Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Fernando Lugo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fernando Lugo
Presiden Paraguay
Dalam jawatan
15 Ogos 2008 – 22 Jun 2012
Naib PresidenFederico Franco
Didahului olehNicanor Duarte
Digantikan olehFederico Franco
President pro temporeUNASUR
Dalam jawatan
29 Oktober 2011 – 22 Jun 2012
Didahului olehBharrat Jagdeo
Digantikan olehFederico Franco
Maklumat peribadi
Lahir
Fernando Armindo Lugo Méndez

(1951-05-30)30 Mei 1951 (umur 73)
San Solano,Paraguay
Parti politikPerikatan Patriotik untuk Perubahan (APC)
AnakGuillermo Armindo Lugo Carrillo
Tempat belajarUniversidad Católica Nuestra Señora de la Asunción
TandatanganTandatangan

Fernando Armindo Lugo Méndez (Sebutan Sepanyol:[ferˈnando arˈmindo ˈluɣo ˈmendes]; lahir 30 Mei 1951) ialah seorang ahli politikParaguay yang menjadiPresiden Paraguay dari Ogos 2008 hingga Jun 2012. Beliau sebelum itu merupakan biskop Katolik Rom di kawasan uskupSan Pedro.

Presiden

[sunting |sunting sumber]

Pada 20 April 2008, Lugo memenangi pilihan raya presiden dengan margin 10 titik peratusan, walaupun tanpa majoriti. Pelantikan Lugo menandakan kali pertama dalam sejarah Paraguay (sejak merdeka pada 1811) parti memerintah menyerahkan kuasa secara aman kepada pihak lawan.[1] Beliau menjadi presiden berhaluan kiri kedua Paraguay (Rafael Franco yang pertama), dan yang pertama dilantik secara bebas.

Lugo mengangkat sumpah pada 15 Ogos 2008, seterusnya menyatakan yang beliau tidak akan menerima gaji presiden kerana ia "milik orang yang lebih daif" dan menggalakkan ahli politik lain menolak gaji mereka juga.[2]

Pendakwaan

[sunting |sunting sumber]

Pada 15 Jun 2012, 17 orang maut dalam pertelingkahan antara petani tak bertanah dengan polis yang cuba mengusir mereka.[3]Dewan Rakyat memetik peristiwa ini selain keadaan tidak terjamin, nepotisme dan kontroversi pembeliaan tanah untuk mengundi 76 kepada 1mendakwa Lugo pada 21 Jun.[4]Senat mengundi kes ini keesokan harinya,[5] dengan 39 berbalas empat menyokong penyingkiran Lugo. Ini mengakhiri mandat beliau dan menjadikan naibnyaFederico Franco sebagai presiden baharu Paraguay.[6]

Lugo menganggap penyingkiran ini sebagai tidak menurut perlembagaan, menyatakan beliau hanya mendapat dua jam untuk bersedia membela dirinya.[7] Presiden negara jiran Paraguay turut menolak penyingkiran ini dan membandingkannya dengan rampasan kuasa. AntaranyaDilma Rousseff dari Brazil,Cristina Fernández de Kirchner dari Argentina,Rafael Correa dari Ecuador danLeonel Fernández dari Republik Dominican.[8]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Nicanor reconoce la derrota del Partido Colorado UltimaHora.com
  2. ^"Latin America's left wing swells with new Paraguay president", AFP, 15 Ogos 2008.
  3. ^"The announced coup" (dalam bahasa Sepanyol). Brecha (Montevideo). 22-6-2012. Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-06-30. Dicapai pada2012-06-25.Check date values in:|date= (bantuan)
  4. ^Paraguay president faces impeachment after deadly clash, Mariano Castillo, CNN, 21 Jun 2012
  5. ^Paraguay's President Fernando Lugo faces impeachment, BBC, 21 Jun 2012
  6. ^""Institutional coup" removes Paraguayan president Lugo from office". Merco Press. 22 Jun 2012. Dicapai pada23 Jun 2012.
  7. ^"Paraguay: el Congreso destituyó al presidente Lugo" (dalam bahasa Sepanyol). La Nación. 22 Jun 2012. Dicapai pada23 June 2012.Unknown parameter|trans_title= ignored (bantuan)
  8. ^"Argentina "no convalidará el golpe en Paraguay" mientras que Brasil sugirió que quedaría fuera de la Unasur y el Mercosur" (dalam bahasa Sepanyol). La Nación. 22 Jun 2012. Dicapai pada23 Jun 2012.Unknown parameter|trans_title= ignored (bantuan)
Gelaran Gereja Roman Katolik
Didahului oleh
Oscar Páez Garcete
BiskopSan Pedro
1994–2005
Diikuti oleh:
Adalberto Martínez Flores
Jawatan politik
Didahului oleh
Nicanor Duarte
Presiden Paraguay
2008–2012
Diikuti oleh:
Federico Franco
Jawatan diplomatik
Didahului oleh
Bharrat Jagdeo
Presiden pro temporeUNASUR
2011–2012
Diikuti oleh:
Federico Franco
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fernando_Lugo&oldid=5226858"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp