Eukaryotic organisms that cannot be classified under the kingdoms Plantae, Animalia or Fungi are sometimes grouped in the kingdomProtista.
Eukariot ialah sejenisorganisma yangsel-selnya mengandungi struktur-struktur kompleks yang terlindung dalammembran. Eukariot dikenali secara formal dengan namataksonEukarya atauEukaryota. Struktur ikatan membran yang membezakan sel eukariot daripada selprokariot ialahnukleus, atausampul nukleus yang mengandungi bahan genetik.[1][2][3] Malahan, hidupan eukariot dinamai sedemikian kerana kehadiran nukleus ini (gabungan perkataanYunaniευeu "baik" danκάρυονkaryon "kacang" atau "inti").[4] Kebanyakan sel eukariot juga mengandungi lain-lainorganel ikatan membran sepertimitokondria,kloroplas danjasad Golgi. Semuaspesies organisma eukariot yang besar dan kompleks merupakan eukariot, termasukhaiwan,tumbuhan dankulat, namun kebanyakan spesies eukariot merupakanmikroorganismaprotis.
Pembahagian sel dalam eukariot adalah berbeza dengan organisma tanpa nukelus (prokariot). Ia melibatkan pengasingankromosom yang diduakan melalui pergerakan yang diarahkan oleh mikrotubul. Terdapat dua jenis proses pembahagian, iaitumitosis yang mana satu sel berpecah kepada dua sel yang seiras secara genetik; danmeiosis yang diperlukan dalampembiakan seks, iaitu satu seldiploid (dengan dua kromosom, satu dari setiap induk) menjalanipencantuman semula setiap pasang kromosom induk, kemudian dua peringkat pembahagian sel, maka terhasilnya empat selhaploid (gamet). Setiap gamet mempunyai hanya satu pelengkap kromosom, yang mana setiap satu kromosom ini merupakan campuran unik pasangan kromosom induknya.
Eukariot kelihatan sebagaimonofiletik, dan oleh itu merupakan salah satu daripada tigadomain hidupan. Dua lagi domain, iaituBacteria danArchaea, merupakan prokariot dan tidak memiliki ciri-ciri yang disebut di atas. Eukariot merupakan minoriti yang sangat sedikit di kalangan segala hidupan; dalam tubuh manusia pun terdapat 10 kali lebih banyak mikroogranisma berbanding sel manusia.[5] Namun demikian, disebabkan saiznya yang lebih besar, jumlah terkumpul biojisim sedunia eukariot dianggarkan lebih kurang setara dengan prokariot.[6]
Sel eukariot memiliki pelbagai jenis, dengan sel haiwan dansel tumbuhan merupakan sel-sel eukariot yang paling lazim. Sementara itu, sel-sel kulat dan protista pula memiliki perbezaan yang ketara.
Semua haiwan ialah makhluk eukariot. Sel-sel haiwan boleh dibezakan daripada eukariot-eukariot lain, terutamanya tumbuhan kerana tidak memilikidinding sel dankloroplas, serta mempunyaivakuol yang lebih kecil. Dengan tiadanya dinding sel, sel-sel haiwan boleh memiliki pelbagai bentuk, dan boleh juga menelan struktur dan sel lain.