Franklin Delano Roosevelt (30 Januari 1882–12 April 1945;Jawi: فريڠکلين ديلانو روزۏيلت) ialahPresidenAmerika Syarikat ke-32 yang berkhidmat dari tahun 1933 hingga tahun 1945, dipilih sebanyak empat kali. Beliau merupakan Presiden yang paling lama berkhidmat melebihi dua penggal. Seorang tokoh utama dalam abad ke-20, beliau telah diletakkan sebagai salah seorang daripada tiga Presiden terhebat Amerika Syarikat (Abraham Lincoln,George Washington dan F.D.Roosevelt) olehtinjauan kesarjanaan.
SemasaZaman Meleset pada dekad 1930-an, Roosevelt mewujudkan Tawaran Baru untuk memberi bantuan kepada penganggur-penganggur, serta untuk memulihkanekonomi, dan membaharui sistem ekonomi. Warisan-warisannya yang paling terkenal termasuk sistem Keselamatan Sosial dan pengawalan Wall Street. Penggunaan kerajaan persekutuan yang aktif secara agresif memberi tenaga semula kepadaParti Demokratnya. Gabungan Tawaran Baru yang ditubuhnya menguasai politik Amerika sehingga dekad1960-an. Bersama dengan isterinya,Eleanor, Roosevelt masih merupakan batu uji untukliberalisme Amerika.
Dilahirkan dalam keluarga Roosevelt di Hyde Park, New York, beliau mempunyai kelulusan dari Groton School dan Harvard College dan mengikuti pengajian di Columbia Law School, yang ditinggalkannya selepas lulus peperiksaan guaman untuk menjalani latihan undang-undang di Bandar Raya New York. Pada tahun 1905, beliau berkahwin dengan sepupu kelimanya setelah berpindah, Eleanor Roosevelt. Mereka mempunyai enam orang anak, lima daripadanya membesar sehingga meningkat dewasa.
Beliau memenangi pilihan raya untuk Senat Negeri di New York pada tahun 1910, dan kemudian berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Tentera Laut di bawah Presiden Woodrow Wilson semasa Perang Dunia Pertama. Roosevelt ialah pasangan James M. Cox dalam tiket kebangsaan Parti Demokrat 1920, namun Cox telah dikalahkan oleh Warren G. Harding daripada Republikan. Pada tahun 1921, Roosevelt mengalami kelumpuhan, yang pada ketika itu dipercayai sebagai penyakit polio dan kakinya mengalami kelumpuhan kekal. Semasa beliau cuba memulihkan keadaannya, Roosevelt mengasaskan pusat pemulihan polio di Warm Springs, Georgia. Dilahirkan dalam keluarga Roosevelt di Hyde Park, New York, beliau mempunyai kelulusan dari Groton School dan Harvard College dan mengikuti pengajian di Columbia Law School, yang ditinggalkannya selepas lulus peperiksaan guaman untuk menjalani latihan undang-undang di Bandar Raya New York.
Pihak-pihak konservatif melawan balik, tetapi Roosevelt dapat mengatasi mereka dengan tekal sehingga tahun 1937, ketika beliau mencuba meluluskan rang undang-undang untuk memberi kuasa kepada Presiden Amerika Syarikat untuk melantik seorang HakimMahkamah Agung tambahan bagi setiap hakim melebihi 70 tahun dan 6 bulan yang mengadili perbicaraan. Cadangan itu merupakan gerak balas terhadap Mahkamah Agung yang telah menterbalikkan banyak daripada langkah-langkah Tawaran Baru. Gabungan Konservatif yang baru kemudian berjaya mengakhiri pengembangan Tawaran Baru, dan menamatkan banyak rancangan seperti WPA ketikaperang bermula.
Selepas tahun 1938, Roosevelt memimpin negaranya daripada faham pemencilan ketika dunia menuju ke arahPerang Dunia Kedua. Beliau memberi banyak sokongan kepadaWinston Churchill dan usaha perangBritish sebelum serangan Pelabuhan Pearl menolak Amerika Syarikat ke dalam pertempuran. Semasa peperangan, Roosevelt yang bekerja dengan rapat dengan pembantunya, Harry Hopkins, membekalkan pimpinan yang tegas terhadapJerman Nazi dan menjadikan Amerika Syarikat sebagai pembekal senjata utama dan pembiaya kepadaPihak Berikat yang menewaskanJerman,Itali, danJepun. Roosevelt menurunkan 16 juta orangaskar ketika Amerika Syarikat menjadi Gudang Senjata Demokrasi.
Di dalam negara, tempoh Roosevelt memperlihatkan keakhiran pengangguran, pengembalian kemakmuran, cukai-cukai dan kawalan-kawalan baru yang penting, 120,000 orang Jepun dan Amerika-Jepun dihantar ke kem-kem penempatan semula, serta peluang-peluang baru yang dibuka kepadaorang-orang Afrika Amerika dan golongamwanita. Ketika Pihak Berikat hampir mencapai kemenangan, Roosevelt memainkan peranan yang penting untuk membentuk dunia selepas perang, khususnya melalui Persidangan Yalta, dan penubuhanPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Roosevelt meninggal dunia pada hari sebelum kemenangan dalam Perang Dunia II dan diwarisi oleh Naib PresidenHarry S. Truman.
Pentadbiran Roosevelt mentakrifkan semula istilahliberalisme untuk generasi-generasi yang berikut dan menjajarkan semulaParti Demokrat, berdasarkan gabungan Tawaran Barunya, pada buruh,etnik minoriti, Selatan, jentera-jenterabandar raya, serta orang-orang miskin.