G. Palanivel SMW (WP); DPMS, DSSA (Sel) | |
---|---|
AhliParlimen Malaysia bagi P78Cameron Highlands | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 462 (PRU-13) |
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 29 Julai 2015 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
MenteriJabatan Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 2011–2013 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan MenteriPerusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia | |
Dalam jawatan 2010–2011 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Timbalan MenteriPembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Timbalan MenteriPembangunan Luar Bandar | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() ![]() ![]() |
PresidenKongres India Malaysia ke-8 | |
Dalam jawatan 6 Disember 2010 – 2013 | |
Timbalan | S. Subramaniam |
Didahului oleh | Samy Vellu |
Digantikan oleh | Subramaniam Sathasivam |
AhliParlimen Malaysia bagiHulu Selangor | |
Dalam jawatan Oktober 1990 – Mac 2008 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() |
Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-13 | |
Dalam jawatan 3 Mei 2010 – 5 Mei 2013 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | (1949-03-01)1 Mac 1949 (umur 76) Pulau Pinang |
Parti politik | ![]() ![]() BEBAS (2014-kini) |
Pasangan | Datin Kanagam Palanivel |
Anak | 4 anak lelaki |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web | http://gpalanivel.com.my/ |
Datuk SeriPalanivel Govindasamy (Tamil:பழனிவேல் கோவிந்தசாமி; lahir 1 Mac 1949) atau lebih dikenali sebagaiG. Palanivel atau 'Palani' adalah seorang ahli politik dan PresidenKongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponenBarisan Nasional di Malaysia. Beliau kini memegang jawatan Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 16 Mei 2013.[1]Beliau merupakan pemimpin veteran MIC kerana pernah menang 4 kali di parlimenHulu Selangor dalam1990,1995,1999 dan2004. Tetapi beliau kalah tipis dalam gelombang politik2008 kepada DatukZainal Abidin Ahmad (PKR) dariParti Keadilan Rakyat.
Pada 3 Mei 2010, beliau dilantik sebagaiSenator diDewan Negara.Dikatakan beliau dipilih sebagai Senator setelah tidak terpilih sebagai calon pilihan raya Hulu Selangor 2010.
Beliau dilahirkan di Pulau Pinang. Bapanya Govindasamy dilahirkan diIndia dan berhijrah ke Pulau Pinang pada 1917 ketika pemerintahanBritish. Manakala ibunya, A. Letchimy adalah gadis kelahiranGeorgetown.
Isterinya Datin Kanagam dan mereka mempunyai 4 anak. Anak sulung beliau menjadi doktor, anak kedua menjadiarkitek dan dua lagi masih belajar. Mereka tinggal di rumah teres dua tingkat diTaman Melawati,Kuala Lumpur.[2]
G Palanivel mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dariUniversiti Malaya pada 1972 dan jurusanSejarah. Beliau menjadi guru diInstitut Goon atau lebih dikenali Goon International College diKuala Lumpur dan kemudian guru di Maktab Adabi diKuantan. Kemudian menjadi penyelidik diMuzium Negara pada 1974 dan terlibat persatuan pengguna CAP diPulau Pinang pada 1974. 1977 menyertaiBernama sebagaiwartawan - editor berita ekonomi (1978).
Beliau menjadi penasihat perniagaan Sports Toto dan pengarahTelekom Malaysia, Usha Martin dan Maharaja NetworkSri Lanka.
Beliau terlibat dalam MIC cawanganJelutong ,Pulau Pinang sejak 1968.Beliau terpilih menjadi Setiausaha MICPetaling Jaya. Kemudian dilantik menjadi Setiausaha Akhbar Presiden MIC, Datuk SeriSamy Vellu sejak 1987 dan dipinjamkan ke Kementerian Kerjaraya. Beliau menjadi ketua bahagian MIC Hulu Selangor, Ketua MIC Selangor dan Timbalan Presiden MIC Pusat.
Beliau adalah juara masyarakat miskin India di Malaysia. Kerana itu beliau beliau menang 4 penggal berturut-turut dalam pilihan raya di parlimenHulu Selangor pada 1990, 1995, 1999 dan 2004. Dalam tahun 2004 beliau menang dengan majoriti 14,000. Sejak itu beliau terpilih sebagai Timbalan Presiden MIC melalui Pemilihan MIC 2006.
Ketika menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat pada tahun 1996, Palanivel telah perkenalkanYayasan Kebajikan Negara (YKN) kepada masyarakat India diseluruh negara. 5000 jenis bantuan diberikan untuk membiayai pembedahan dan rawatan penyakit kronik. PerogamAmanah Ikhtiar Malaysia (AIM) diperkenalkan kepada masyarakat India dan pelancarannya diadakan diSungai Siput.
Malangnya beliau dan ramai pemimpin nasional MIC tewas dalam pilihan raya 2008. GerakanHindraf pada 26 November 2007 dan kumpulan Makkal Sakthi berjaya menonjolkan diri sebagai juara rakyat India. Sejak itu ramai pemimpin India menyertaiPKR atauDAP dalamPakatan Rakyat dan menumbangkan 5 kerajaan negeri . Seorang India dari DAP (V Sivakumar) telah dilantik sebagai Speaker DUN Perak, kemudian diganti oleh Palanivel. Pada 2008, MIC hanya kalah 9 kerusi parlimen sahaja. 50 kawasan parlimen , bilangan pengundi sangat kritikal. Pengundi India beralih arah kerana kerajaan pecah kuil 2-3 bulan sebelum pilihan raya . MIC mempunyai 4000 cawangan di seluruh Malaysia. Masyarakat India yang miskin juga wajar diberi tanah sebagaimana penerokaFelda. Contohnya Felda Gedangsa ada 300 pengundi India, diSungai Buaya ada 100 hingga 200 orang pengundi India.
Nama beliau (61 tahun) sahaja dicadangkan oleh DatukSamy Vellu menjadi calonBarisan Nasional. Ramai pihak mahukan muka baru yang lebih segar daripadaMIC kerana Palanivel sudah lima penggal bertanding di situ. Samy Vellu dan Palanivel 'pencen' selepas kalah dalam PRU12 . Jika Palanivel menjadi Presiden MIC, ini bermakna beliau menjadi presiden tanpa kawasan diwakili . Masalahnya 6000 pengundi yang menyokong 3 Adun tidak menokong beliau. 3 Adun itu ialah diBatang Kali,Hulu Bernam danKuala Kubu Baru.[3] Pada 3 Mei 2010, Palanivel dilantik sebagaiSenator bagi memenuhi kuota MIC.
Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | P084Hulu Selangor,Selangor | G Palanivel (MIC) | 20,839 | 63.74% | Nazar Yakin (S46) | 11,857 | 36.26% | 34,306 | 8,982 | 73.10% | ||
1995 | P088Hulu Selangor,Selangor | G Palanivel (MIC) | 20,546 | 78.19% | Adnan Din (S46) | 4,594 | 17.48% | 27,505 | 15,952 | 53.66% | ||
Peng Kim Sing (DAP) | 1,137 | 4.33% | ||||||||||
1999 | G Palanivel (MIC) | 22,143 | 61.65% | Halili Rahmat (PKR) | 13,548 | 37.72% | 37,195 | 8,595 | 71.06% | |||
2004 | P094Hulu Selangor,Selangor | G Palanivel (MIC) | 27,807 | 67.52% | Ismail Kamus (PAS) | 13,324 | 32.35% | 42,592 | 14,483 | 72.77% | ||
2008 | G Palanivel (MIC) | 22,979 | 49.55% | Zainal Abidin Ahmad (PKR) | 23,177 | 49.97% | 47,845 | 198 | 75.24% | |||
2013 | P078Cameron Highlands,Pahang | G Palanivel (MIC) | 10,506 | 48.03% | Manogaran Marimuthu (DAP) | 10,044 | 45.92% | 22,752 | 462 | 81.32% | ||
Mohd Shokri Mahmood (Berjasa) | 912 | 4.17% | ||||||||||
Alagu Thangarajoo (IND) | 308 | 1.41% | ||||||||||
Kisho Kumar Kathirveloo (IND) | 101 | 0.46% |
|deadurl=
ignored (bantuan)Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Samy Vellu | PresidenKongres India Malaysia (MIC) 6 Disember 2010 – 25 Jun 2014 | Diikuti oleh: Subramaniam Sathasivam |