Fadhlina Sidek | |
|---|---|
| فَضْلِنَا صِدِّيق | |
| Menteri Pendidikan | |
| Menyandang jawatan 3 Disember 2022 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2022–2024) Sultan Ibrahim Ismail (sejak 2024) |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Timbalan | Lim Hui Ying (2022–2023) Wong Kah Woh (sejak 2023) |
| Didahului oleh | Radzi Jidin |
| Kawasan pilihan raya | Nibong Tebal |
| Ketua WanitaParti Keadilan Rakyat | |
| Menyandang jawatan 17 Julai 2022 | |
| Presiden | Anwar Ibrahim |
| Timbalan | Juwairiya Zulkifli |
| Didahului oleh | Fuziah Salleh |
| AhliParlimen Malaysia bagiNibong Tebal | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Mansor Othman (PN–BERSATU) |
| Majoriti | 16,293 (2022) |
| Senator Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang | |
| Dalam jawatan 1 September 2021 – 5 November 2022 Berkhidmat with Lim Hui Ying | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
| Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
| Didahului oleh | Yusmadi Yusoff |
| Digantikan oleh | Amir Md Ghazali |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Fadhlina binti Siddiq (1977-10-16)16 Oktober 1977 (umur 48) |
| Kerakyatan | |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | (sejak 2015) |
| Pasangan | Mohd Fadzli Arsad |
| Anak | 6 |
| Ibu bapa | Siddiq Fadzil(m. 2021) |
| Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sarjana Muda Undang-undang) Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Undang-undang) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
Fadhlina binti Sidek (Jawi:فَضْلِنَا صِدِّيق; lahir 16 Oktober 1977) ialah seorangahli politik danpeguamMalaysia yang kini berkhidmat sebagaiMenteri Pendidikan dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinanPerdana MenteriAnwar Ibrahim sejak Disember 2022 sertaAhli Parlimen (AP) bagiNibong Tebal sejak November 2022. Beliau pernah berkhidmat sebagaiSenator dari September 2021 hingga meletakkan jawatan pada November 2022. Beliau merupakan ahliParti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabunganPakatan Harapan (PH). Sejak Julai 2022, beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Wanita PKR. Fadhlina merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan dalamsejarah Malaysia.
Sebelum menceburi bidang politik, Fadhlina aktif sebagai aktivis dan peguam yang menumpukan kepakaran dalam bidang undang-undang kekeluargaan Islam dan kebajikan kanak-kanak. Beliau juga mengasaskan firma guamannya sendiri, Tetuan Fadhlina Siddiq & Associates.[1]
Fadhlina merupakan anak kepada AllahyarhamSiddiq Fadzil, bekas PresidenAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih sebelum melanjutkan pelajaran menengah diSekolah Agama Menengah Hulu Langat, Batu 10, Hulu Langat pada tahun 1994. Beliau kemudian menyambung pengajian diUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di mana beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) dan Sarjana Muda Undang-undang Syariah (LLB (Syariah)) pada tahun 2002, serta ijazah Sarjana Undang-undang (LLM) daripadaUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2008.[1]
Fadhlina memulakan kerjaya politiknya pada tahun 2020 apabila beliau menyertai partiParti Keadilan Rakyat (PKR) dan dilantik sebagai Pengerusi Biro Wanita Undang-undang dan Pembangunan Komuniti. Pada Julai tahun yang sama, beliau turut dipilih sebagai Ketua Wanita parti tersebut. Pada September 2021, beliau dilantik sebagaiSenator mewakili negeriPulau Pinang.[1]
DalamPilihan raya umum 2022, beliau bertanding sebagai calon PKR bagi kerusiParlimen Nibong Tebal dan berjaya menewaskan penyandang kerusi, Mansor Othman daripadaPerikatan Nasional (PN), dengan majoriti sebanyak 16,293 undi.[1]
Sejak tahun 2025, hampir 8,000 kes buli, serangan seksual dan juga kematian telah dilaporkan di sekolah — meningkat daripada hanya 6,528 kes pada tahun 2023.[2] Beberapa kes yang diketahui termasukkematian Zara Qairina, kes serangan seksual terhadap pelajar di Alor Gajah, Melaka[3] dan Baling, Kedah,[4] serta kes tikaman pelajar di Petaling Jaya, Selangor.[5] Walaupun kes-kes ini berlaku baru-baru ini, Fadhlina telah dipersalahkan oleh orang awam[6][7] serta beberapa ahli parlimen dan ahli politik lain[8] kerana didakwa tidak berkesan dan lambat bertindak, malah beliau turut didesak oleh orang ramai supaya meletakkan jawatan.[9]
Fadhlina berkahwin dengan Mohd Fadzli Arsad dan mereka dikurniakan enam orang anak.[1]
| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | P047Nibong Tebal | Fadhlina Sidek (PKR) | 42,188 | 53.20% | Mansor Othman (BERSATU) | 25,895 | 32.65% | 79,308 | 16,293 | 79.26% | ||
| Thanenthiran Ramankutty (MMSP) | 10,660 | 13.44% | ||||||||||
| Goh Kheng Huat (BEBAS) | 565 | 0.71% | ||||||||||
Rencana berkenaan ahli politik di Malaysia ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya. |