Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Flaks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Flax
Common Flax
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
L. usitatissimum
Nama binomial
Linum usitatissimum

Flaks atauramibelanda[1] (Linum usitatissimum) ialah spesies tumbuhan dari anggota genusLinum keluargaLinaceae. Ia tanaman makanan dan serat yang ditanam di kawasan sejuk di dunia. Tekstil yang dibuat daripada rami dikenali di negara-negara Barat sebagailinen, dan secara tradisinya digunakan untuk cadar, pakaian dalam, dan alas meja. Minyak ini dikenali sebagaiminyak biji rami. Sebagai tambahan untuk merujuk kepada tumbuhan itu sendiri, perkataan "flaks" boleh merujuk kepada serat-serat tidak berpintal daripada tumbuhan rami. Spesies tumbuhan dikenali hanya sebagai tumbuhan yang ditanam,[2] dan nampaknya telah didomestikkan hanya sekali dari spesies liarLinum bienne, yang disebut flaks pucat.[3]

Penerangan

[sunting |sunting sumber]
Kapsul

Beberapa spesies lain dalam genusLinum adalah serupa dengan rupaL. usitatissimum, flaks yang ditanam, termasuk beberapa yang mempunyai bunga biru yang sama, dan yang lain dengan bunga putih, kuning, atau merah.[4] Sesetengahnya adalahtumbuhan saka, tidak sepertiL. usitatissimum, yang merupakantumbuhan semusim.

Tanaman flaks yang ditanam tumbuh hingga 1.2 m (3 kaki 11 inci), dengan batang langsing. Daun hijauglaukus, berbentuklanseolat langsing, 20-40 mm panjang, dan 3 mm lebar.

Bunganya berwarna biru pucat, berdiameter 15-25 mm, dengan lima kelopak.Buahnya adalah bulat, kapsul kering 5-9 mm diameter, mengandungi beberapa biji perang berkilat berbentuk seperti bijiepal, dengan panjang 4-7 mm.

Bunga

Lihat pula

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Flaks.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Klinkert, H. C. (1930).Nieuw Maleisch-Nederlandsch Woordenboek Met Arabisch Karakter (dalam bahasa Belanda). Brill Archive. m/s. 485.
  2. ^"Linum usitatissimum".Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian,Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada2 October 2014.
  3. ^Allaby, R.; Peterson, G.; Merriwether, D.; Fu, Y.-B. (2005)."Evidence of the domestication history of flax (Linum usitatissimum L.) from genetic diversity of the sad2 locus".Theoretical and Applied Genetics.112 (1): 58–65.doi:10.1007/s00122-005-0103-3.
  4. ^Quanru Liu; Lihua Zhou. "Linum".Flora of China.11. Diarkibkan daripadayang asal pada 5 April 2015. Dicapai pada2 October 2014.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ikon tunas

Rencana mengenaitumbuhan ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Flaks&oldid=5646339"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp