Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eropah
ايروڤه
Kawasan10,180,000 km2 (3,930,000 bt2)[n]
Penduduk739,165,030[n] (2011),ke-3)
Ketumpatan penduduk72.5/km2
Negara50
BahasaSenarai bahasa
Zon masaUTC hinggaUTC+6
TLD Internet.eu (Kesatuan Eropah)
Bandar terbesarSenarai kawasan metropolitan di Eropah
Peta taburan linguistik Eropah.
Peta Eropah pada 1000.

Eropah (Jawi: إيروڤه;Yunani:Ευρώπη,rumi: Evropi,Latin:Europa) ialah sebuahbenua yang berada antaraLautan Atlantik di barat,Laut Artik di utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di timur,Laut Kaspia,Pergunungan Caucasus danLaut Hitam di Tenggara, danLaut Mediterranean di selatan.

Dari segi keluasan, Eropah ialah benua yang kedua terkecil didunia, iaitu 10,400,000 km2 yang menjadikannya luas sedikit berbandingAustralia. Dari segi populasi, Eropah mempunyai penduduk ketiga teramai selepasAsia danAfrika. Bilangan penduduk di Eropah pada 2001 dikatakan berjumlah 666,498,000, kira-kira satu pertujuh populasi dunia. Terdapat lebih kurang 50 buahnegara di Eropah.

Etimologi

[sunting |sunting sumber]

Dalammitologi Yunani,Europe (Yunani Kuno: Εὐρώπη,Eurṓpē) ialah seorang ratuPhoenicia diculikZeus yang menjelma sebagai seekor lembu jantan putih. Dia dibawa ke pulauKriti di mana dia melahirkan anak-anak Minos, Rhadamanthus dan Sarpedon. NamaEurope ini mula diungkapkan untuk kawasan pesisiran timurAegia Yunani pada 700 SM[1] dan sejak 500 SM maknanya telah meluas ke negeri-negeri belah utaranya.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Eropah

Empayar Yunani Purba ialah tamadun asas kepada kebudayaan Barat, dan prinsip-prinsip demokrasi danrasionalisme Barat berasal dari empayar ini.[2] Selepas itu,Empayar Rom menjadi kuasa utama di Eropah.

Selepas kejatuhan Empayar Rom, Eropah mengalamiZaman Imaginasi, iaitu zaman dariZaman Kegelapan hinggaZaman Pembaharuan (Renaissance). Zaman Pembaharuan atau kecerahan dan Monarki Baru menandakan permulaan zaman penemuan, penjelajahan dan peningkatan dalam pengetahuan ilmiah masyarakat Eropah. Pada abad ke-15, Portugal memulakan zaman penjelajahan yang diikuti oleh Sepanyol. Kemudian, Perancis, Belanda dan British turut bergabung dalam membangunkan kerajaan penjajah besar dengan kawasan kekuasaan yang luas di Afrika, Amerika dan Asia.

Revolusi Perindustrian yang bermula di Britain pada akhir abad ke-18 menyebabkan peralihan daripada sektor bertumpukan pertanian, kemakmuran rakyat yang semakin bertambah dan pertumbuhan penduduk. Sejak berakhirnyaPerang Dunia Kedua hinggaPerang Dingin, negara-negara Eropah terbagi kepada dua blok politik dan ekonomi utama:Blok Komunis di Eropah Timur danBlok Kapitalis di Eropah Barat. Sekitar tahun 1989, Blok Komunis pecah berikutan peruntuhanTembok Berlin.

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Geografi Eropah

Eropah ialah sebahagian daripadaEurasia, dengan Eropah merangkumi seperlima keluasan Eurasia.[3]

Benua ini bermula dariPergunungan Ural di Rusia yang menggambarkan sempadan timur Eropah dengan Asia. Sempadan tenggara dengan Asia adalah tidak jelas, dengan sempadan paling diterima umum ialahSungai Ural atauSungai Emba. Sempadan berlanjut denganLaut Kaspia, kemudiannyaPergunungan Kaukasus atau Depresi Kuma-Manych, dan sampai keLaut Hitam;Bosporus,Laut Marmara, danDardanelles yang mengakhiri sempadan Eropah-Asia.Laut Mediterranean di selatan memisahkan Eropah dengan Afrika. Sempadan di bahagian barat ialahLautan Atlantik.

Negara dan tanah jajahan

[sunting |sunting sumber]

Negara berdaulat di Eropah

[sunting |sunting sumber]

Setakat kini, terdapat 50 buah negara yang tergolong dalam benua Eropah iaitu:

   

Sebahagian kecil daripada Turki sertabahagian barat Rusia ialah bahagian Eropah.

Negara dengan pengiktirafan terhad di Eropah

[sunting |sunting sumber]

Eropah menempatkan lima buah negarade facto dengan sedikit atau tiada pengiktirafan oleh pihak antarabangsa. Tiada dalam kalangan negara ini ialah anggotaPBB.

Wilayah tanggungan

[sunting |sunting sumber]

Wilayah tanggungan dengan wilayah-wilayah serupa denganautonomi pentadbiran yang ketara di Eropah adalah seperti di bawah:

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Ekonomi Eropah

Ekonomi Eropah secara keseluruhan adalah yang terbesar di dunia daripada segi aset kawalan dengan nilai mencacah $32.7 trilion setakat 2008, kira-kira sepertiga kekayaan dunia. Negara-negara Eropah dengan ekonomi maju lebih tertumpu di Eropah Barat, dengan negara-negara di kawasan lain sedang berkembang selepaspembubaran Kesatuan Soviet danperpecahan Yugoslavia.

Demografi

[sunting |sunting sumber]

Bahasa

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Bahasa di Eropah
Peta taburan bahasa-bahasa utama Eropah.

Kira-kira 225 bahasa ibunda ditutur di Eropah.[4] Kebanyakan bahasa Eropah tertakluk pada kumpulan-kumpulanbahasa Indo-Eropah:

Selain itu,bahasa-bahasa Ural sepertibahasa Finland danbahasa Estonia ditutur di Estonia, Finland, Hungary dan kawasan-kawasan Rusia.Bahasa-bahasa Turk pula lazim ditutur di kawasan selatan dan timur Eropah.Bahasa Malta ialah satu-satunyabahasa Semitik rasmi di EU, danbahasa Basque ialah satu-satunyabahasa terpencil di Eropah.

Agama di Eropah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Agama di Eropah

AgamaKristian ialah agama kebanyakan masyarakat Eropah di dunia, dengan 76.2% penduduk Eropah mengiktiraf diri mereka sebagai beragama Kristian.[5] AgamaIslam dianuti oleh kira-kira 6% masyarakat benua, lazimnya di kawasan Balkan dan timur Eropah.[6] Agama Buddha ialah agama majoriti di republikKalmykia, Rusia. 18.2% daripada masyarakat Eropah mengiktiraf diri mereka sebagaitidak beragama,agnostik atauateis.[7]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Barry, Michael (1999).L’Europe et son mythe : à la poursuite du couchant (dalam bahasa Perancis). Revue des deux Mondes. m/s. 111.ISBN 978-2-7103-0937-6.
  2. ^Jonathan Daly (2013).The Rise of Western Power: A Comparative History of Western Civilization. A&C Black. m/s. 7–9.ISBN 978-1-4411-1851-6.
  3. ^Microsoft Encarta Online Encyclopaedia 2007.Europe. Diarkibkan daripadayang asal pada 28 October 2009. Dicapai pada27 December 2007.
  4. ^Language facts – European day of languages, Council of Europe. Dicapai pada 30 Julai 2015.
  5. ^"Regional Distribution of Christians: Christianity in Europe".Pew Research Center's Religion & Public Life Project. 18 December 2011. Dicapai pada22 February 2015.
  6. ^"The Global Religious Landscape: Muslims".pewforum. 18 December 2012. Dicapai pada18 December 2012.
  7. ^"Religiously Unaffiliated".Pew Research Center's Religion & Public Life Project. 18 December 2012. Dicapai pada22 February 2015.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
  • Kategori berkaitanEropah di Wikimedia Commons

Rencana ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Lihat juga :Kawasan dunia
Negara berdaulat dan wilayah tanggungan diEropah
Negara berdaulat
Negeri dengan pengiktirafan terhad
Tanggungan dan wilayah lain
Denmark
Finland
Norway
United Kingdom
Umum
Perpustakaan negara
Institut penyelidikan seni
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Eropah&oldid=6358884"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp