Firdaus (Arab:فِردَوْس,rumi: firdaws serapanParsi,[1]Latin:paradisus,[2]bahasa Inggeris:paradise) merupakan namaArab menungkapkansyurga kelapan dan tertinggi dalam kepercayaanIslam. Kata sewarisanIbrani serumpunSemitik פַּרְדֵּסpardes didapati dalam kitabPerjanjian Lama danTanakh pegangan umatYahudi danKristian serta pinjamanYunaninya παράδεισοςparádeisos[1] dalam kitabPerjanjian Baru umat Kristian;[3] malah kededua kata Ibrani dan Yunani disepadankan dengan kata Arabfirdaus dalam terjemahan Melayu Nusantara.[3]
Nama ini mewakili kemuncak keindahan dalam segala perkataan dalam semua bahasa dialami ini. Konsep Firdaus mewakili keindahan 'kami' hasil ciptaan yang Maha Esa ke atas penciptaan dan kejadian yang tidak dapat digambarkan, iaitu syurga yang dinamakan Al-firdausi ini.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). (107) Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya. (108)
Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (31)
(Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (32) (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah, serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat. (33) (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal. (34)
Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka). (35)
^abHovannisian, Richard G.; Sabagh, Georges (1998).The Persian Presence in the Islamic World. Cambridge University Press. m/s. 50.ISBN978-0-521-59185-0.
^K. Prent; J. Adisubrata; W. J. S. Poerwadarminta (1969). "părādisus".Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 608.kebun...surga.
^ab"Firdaus".Studi Kamus Alkitab. Yayasan Lembaga Software Alkitab, Biblika Dan Alat-alat (SABDA). Dicapai pada2024-08-21.
Kerajaan Arab Saudi Kementerian Urusan Keislaman, Wakaf, Dakwah dan Penyuluhan