Virtual International Authority File Tangkapan skrin 2012 |
| Akronim | VIAF |
|---|
| Diperkenalkan | 06 Ogos 2003 (2003-08-06) |
|---|
| Pertubuhan diuruskan | OCLC |
|---|
| Contoh | 106965171 |
|---|
| Laman web | viaf.org |
|---|
Fail Kewibawaan Antarabangsa Maya atau dalambahasa Inggeris,Virtual International Authority File (VIAF) ialah sebuahfail kewibawaan. Ia merupakan usaha bersama beberapa perpustakaan kebangsaan dan dikendalikan olehOnline Computer Library Center (OCLC).[1][2] Projek ini dimulakan olehPerpustakaan Negara Jerman danPerpustakaan Kongres Amerika Syarikat.
Tujuan projek ini ialah untuk menghubungkan fail kewibawaan kebangsaan (misalnya,Fail Kewibawaan Nama Jerman) kepada sebuah fail kewibawaan maya tunggal. Dalam fail ini, rekod-rekod yang sama dari set-set data yang berlainan dihubungkan. Sebuah rekod VIAF mengandungi sebuah nombor data piawai, mengandungi rekod-rekod primer "lihat" dan "lihat juga" dari rekod asal, dan merujuk kepada rekod kewibawaan asal. Data disediakan secara dalam talian dan untuk penyelidikan dan pertukaran dan perkongsian data. Kemas kini salingan menggunakan protokolOpen Archives Initiative ("Inisiatif Arkib Terbuka").
Nombor-nombor fail juga sedang ditambah kepada rencana-rencana biografiWikipedia.[3]