Fadzil Mohd Noor | |
|---|---|
![]() | |
| PresidenParti Islam Se-Malaysia | |
| Dalam jawatan 1989 – 23 Jun 2002 | |
| Didahului oleh | Yusof Rawa |
| Digantikan oleh | Abdul Hadi Awang |
| Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Malaysia | |
| Dalam jawatan 29 November 1999 – 23 Jun 2002 | |
| Raja | Tuanku Ja'afar Sultan Salahuddin |
| Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
| Didahului oleh | Lim Kit Siang |
| Digantikan oleh | Abdul Hadi Awang |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1937-03-13)13 Mac 1937 Alor Setar,Kedah,Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu,British Malaya (kiniMalaysia) |
| Meninggal dunia | 23 Jun 2002(2002-06-23) (umur 65) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,Cheras,Kuala Lumpur |
| Tempat semadi | Muassasah Darul Ulum,Pokok Sena, Kedah |
| Parti politik | |
| Pasangan | Datin Siti Khatijah Ibrahim (k. 1963; m. 2021) |
| Anak | Huda Ammar Aiman Muna ’Izzah Salwa Ahmad Fauwaz Fadzil Ahmad Anas |
| Tempat belajar | Universiti Al-Azhar |
| Bidang pengkhususan | Ulama |
Dato'UstazHajiFadzil bin Mohd Noor (Tulisan Jawi: فاضل بن محمد نور) (lahir: 13 Mac 1937, meninggal: 23 Jun 2002) merupakan bekas PresidenParti Islam Se-Malaysia (PAS) dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen pada 1999 ekoran kekalahanLim Kit Siang.
Beliau dilahirkan di Kampung Seberang Pumpung,Alor Setar,Kedah. Bapanya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah.
Beliau menikahi sepupunya Siti Khatijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star.Isterinya bersamanya ke Al-Azhar. Mereka mendapat lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna ’Izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas.
Beliau mendapat pendidikan awal diSekolah Melayu Derga (1946-1951),Derga,Alor Setar danMaktab Mahmud (1951 -1959) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar,Mesir (1963- 1967) jurusan Perundangan Islam.[1] tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.Pada 1967, sewaktu di Mesir, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar diMaktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah diUniversiti Teknologi Malaysia (UTM) (1973-1978).Beliau dipecat dari UTM kerana bertanding dalam Pilihan raya 1977 di DUNAlor Merah dan parlimenKuala Kedah. Beliau membawa kes itu ke mahkamah kerana pemecatan tidak mengikut saluran yang betul. Mahkamah memerintahkan UTM membayar ganti rugi dan kembali menjadi pensyarah. Beberapa bulan kemudian beliau meletak jawatan demi perjuangan PAS sepenuh masa.
Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha PeneranganAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978) dan SetiausahaPersatuan Ulama Malaysia (1974-1976). ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS di mana 8000 ahli ABIM ialah ahli PAS. Siaran ABIM juga giat menyebarkan buku dan tulisan penggiatIkhwan Muslimin sepertiHassan al Banna,Syed Qutb danJamiat Islami, Maududi. Beberapa tokoh PUM juga tonggak penting PAS seperti UstazAhmad Awang dan UstazAbdul Ghani Samsudin.
Fadzil Noor dilantik menjadi Presiden ABIM apabilaAnwar Ibrahim ditahanISA pada 1974 ekoran isu demonstrasi kebuluran diBaling. Tokoh penting ABIM ketika itu ialah UstazWahab Zakaria, UstazAbdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Samsudin danSyed Ibrahim Syed Abdul Rahman.
Beliau mula bertanding dalamPilihan raya umum Malaysia 1978 menentang DatukSenu Abdul Rahman tetapi kalah. Pada tahun itu, PAS kalah teruk di Kelantan yang dikuasai sejak 1959.Dr Mohd Natsir menggesa umat Islam merapatkan jemaah demi perjuangan Islam. Beliau menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Pada 1980, beliau bertanding di DUNAnak Bukit berikutan kematian wakil rakyat di situ. Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calonBarisan Nasional, Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan padaPilihan raya umum Malaysia 1995 mengalahkan calon BN juga iaituFadzil Hanafi dengan majoriti 2,414. PadaPilihan raya umum Malaysia 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’Othman Abdul (calon BN) diPendang. Fadzil Noor mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).
Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. DUN Anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakalaMohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah.
Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS (1981-1982) dan kemudian Timbalan Presiden pada 1983.Peristiwa Memali danPeristiwa Lubuk Merbau terjadi pada 1985. Pada30 Mac1989 beliau dipilih sebagai PresidenPAS selepas pengunduranTuan Guru Haji Yusof Rawa.
Pada tahun yang sama (1999), beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang[2] menggantikanLim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.
Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia) (Gerak). Gerak ditubuhkan olehPAS,DAP danParti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahananDatuk Seri Anwar Ibrahim.
Hasil kerjasama PAS dengan PartiSemangat 46 dan membentukAngkatan Perpaduan Ummah pada 1989, PAS berjaya menang majoriti kerusi di negeriKelantan dan kerajaan PAS dibentuk semula di Kelantan pada 1990 semenjak kalah teruk pada 1977.
Pada 1999, PAS menubuhkanBarisan Alternatif bersamaKeadilan dan berjaya mendapatkan semulaTerengganu yang terlepas pada 1964. RakanABIMnya ,Tuan guruAbdul Hadi Awang dilantik sebagaiMenteri Besar Terengganu.[3]
Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada10 Jun2002.[4] Sebelum itu beliau dimasukkan keHospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi,Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawatHercules dariSelangor keKedah.[5]
Jenazah Ustaz Fadzil Noor disemadikan di madrasah di tempat kelahiran beliau diMuassasah Darul Ulum,Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20 km.[5]
"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.
| Penyandang Terdahulu | Presiden PAS 30 Mac1989 –23 Jun2002 | Penyandang Kemudian |
| Yusuf Rawa | Abdul Hadi Awang |