Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Fulerena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buckminsterfulerena C60 (kiri) dannanotiub karbon (kanan) merupakan dua contoh struktur dalam keluarga fulerena.

Fulerena (Inggeris:fullerene) ialah sebarangmolekul yang terdiri sepenuhnya daripadakarbon dalam bentuksfera berongga,elipsoid atautiub. Fulerena sfera juga dikenali dengan namabuckyball, dan ia menyerupai bentuk bola yang digunakan dalambola sepak. Fulerena silinder dinamakannanotiub karbon ataubuckytube. Fulerena mempunyaistruktur kimia yang serupa dengangrafit yang terdiri daripada lapisan-lapisangrafena gelang heksagon berhubung yang bertindih; tetapi ia juga boleh mempunyai gelang berbentuk pentagon (dan kadangkala heptagon).[1]

Molekul fulerena pertama yang ditemui, dan juga molekulbuckministerfulerena (C60), telah disediakan pada 1985 olehRichard Smalley,Robert Curl,James Heath,Sean O'Brien danHarold Kroto dariUniversiti Rice. Nama molekul ini diambil daripada namaBuckminister Fuller yang merekakubah geodesi yang serupa bentuknya. Strukturnya juga telah dikenalpasti lima tahun sebelumnya olehSumio Iijima, daripada gambar mikroskop elektron, di mana ia membentuk teras "bawang bucky".[2] Sejak itu, fulerena telah ditemui terhasil dalam alam semula jadi.[3] Baru-baru ini, fulerena telah dikesan di angkasa lepas.[4] Menurut ahli astronomi Letizia Stanghellini, "ada kemungkinan yangbuckyball dari angkasa lepas memberikan benih bagi kehidupan di Bumi."[5]

Penemuan fulerena mengembangkan jumlahalotrop karbon yang diketahui dengan banyaknya, yang sehingga baru-baru ini terhad kepadagrafit,berlian, dan karbonamorfus sepertijelaga danarang.Buckyball danbuckytube kini menjadi subjek kajian mendalam kerana kimianya yang unik dan kerana kegunaannya dalam teknologi terutamanya dalamsains bahan,elektronik dannanoteknologi.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Fullerene, Encyclopædia Britannica on-line
  2. ^Iijima, S (1980). "Direct observation of the tetrahedral bonding in graphitized carbon black by high resolution electron microscopy".Journal of Crystal Growth.50 (3): 675.Bibcode:1980JCrGr..50..675I.doi:10.1016/0022-0248(80)90013-5.
  3. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBuseck_et_al
  4. ^Cami, J; Bernard-Salas, J.; Peeters, E.; Malek, S. E. (2010-09-02). "Detection of C60 and C70 in a Young Planetary Nebula".Science.329 (5996): 1180–2.Bibcode:2010Sci...329.1180C.doi:10.1126/science.1192035.PMID 20651118.
  5. ^Atkinson, Nancy (2010-10-27)."Buckyballs Could Be Plentiful in the Universe".Universe Today. Dicapai pada2010-10-28.
Ikon tunas

Rencana berkenaankimia ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanFulerena
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fulerena&oldid=4029059"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp