Flamenco ([fla.méng.ko]) difahamkan sebagai suatu bentuk seni profesional berdasarkan pelbagai tradisi muzik rakyat di selatan Sepanyol, terutamanya dalam kawasan autonomiAndalusia,Extremadura danMurcia. Ia termasukcante (nyanyian),toque (petikan gitar),baile (tarian),jaleo (penyuaraan dan bertepuk tangan bertepuk tangan),palmas (tepukan tangan) danpitos (petikan jari).[1]
Seni tarian telah menjadi terkenal di seluruh dunia dan diajar di banyak negara bukan Hispanik, terutama Amerika Syarikat dan Jepun; negara kedua ini terutamanya mempunyai lebih banyak sekolah tarian daripada di Sepanyol sendiri.[2][3] Pada 16 November 2010,UNESCO menyenaraikan flamenco sebagai salah satuMahakarya Warisan Lisan dan Tidak Ketara Manusia mereka.[4]
Pada abad ke-20, Flamenco dikembangkan dari bentuk tari rakyat solo menjadi bentuk seniteater oleh para penari sepertiPastora Imperio,La Argentina,Argentinita,Vicente Escudero,Carmen Armayo dan sebagainya.[5]
Gitar yang digunakan dalam memainkan muzik flamenco sangat berbeza daripada gitar yang lain melalui binaan ia serta cara ia dimainkan. Pemain gitar sering bermain dengan meenrapkan irama asas -compás - yang cocok dengan perubahan perasaan penyanyi atau penari.[5]
Lagu-lagu yang didendangkan dalam persembahan flamenco banyak dipengaruhi budaya-budaya masyarakat dunia Sepanyol, seperti orang Gitano, muzik kerajaan Islam Andalusia, lagu rakyat penduduk Andalusia itu sendiri serta unsurAfrika Barat danAmerika Selatan. Kadangkalanya musik dimainkan tanpa tarian.[6]
Tarian dalam flamenco ini bisa dilakukan secara secara solo, berpasangan atau berkelompok.[6] Ia diperlihatkan adanya pergerakan yang rancak dan beremosi melibatkan lenggangan badan, lambaian tangan (filigrano) dan hentakan kaki berirama (zapateado)[5] yang kerap secara spontan dan penuh semangat agar pertunjukan menjadi bertenaga dan menarik.[6] Para penari seringkali menari dengan menunjukkanduende, di mana mereka seakan-akan dirasuk emosi dari muzik dan tarian.[7]Duende ditampilkan pada saat pementasancante jondo dalam suasana ilusif dengan menuangkan emosi dan impresi sepertigunung berapi yang akan meletus.[5] Banyak gaya tarian yang berbeza telah dikembangkan daripada asas-asas sebegini:
Flamenco puro ("flamenco tulen") - paling dekat dengan pengaruh gitanonya, selalu dilakukan secara solo dan spontan.
Flamenco clasico ("flamenco klasik") - dipengaruhi tarian asal orang Sepanyol, dilakukan secara berdiri tegak dan tampak kurang pergerakan pinggul dan pergerakan tangan lama seakan tarian balet.
Flamenco nuevo ("flamenco baru") - dicirikan pemakaian kostum ringkas serta ketiadaan prop sampingan. Teknik koreografi juga ada digunapakai.
Penari lelaki diharuskan menari dengan penampilan maskulin, sedangkan penari wanita lebih bergerak dengan sikap tenang, bangga serta menunjukkan rasa keghairahan yang terkawal.[5]
Beberapa penari menggunakankastanet yang diketuk-ketuk untuk menambah warnamuzik, namun ada pula penari yang tidak memakaialat muzik tersebut kerana bunyian dianggap dapat mengurangkan keindahan tarian.[6]
^En El Salvador la agrupaciónAlma Flamenca es considerada la máxima representante y pionera de este movimiento musical.Mendoza, Gabriela (2011),"Ser flamenco no es una música, es un estilo de vida",El Diario de Hoy, m/s. 52
Arredondo, Pérez; Herminia y García Gallardo, Francisco J. (2014). "Música flamenca. Nuevos artistas, antiguas tradiciones". Dalam Francisco J. García y Herminia Arredondo (penyunting).Andalucía en la música. Expresión de comunidad, construcción de identidad. Sevilla: Centro de Estudios Andaluces. m/s. 225–242.ISBN978-84-942332-0-3.
Mairena, Antonio; Molina, Ricardo (1979).Mundo y formas del cante flamenco (ed. ke-3). Librería Al-Ándalus.
Martín Salazar, Jorge (1991).Los cantes flamencos.Granada: Diputación Provincial de Granada.ISBN84-7807-041-9.