Fuck ialah sepatahperkataanbahasa Inggeris pasar yang sebagai satukata kerja, bermaksud "berhubungan seks dengan". Penggunaannya menjadi larangan dalam kebanyakan keadaan, tetapi juga biasa dalam sesetengah keadaan yang tertentu atau sesetengah kumpulan sosial. Ia belum diterima sebagai perkataan baku (rasmi) tetapi digunakan dalam keadaan tidak rasmi.
"Fuck" bukan saja digunakan sebagai kata kerja, tetapi juga sebagaikata nama dankata seru. Penggunaannya sebagai kata seru boleh dikategorikan sebagaikata makian yang amat kesat dan membawa maksud yang sama seperti perkataan "pukimak".
Di dalam bidang hiburan, penapisan yang biasa dilakukan di dalamfilem danlagu yang mengandungi perkataan tersebut adalah dengan meredam perkataan tersebut. Istilah"F-word" yang lebih sopan digunakan bagi sesiapa yang mahu menegaskan maksud yang sama dengan perkataan "fuck" tetapi pada masa yang sama mahu mengelak daripada menggunakan perkataan tersebut.