Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Fabio Cannavaro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fabio Cannavaro
Maklumat peribadi
Nama penuhFabio Mamerto Cannavaro
Ketinggian1.76 m (5 ka ​9 516 in)
Posisi permainanPertahanan tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Real Madrid
Nombor5
Kerjaya remaja
Napoli
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln (Gol)
1992–1995
1995–2002
2002–2004
2004–2006
2006–
Napoli
Parma
Internazionale
Juventus
Real Madrid
058 (1)
212 (4)
050 (2)
074 (17)
065 (1)
Pasukan kebangsaan
1993–1996
1997–
Itali U-21
Itali
021 (0)
116 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat padaMei 18,2008
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hinggaMei 30,2008

Fabio Cannavaro (lahirNaples13 September1973) adalah seorang pemain bola sepak (pemain pertahanan pertengahan) dariItali dan kaptenpasukan kebangsaan Itali pada2006.

Walaupun Cannavaro tidak berukuran tinggi (176cm), beliau dianggap salah satu pemain pertahanan yang terbaik pada tahun 1990an dan awal 2000an. Sepanjang kerjayanya dalam kejohanan ItaliSerie A, beliau telah bermain denganNapoli (1992-95),Parma (1995-2002),Milan (2002-04) danJuventus (2004-kini). Pada 1998-99 beliau memenangiPiala UEFA danPiala Itali semasa bermain dengan Parma. Di Juventus, beliau telah berganding semula dengan bekas rakan sepasukan dari Parma iaituLilian Thuram danGianluigi Buffon. Ketiga mereka menubuhkan benteng pertahanan yang terbaik dalam Serie A, dan Cannavaro memenangiscudettonya yang pertama dengan Juventus pada tahun2005.

Dalam pasukan kebangsaan pula, Cannavaro denganAlessandro Nesta menjadi salah satu pasangan pertahanan terbaik di dunia. Cannavaro terkenal dengan kebolehannya untuk membaca sesuatu permainan yang membolehkannya untuk selalu melakukan pemintasan yang baik.

Fabio muncul buat kali pertama dalam arena antarabangsa pada Januari1997 dalam satu perlawanan dengan Ireland Utara. Beliau telah wmewakili negaranya dalam pertandinganPiala Dunia FIFA tahun1998,2002, dan2006, dan juga di kejohananEuro 2000 danEuro 2004. Kejayaannya yang paling tinggi adalah memenangiPiala Dunia FIFA 2006 diJerman di malam kep yang 100. Beliau juga memenangibola perak untuk prestasinya yang cemerlang dalam pertandingan tersebut.

Adik lelakinya,Paolo Cannavaro, juga seorang pemain pertahanan, kini sedang bermain dengan pasukanNapoli. Kedua adik-beradik ini telah bermain di samping satu sama lain di dalam pasukanParma dari2000 hingga2002 apabila Fabio meninggalkan Parman untuk pasukanInter.

Cannavaro mengetuai pasukan Itali di semua pertandingan mereka dalam Piala Dunia FIFA 2006 dan berjaya membawa pulang Piala Dunia itu pada pertandingan tersebut, kemenangan mereka yang pertama setelah 24 tahun.

Beliau juga dianggap sebagai simbol seks di negaranya dan dipilih "pemain paling seksi" dalam pertandingan Piala Dunia 2006. Beliau merupakan naib juara anugerahBola Emas yang pada kejuaraan ini telah diberikan kepada pemainPerancis,Zinedine Zidane. Cannavaro adalah terpilih sebagai salah satu bintang bola sepak dunia di akhir pertandingan bersama dengan enam lagi rakan sepasukannya. sebuah dunia piala bintang-bintang terkemuka pada akhirnya perlawanan.

Cannavaro telah berkahwin dengan Daniela dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki, Christian dan Andrea (lahir20 Oktober2004), dan seorang anak perempunan, Martina.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Paolo Maldini
KaptenItali
2002–2010
Diikuti oleh:
Gianluigi Buffon
Skuad Itali
Umum
Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fabio_Cannavaro&oldid=5310675"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp