Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ferdinand Marcos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Di dalamnamaorang Filipina, nama tengah atau nama keluarga sebelah ibunya ialahEdralin dan nama keluarga sebelah bapanya ialahMarcos.
Ferdinand Marcos
Dalam jawatan
30 Disember 1965 – 25 Februari 1986
Naib PresidenFernando Lopez (1965-1972)
Arturo Tolentino (1986)
Didahului olehDiosdado Macapagal
Digantikan olehCorazon Aquino
Dalam jawatan
12 Jun 1978 – 30 Jun 1981
Maklumat peribadi
Lahir11 September 1917
Sarrat,Ilocos Norte,Filipina
Meninggal dunia28 September 1989 (umur 82)
Honolulu,Hawaii,Amerika Syarikat
Parti politikParti Nacionalista (1965-1978)
Kilusang Bagong Lipunan (1978-1986)
PasanganImelda Romualdez
TandatanganTandatangan
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai:Ferdinand Marcos

Ferdinand Emmanuel Edralín Marcos (11 September 1917 – 28 September 1989) ialahpresiden danDiktatorFilipina yang berkhidmat antara tahun 1965 hingga tahun 1986. Pada tahun 1972, beliau mengisytiharkanundang-undang tentera untuk membenarkan diri terus memegang kuasa sehingga memansuhkannya pada tahun 1981. Berdasarkan data dari Amnesty International, seramai 70,000 orang dipenjarakan, 34,000 diseksa dan 3,240 dibunuh sepanjang tempoh berkenaan. Beliau dipilih semula pada tahun 1981 tetapi tempoh yang baru ini telah digagalkan oleh persoalankesihatan peribadi, salah pengurusanpolitik, pencabulanhak asasi manusia, danrasuah yang menular. Pada tahun 1986, Marcos dipilih semula buat kali keempat dalam sebuahpilihan raya kilat, akan tetapi pilihan raya ini dipertikaikan dan beliau kemudian disingkirkan dari jawatannya secara aman melalui "Kuasa Rakyat" (Revolusi EDSA).

Kehidupan awal

[sunting |sunting sumber]

Ferdinand Marcos dilahirkan diSarrat,Ilocos Norte kepada Mariano Marcos, seorang peguam yang merupakan wakil rakyat untuk Ilocos Norte, dan Josefa Quetulio Edralín, seorang guru. Beliau ialah anak kedua dalam sebuah keluarga empat adik-beradik yang berketurunan campuranFilipina (Ilocano),Cina, danJepun. Marcos belajar di sekolah kerajaan, bermula daripada sekolah rendah di Sekolah Pusat Sarrat, dipindahkan ke Sekolah Rendah Shamrock (Laoag), dan akhirnya menghabiskan pendidikan sekolah rendahnya pada tahun 1929 di Sekolah Rendah Ermita (Manila) apabila ayahnya dipilih sebagai wakil rakyat untuk Kongres Filipina.

Marcos berkhidmat sebagai Leftenan Ketiga di Pasukan Konstabel Simpanan Filipina (polis negara) pada tahun 1937. Pada tahun yang sama, ketika dia masih merupakan pelajar undang-undang diUniversiti Filipina, dia didakwa membunuhAhli KongresJulio Nalundasan, salah satu pesaing politik yang akan bertanding dengan ayahnya dalam pilihan raya yang akan datang, dan disabit bersalah pada November 1939. Bagaimanapun, beliau ditawarkan pengampunan oleh PresidenManuel Quezon, telah menolakkannya dan kembali secara rela ke Penjara Provinsi Laoag di mana dia menghabiskan masa untuk menyediakan pembelaan diri semasa belajar untuk peperiksaan undang-undang.

Marcos diterima menjadi peguam dan diberikan kebenaran untuk merayu terhadap kes sendiri di mana dia mengemukakan alasan yang cukup meyakinkan kepada Mahkamah Agung Filipina dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh pada tahun yang berikut oleh Hakim BersekutuJose P. Laurel. Di Universiti Filipina, Marcos merupakan ahliUpsilon Sigma Phi.

Pada tahun 1954, selepas percintaan mendadak selepas 11 hari, Marcos berkahwin dengan ratu cantikImelda Romualdez yang kemudian membantunya dengan amat berjaya untuk menjalankan kempen-kempen untuk jawatan presiden. Mereka dikurniakan dengan empat orang anak:Imee Marcos (ahli Kongres untuk Ilocos Norte),Ferdinand "Bongbong" Marcos, Jr. (gabenor Ilocos Norte),Irene Marcos (sosialit), dan anak angkat perempuan, Aimee Marcos (usahawan dan ahli muzik).

Pada tahun 2004, sebuah akhbar Sydney mengatakan bahawa Marcos dan seorang peragawati pakaian renang mempunyai seorang anak perempuan yang dilahirkan pada tahun 1971.[1]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  • Ferdinand, Marcos (1973).Notes on the New Society of the Philippines (Nota-nota mengenai Masyarakat Baru Filipina).
  • Primitivo, Mijares (1976).The Conjugal Dictatorship of Ferdinand Marcos and Imelda Marcos (Pemerintahan Diktator Suami Isteri Ferdinand Marcos dan Imelda Marcos).

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanFerdinand Marcos



Didahului oleh
Pedro A. Albano
Wakil, Daerah ke-2  Ilocos Norte
1949–1959
Diikuti oleh:
Simeon M. Valdez
Didahului oleh
Eulogio Rodriguez
Presiden Senat Filipina
1963–1965
Diikuti oleh:
Arturo M. Tolentino
Didahului oleh
Diosdado Macapagal
Presiden Filipina
1965–1986
Diikuti oleh:
Corazon Aquino
Didahului oleh
Ditempatkan semula
Perdana Menteri Filipina
1978–1981
Diikuti oleh:
Cesar Virata
Presiden Filipinake-10 dan Wanita Pertama Filipina ke-10
Keluarga
Pendidikan
Kerjaya politik
Kepresidenan
(1965–1986)
Pasca-kepresidenan
Pilihan raya
Sumbangan

{{Military navigation|raw_name = Cold War figures|title = Tokoh Perang Dingin|style = wide|state = collapsed|below =Garis masa peristiwa ·Portal ·Kategori

|group1 =Amerika Syarikat|list1 =Harry S. Truman ·George Marshall (Setiausaha Negara) ·Joseph McCarthy (Senator Republikan) ·Dwight D. Eisenhower ·John F. Kennedy ·Robert F. Kennedy ·Lyndon B. Johnson ·Richard Nixon ·Henry Kissinger (Setiausaha Negara) ·Gerald Ford ·Jimmy Carter ·Ronald Reagan ·George H. W. Bush 

|group2 =Kesatuan Soviet|list2 =Joseph Stalin ·Nikita Khrushchev ·Leonid Brezhnev ·Yuri Andropov ·Konstantin Chernenko ·Mikhail Gorbachev ·Boris Yeltsin ·Andrei Gromyko (Menteri Luar Negeri) ·Anatoly Dobrynin (Duta kepada A.S.)

|group3 =United Kingdom|list3 =Winston Churchill ·Clement Attlee ·Ernest Bevin (Menteri Luar Negeri) ·Harold Macmillan ·Harold Wilson ·Margaret Thatcher

|group4 =Jerman Barat|list4 =Konrad Adenauer ·Walter Hallstein ·Willy Brandt ·Helmut Schmidt ·Helmut Kohl

|group5 =Republik Rakyat China|list5 =Mao Zedong ·Zhou Enlai (Premier) ·Hua Guofeng ·Deng Xiaoping ·Zhao Ziyang (Setiausaha Agung)

|group6 =Perancis|list6 =Charles de Gaulle ·Alain Poher ·Georges Pompidou ·Valéry Giscard d'Estaing ·François Mitterrand

|group7 =Itali|list7 =Alcide De Gasperi ·Palmiro Togliatti ·Giulio Andreotti ·Aldo Moro ·Enrico Berlinguer ·Francesco Cossiga ·Bettino Craxi

|group8 =Republik Rakyat Poland|list8 =Bolesław Bierut ·Władysław Gomułka ·Edward Gierek ·Wojciech Jaruzelski ·Paus Ioannes Paulus II ·Lech Wałęsa

|group9 =Eropah Timur|list9 =Enver Hoxha (Albania) ·Josip Broz Tito (Yugoslavia) ·Imre Nagy (Hungary) ·Nicolae Ceaușescu (Romania) ·Alexander Dubček (Czechoslovakia) ·Walter Ulbricht ·Erich Honecker (Jerman Timur)

|group10 =Timur Jauh|list10 =Chiang Kai-shek ·Chiang Ching-kuo (Republik China/Taiwan) ·Syngman Rhee ·Park Chung-hee (Korea Selatan) ·Kim Il-sung (Korea Utara) ·Hồ Chí Minh (Vietnam Utara) ·Ngô Đình Diệm (Vietnam Selatan) ·Pol Pot (Kemboja) ·U Nu ·Ne Win (Burma) ·Indira Gandhi ·Jawaharlal Nehru (India) ·Sukarno ·Suharto ·Mohammad Hatta ·Adam Malik (Indonesia) ·Nur Misuari ·Jose Maria Sison ·Ferdinand Marcos ·Imelda Marcos (Filipina)

|group11 =Kanada|list11 =William Lyon Mackenzie King ·Louis St. Laurent ·John Diefenbaker ·Lester Pearson ·Pierre Trudeau ·Joe Clark ·John Turner ·Brian Mulroney ·Kim Campbell 

|group12 =Amerika Latin|list12 =Fulgencio Batista ·Fidel Castro ·Raúl Castro (Cuba) ·Che Guevara (Argentina/Cuba) ·Daniel Ortega (Nicaragua) ·Salvador Allende ·Augusto Pinochet (Chile) ·João Goulart (Brazil)

|group13 =Timur Tengah|list13 =Mohammad Reza Pahlavi ·Ayatollah Khomeini (Iran) ·Saddam Hussein (Iraq) ·Gamal Abdel Nasser ·Anwar El Sadat (Mesir) ·Muammar al-Gaddafi (Libya) ·Menachem Begin (Israel)

|group14 =Afrika|list14 =Patrice Lumumba ·Mobutu Sese Seko (Congo/Zaire) ·Kwame Nkrumah (Ghana) ·Idi Amin (Uganda) ·Agostinho Neto ·José Eduardo dos Santos ·Jonas Savimbi (Angola) ·Mengistu Haile Mariam (Ethiopia)

|group15 =Malaysia|list15 =Tunku Abdul Rahman ·Mahathir Mohamad</noinclude>

Republik Pertama (1899–1901)
Komanwel (1935–46)
Republik Kedua (1943–44)
Republik Ketiga (1946–73)
Persatuan Baru (1973–81)
Repubik Keempat (1981–86)
Republik Kelima (1986–kini)
Antarabangsa
Kebangsaan
Akademik
Tokoh
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ferdinand_Marcos&oldid=6207473"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp