Fredrik Bajer |
---|
 |
Lahir | 21 April 1837 |
---|
Meninggal dunia | 22 Januari 1922(1922-01-22) (umur 84) |
---|
Pekerjaan | penulis, ahli politik, guru |
---|
Warganegara | Denmark |
---|
Anugerah | Hadiah Keamanan Nobel 1908 |
---|
Fredrik Bajer (21 April 1837 – 22 Januari 1922) merupakan guru, penulis dan ahli politikDenmark yang telah menerimaHadiah Keamanan Nobel pada tahun 1908.
Anak seorang pendeta, Bajer telah berkhidmat sebagai pegawai dalam perkhidmatan ketenteraan Denmark dan pernah terlibat dalamperang 1864 menentangPrussia danAustria dimana beliau telah dinaikkan pangkat sebagai leftenan pertama. Beliau telah berhenti sebagai tentera pada 1865 dan berpindah ke Copenhagen. Di Copenhagen, beliau telah menjadi guru, penterjemah dan penulis.
Bajer telah menyertaiParlimen Denmark pada tahun 1872 sebagai ahliFolketinget dan memegang kerusi tersebut selama 23 tahun. Sebagai ahli parlimen, beliau menggunakan timbang tara antarabangsa untuk menyelesaikan persengketaan antara negara. Bajer juga telah memainkan peranan dalam menjadikan hubungan luar sebahagian daripada tugas Parlimen Denmark dan penyertaan Denmark dalamKesatuan Antara Parlimen dari awal.[1][2]
Beliau turut menyokong pelbagai organisasi keamanan samaada dalam Denmark mahupun sekitar Eropah, serta turut membantu membimbing kelulusan rang undang-undang untuk mencapai perjanjian timbang tara antaraSweden danNorway. Bajer pernah menjadi PresidenBiro Tetap Keamanan Antarabangsa sehingga 1907 dan setahun kemudian beliau dihadiahkanHadiah Keamanan Nobel.
- ^Skou, Kaare R. (2005).Dansk politik A-Å(Danès). Aschehoug, p. 109.ISBN 87-11-11652-8.
- ^Andersen, Holger (1953). "Den danske rigsdag og det interparlamentariske arbejde"(Danès) in Fabricius, Knud; Bomholt, Jul.; Hjelholt, Holger; Mackeprang, M.; Møller, Andr. (eds.):Den danske rigsdag 1849–1949 bind VI. Copenhagen: J. H. Schultz Forlag, pp. 415–416.
|
---|
Umum | |
---|
Perpustakaan negara | |
---|
Kamus biografi | |
---|
Lain-lain | |
---|