John Fredrik Reinfeldt (disebut[ˈfreːdrɪk ˈrajnˌfɛlt](bantuan·info)) (lahir pada 4 Ogos 1965 diÖsterhaninge,Daerah Stockholm,Sweden) ialah bekasPerdana MenteriSweden dari 2006 hingga 2014, ketuaParti Sederhanakonservatif liberal dan jugaPresiden Majlis Eropah untuk separuh akhir tahun 2009.
Anak kelahirandaerah Stockholm ini menyertai pertubuhanKonservatif Muda Sweden pada tahun 1983, dan memegang jawatan pengerusi pada tahun 1992 hingga 1995. Beliau menyertaiParlimen Sweden sebagai wakil bagi tempat kelahiran sendirinya sejak tahun 1991. Berikutan tumpasnya kerajaan campuran pimpinan Sederhana dalam pilihan raya tahun 1994, Reinfeldt semakin mengecam kepimpinan parti olehCarl Bildt ketika itu, menyebabkan dirinya disisihkan oleh ahli parti lain. Walau apapun, berikutan pertukaran kepimpinan pada tahun 1999 diikuti kekalahan teruk pada pilihan raya tahun 2002, Reinfeldt lambat-laun semakin berpengaruh dalam Parti Sederhana.
Reinfeldt dipilih menjadi ketua parti pada 25 Oktober 2003, mengambil alih dariBo Lundgren. Di bawah kepimpinannya, Parti Sederhana banyak mengubah dasar-dasarnya serta mengubah haluan ke tengah melalui gelaran "Pihak Sederhana Baru" (Svensk:Nya moderaterna). Berikutan kejayaan di pilihan raya umum pada 17 September 2006, Reinfeldt dilantik menjadiPerdana Menteri oleh Parlimen Baru pada 5 Oktober dan memperkenalkan jemaah menterinya pada hari berikutnya. Bersama tiga buah parti politik lain dalamPerikatan untuk Sweden yang berhaluan kanan tengah, Reinfeldt mengetuaikerajaan campuran yang disokong majoriti tipis dalam parlimen. Pada usia 41 tahun, beliau menjadi orang ketiga termuda yang menjadi Perdana Menteri Sweden. Reinfeldt mengahwini seorang lagi ahli politik bernamaFilippa Reinfeldt.