tahun 1962 dan kembali ke Australia untuk mengisi jawatan sebagai Pengurus Besar di Bahagian Percetakan Nota di Bank Rizab Australia dan menyelia pengenalan matawang perpuluhan Australia.
Mantan GabenorBNM ke-2 iaituAllahyarham Tun Ismail bin Mohd Ali menggantikanTan Sri W. H. Wilcock sebagai GabenorBNM. Sepanjang beliau menjadi GabenorBNM, beliau dilihat telah memacu dunia perbankan sehingga Malaysia muncul dengan konsep mata wang yang kukuh dan dihormati di mata dunia.
Beliau menjadi Ahli Bank Malaysia yang paling terkemuka, menjadi Gabenor Bank Negara selama 18 tahun iaitu dari 1962 hingga 1980, mencatat rekod sebagai Gabenor Bank Pusat yang paling lama berkhidmat di Asia. Beliau meninggal dunia pada 19 Julai 1998 kerana komplikasi selsema pada usia 80 tahun. Sebuah bangunan di Kuala Lumpur dinamakan sebagai 'Menara Tun Ismail Mohd Ali' di Jalan Raja Laut sempena nama beliau pada tahun 2003.
Mantan GabenorBNM ke-3 iaituTan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha menggantikanTun Ismail Mohd Ali yang bersara pada 1980. Pada era ini (1982),siri wang kertas yang ke-2 telah diperkenalkan. Nilai wang kertas yang telah diperkenalkan ialah nilai $1, $5, $10, $20, $50, $100, $500, dan $1000.
Mantan GabenorBNM ke-4 iaituTan Sri Dato' Jaffar bin Hussein menggantikanTan Sri Dato' Abdul Aziz Taha yang bersara pada 1985. Pada era pemerintahan beliau (1993), duit kertas $1 telah digantikan dengan duit syling emas.
Mantan GabenorBNM ke-5 iaituTan Sri Dato' Ahmad bin Mohd. Don menggantikanTan Sri Dato' Jaffar Hussein yang bersara pada 1994. Pada era pemerintahan beliau (1996),siri wang kertas yang ke-3 telah diperkenalkan dengan reka bentuk bersemangatWawasan 2020. Nilai Dollar ($) juga ditukarkan kepada nilai Ringgit Malaysia (RM). Beliau juga antara individu yang bertanggungjawab dalam menyelesaikanKrisis Kewangan Asia 1997.
Mantan GabenorBNM ke-6 iaituTan Sri Dato' Seri Ali Abul Hasan Sulaiman menggantikanTan Sri Dato' Ahmad Mohd. Don yang bersara pada 1998. Pada era pemerintahan beliau, wang kertas RM1.00 diperkenal semula. Tandatangan beliau pada wang kertas juga merupakan antara yang unik kerana jika dibaca secara kasar, namaAisyah akan kelihatan sekali gus menimbulkan tanda tanya dan misteri kepada pengumpul duit kertas masa kini kerana tiada GabenorBNM yang bernamaAisyah.
Mantan GabenorBNM ke-7 iaituYM Tan Sri Dato' Seri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Professor DiRaja Tun Dr. Ungku Abdul Abdul Aziz menggantikanTan Sri Dato' Seri Ali Abul Hasan Sulaiman yang bersara pada 2000. Beliau merupakan GabenorBNM wanita yang pertama. Beliau juga dilihat antara wanita yang bergitu berkuasa di Malaysia (selain Raja Permaisuri Agong dan Isteri Perdana Menteri).
Pada 13 September 2010, beliau telah dipilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Pada era pemerintahan beliau,siri wang kertas yang ke-4 telah diperkenalkan. Beliau bersara pada 28 April 2016 selepas 16 tahun memegang pentadbiran kewangan tertinggi negara.
GabenorBNM ke-8 iaituTan Sri Dato' Seri Muhammad bin Ibrahim merupakan GabenorBNM menggantikanTan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bersara pada 2016. Perlantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Mei 2016. Beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai gabenor pada 14 Jun 2018.
GabenorBNM ke-9 iaitu DatukNor Shamsiah binti Mohd Yunus merupakan Gabenor BNM menggantikanTan Sri Dato' Seri Muhammad bin Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 14 Jun 2018 atas desakan politik. Perlantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Julai 2018 sehingga 30 Jun 2023.
GabenorBNM ke-10 iaitu Datuk Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour merupakan Gabenor BNM menggantikanTan Sri Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus yang bersara pada 2023. Perlantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Julai 2023.
No. | Nama | Gambar | Tempoh menjawat | Menteri Kewangan | Pengarah Urusan IMF | Presiden WBG | |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Mula | Akhir | ||||||
1 | W. H. Wilcock Tan Sri William Howard Wilcock' | Januari 1959 | Julai 1962 | Henry Lee Hau-shik Tan Siew Sin | Per Jacobsson | Eugene R. Black, Sr. | |
2 | Ismail Mohd Ali Tun Ismail bin Mohd Ali | Julai 1962 | Julai 1980 | Tan Siew Sin Abdul Razak bin Hussein Tengku Razaleigh bin Tengku Mohamad Hamzah | Per Jacobsson Pierre-Paul Schweitzer Johan Witteveen Jacques de Larosière | Eugene R. Black, Sr. George D. Woods Robert McNamara | |
3 | Abdul Aziz Taha Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Taha | Julai 1980 | Jun 1985 | Tengku Razaleigh Tengku Mohamad Hamzah Abdul Daim bin Zainuddin | Jacques de Larosière | Robert McNamara Alden W. Clausen | |
4 | Jaffar Hussein Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein | Jun 1985 | Mei 1994 | Abdul Daim bin Zainuddin Anwar Ibrahim | Jacques de Larosière Michel Camdessus | Alden W. Clausen Barber Conable Lewis T. Preston | |
5 | Ahmad Mohd Don Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd. Don | Mei 1994 | Ogos 1998 | Anwar Ibrahim | Michel Camdessus | Lewis T. Preston James Wolfensohn | |
6 | Ali Abul Hassan Sulaiman Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hasan bin Sulaiman | September 1998 | 1 Mei 2000 | Anwar Ibrahim Mahathir Mohamad Abdul Daim bin Zainuddin | Michel Camdessus | James Wolfensohn | |
7 | Zeti Akhtar Aziz YM Tan Sri Datin Paduka Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Prof DiRaja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz | ![]() | 1 Mei 2000 | 28 April 2016 | Abdul Daim bin Zainuddin Mahathir Mohamad Abdullah Ahmad Badawi Mohd Najib Abdul Razak | Horst Köhler Rodrigo Rato Dominique Strauss-Kahn Christine Lagarde | James Wolfensohn Paul Wolfowitz Robert Zoellick Jim Yong Kim |
8 | Muhammad Ibrahim Tan Sri Dato' Seri Muhammad bin Ibrahim[2] | ![]() | 1 Mei 2016 | 14 Jun 2018 | Mohd Najib bin Abdul Razak Lim Guan Eng | Christine Lagarde | Jim Yong Kim |
9 | Nor Shamsiah Mohd Yunus Tan Sri Datuk Nor Shamsiah binti Mohd Yunus[3] | 1 Julai 2018 | 30 Jun 2023 | Lim Guan Eng | Christine Lagarde | Jim Yong Kim | |
10 | Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour Dato' Seri Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour | 1 Julai 2023 | kini | Anwar Ibrahim | Christine Lagarde | Jim Yong Kim |