1 Perkataanvapaa, vankka, vakaa ("bebas, kuat, stabil") dicadangkan sebagai penambah kepada jata negara pada tahun 1936, tetapi digugurkan. 2Sistem Separa Presiden 3Disember2006. 4 Sebelum tahun 2002:Finnish markka. 5 Domain.eu turut digunakan, kerana dikongsi bersama negara-negaraKesatuan Eropah yang lain.
Rencana ini perludikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.(April 2023)
Pielinen
Republik Finland (Suomi:Suomen tasavalta;Svensk:Republiken Finland) atau ringkasnyaFinland (Suomi:Suomi) ialah sebuah negara dalam rantauNordik utara benuaEropah dikelilingiLaut Baltik di sebelah barat daya,Teluk Finland di sebelah tenggara danTeluk Bothnia di sebelah barat sambil bersempadankanSweden di belah barat laut,Norway di belah utara danRusia di belah timur. Finland juga mempunyai sempadan laut dengan Estonia. Pulau Åland di barat daya berada di bawah Finland tetapi mendapat kuasa memerintah sendiri. Ibu negara Finland adalahHelsinki dan bandar besar kedua terbesar adalahTampere.
Pada 12 Mei 2023, Presiden dan Perdana Menteri Finland mendesak penyertaan pemerintah negara mereka dalamPertubuhan Perjanjian Atlantik Utara dengan segera,[7] ia mendapat sokongan hampir sebulat suara undian 188–8 pada 17 haribulan sama.[8] Finland menyertai pertubuhan itu secara rasmi pada 4 April 2023.[9]
Nama "Finland" yang mula diungkapkan dalamBahasa Sweden berakarJermanik seturunan kata Jerman Pertengahan Lamavende 'pejalan, perantau'[10] mula dicatatkan merujuk kepada kawasan pesisiran sekitarTurku di hujung barat daya tanah itu seawal abad ke-12 dan 13.[11] Nama setempatSuomi diberikan dalamBahasa Finland tuturan para warganya tidak pasti asal-usulnya tetapi ada usulan ia seakar dengan katasaame (orang Sámi).[12][13]
Untuk rencana lanjutan, lihatSejarah Finland Finland mempunyai sejarah yang bergelora. Sejak 1154, negara ini telah menjadi sebahagian Kerajaan Sweden. Sewaktu abad ke-18, negara ini telah diduduki oleh tentera Rusia sebanyak dua kali. Pada 1808, Finland telah ditakluki tenteraMaharaja Aleksandr I dan kemudiannya kekal sebagai Duci Besar berautonomi di bawahEmpayar Rusia sehinggalah akhir tahun 1917.
Era 1860an telah menyaksikan kebangkitan semangatnasionalisme rakyat Finland dan kelahiran pergerakanFennomans. Pada 6 Disember,1917, iaitu beberapa bulan selepasRevolusi Bolshevik di Rusia, Finland telah mengisyhtiharkan kemerdekaannya. Walaupun begitu, negara ini hanya mencapai kemerdekaan secara rasmi pada3 Januari1918 dan pertelingkahan sempadan telah diselesaikan selepasPerjanjian di Tartu ditandatangani pada1920. Namun demikian, ancamanKesatuan Soviet tidak berakhir disitu sahaja. SewaktuPerang Dunia II, Finland telah menentang Kesatuan Soviet sebanyak dua kali: pertamanya pada Perang Musim Sejuk antara 1939–1940 dan Perang Sambungan antara 1941–1944. Pada 1944, Finland sekali lagi diserang kali ini dari pihak tentera Jerman dalamPerang Laplands 1944-1945, dimana tentera Finland berjaya mengusir tentera Jerman dari sebelah Utara Finland. Selepas perang tamat, kerajaan Finland telah memetarai beberapa perjanjian dengan jirannya yang besar iaitu kesatuan Soviet antara 1947-1948 serta menyerahkan wilayah-wilayahnya iaituKarelia,Salla danPetsamo kepada negara tersebut.
Selepas perang, Finland berada dalam keadaan yang merbahaya sebagai negara penampanbuffer state antara kuasa besar komunisKesatuan Soviet dan negara-negara demokratik yang lain di Eropah. Oleh itu pada 1948, negara ini terpaksa menandatangani perjanjian Finno–Soviet iaitu Perjanjian Persahabatan, Kerjasama, dan Bantuan secara Mutual, yang juga dikenali sebagaiPerjanjian YYA. Perjanjian ini adalah penting untuk memastikan survival Finland sebagai sebuah negarakapitalis demokrasi. Pada asasnya dalam perjanjian ini, Finland mesti kekal sebagai sebuah negara neutral sewaktuPerang Dingin dan membendung sebarang serangan terhadap Kesatuan Soviet melalui Finland.
Era pasca-perang telah menyaksikan pembangunan ekonomi yang pesat dan kestabilan politik di Finland. Negara yang dulunya hampir musnah akibat perang yang berpanjangan telah bangkit menjadi sebuah ekonomi yang sangat kompetitif dan berteknologi tinggi. Walaupun ia mempunyai perhubungan yang tidak baik dengan Kesatuan Soviet, negara ini merupakan salah satu rakan dagangannya yang utama. Oleh itu kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991 telah memberi tamparan yang hebat kepada ekonomi Finland. Namun demikian, dalam masa yang singkat negara ini telah pulih kembali.Malah pada 1995 negara ini telah diterima untuk menyertai Kesatuan Eropah. Kini, Finland dianggapsebagi sebuah negara yang sangat maju terutamanya dalam penggunaan Internet dan industri telefon bimbit. Selain itu, negara ini cukup terkenal dengan sistem pendidikan dan sistem sosial yang cemerlang.
Pada 12 Mei 2022, Presiden dan Perdana Menteri Finland mengumumkan hasrat menganggotaiNATO "tanpa berlengah lagi"[14] seiring sokongan kuat dalam negara susulanPencerobohan Rusia ke atas Ukraine tahun sama.[15][16][17]Parlimen Finland mengundi menyokong dengan majoriti 188–8 pada 17 haribulan berikutnya,[18][19] Presiden dan Menteri Luar Negeri menghantarkan permohonan keanggotaan pada hari berikutnya.[20] Finland rasmi memasuki NATO pada 4 April 2023.[21]
Parlimen Finland yang dipanggilEduskunta atauRiksdag mempunyai 200 orang ahli dan merupakan kuasalegislatif tertinggi di negara tersebut. Parlimen ini boleh mengubahPerlembagaan Finland dan mengalahkanhak veto presiden. Rang undang-undang boleh diusulkan oleh kabinet ataupun dari anggota Eduskunta yang dipilih untuk empat tahun melaluipilihan raya secaraperwakilan berkadar.
Finland adalah sebuah negara dengan ribuan tasik dan pulau; iaitu sebanyak 187,888 tasik dan 179,584 pulau. Salah satu tasiknya,Saimaa, adalah yang ke-5 terbesar diEropah. Bentuk tanah Finland kebanyakan datar dengan beberapa bukit dan titik tertingginya,Haltitunturi pada 1.328m, berada di hujung utaraLaplandia. Di samping banyak tasik, lanskapnya juga didominasi oleh hutanpokon pine (sekitar 68% dari luas tanah) dan sedikittanah subur.
Sebagian besar dari kepulauan ditemukan di barat daya, bagian darikepulauanÅland, dan sepanjang tepi pantai selatan diTeluk Finland. Finland adalah salah satu dari sedikit negara di dunia yang tetapbertumbuh disebabkanpengangkatan isostatik yang telah terjadi sejakzaman ais terakhir, luas wilayah negara ini juga tumbuh sekitar 7 kilometer persegi setiap tahun.
Iklim di Finland Selatan adalahiklim menengah utara. Di Utara Finland, terutama diLaplandia, sebuahiklim subarktik mendominasi, dengan musim dingin yang sangat dingin dan musim panas yang hangat.
Seperempat dari wilayah Finlandia terletak di dalamLingkaran Arktik, dan akibantnya Finland mengalamimatahari tengah malam. Di titik paling utara Finland, matahari tidak terbenam selama 73 hari di waktu musim panas, dan tidak terbit untuk 51 hari dalam musim dingin.