Epilepsi,Ayan atauGila babi ialahpenyakit saraf menahun yang menimbulkan serangansawan mendadak berulang-ulang tak punca. Perkataan 'epilepsi' berasal daripada istilahbahasa Yunani ἐπιληψία (epilēpsía) yang bererti 'serangan'.
Otak manusia terdiri dari jutaan sel saraf (neuron), yang bertugas menyelaraskan semua aktiviti tubuh termasuk perasaan, penglihatan, berpikir, dan pergerakan otot.
Pada pesakit Epilepsi, kadang-kala sinap-sinap, tidak berfungsi seperti sepatutnya. Hal ini dapat diakibatkan oleh berbagai unsur-unsur, antara lain; trauma kepala (pernah mengalami cedera di daerah kepala),tumor otak, dan lain sebagainya.
Umumnya Epilepsi mungkin disebabkan oleh kerosakan otak dalam proses kelahiran, luka kepala,strok, tumor otak, alkohol,dadah dan sebagainya. Kadang-kadang, Epilepsi mungkin juga keranagenetika, Epilepsi bukan semestinya penyakit keturunan. Penyebab pastinya masih belum diketahui.
Hippocrates adalah orang pertama yang berhasil mengidentifikasikan gejala Epilepsi sebagai masalah padaotak, roh jahat, dan sebagainya.Seseorang dapat dinyatakan diderita Epilepsi jika orang tersebut telah mengalami kejang yang bukan disebabkan olehalkohol dan tekanandarah yang sangat rendah.Alat bantu yang digunakan ialah:
- MRI (Magnetic resonance imaging) Menggunakan magnet yang sangat kuat untuk mendapatkan gambaran dalam tubuh/otak seseorang. Tidak menggunakanSinar-X. MRI lebih peka daripadaCT Scan.
- EEG (electroencephalography) alat untuk memeriksa gelombang otak.
Berikut adalah nama-nama ubat yang selalu dipakai untuk menyembuhkan Epilepsi. Semua ubat harus dirujuk terlebih dahulu kedoktor.
Carbamazepine, Carbatrol, Clobazam, Clonazepam, Depakene, Depakote, Depakote ER, Diastat, Dilantin, Epilim, Felbatol, Frisium, Gabapentin, Gabitril, Keppra, Klonopin, Lamictal, Lyrica, Mysoline, Neurontin, Phenobarbital, Phenytek,Phenytoin, Sabril, Tegretol, Tegretol XR, Topamax, Trileptal, Valproic Acid, Zarontin, Zonegran, Zonisamide.
Selain dengan menggunakan ubat, epilepsi juga dapat dirawat dengandiet ketogenik.
Epilepsi tidak identik dengan orang yang mengalami keterbelakanganmental. Berikutan merupakan beberapa orang bernama yang menderita epilepsi.
- Penulis:Dante,Moliere,Sir Walter Scott,Edgar Allan Poe,Lord Byron,Percy Bysshe Shelley,Alfred Lord Tennyson,Charles Dickens,Lewis Carroll,Fyodor Dostoyevsky,Gustave Flaubert,Leo Tolstoy,Agatha Christie,Truman Capote.
- Pemimpin Dunia:Alexander Agung, raja Makedonia,Julius Caesar,Napoleon Bonaparte,Harriet Tubman.
- Presiden:Donald Trump,Joe Biden.
- Olahragawan:Marion Clignet,Buddy Bell,Bobby Jones.
- Ilmuwan:Isaac Newton,Alfred Nobel.
- Agamawan:Santo Paulus,Jeanne d'Arc,Søren Kierkegaard.
- Penggubah muzik:George Frederick Handel,Niccolo Paganini,Peter Tchaikovsky,Ludwig van Beethoven.
- Pelakon:Richard Burton,Michael Wilding,Margaux Hemingway danDanny Glover.
Untuk beberapa sawan umum, mula-mula disyorkan untuk menggunakan asid valproik, dan lamotrigin kemudian.[1] Pada orang yang mengalami sawan terpendam asid valproik disyorkan; Asid valproik berkesan untuk sawan mioklonik dan sawan tonik atau atonik. Jika sawan sembuh sepenuhnya dengan rawatan tertentu, biasanya tidak ada keperluan untuk pemantauan berterusan tahap ubat dalam darah. Antikonvulsan berasaskan cannabinoid kadangkala disyorkan, terutamanya untuk pesakit dengan sindrom Lennox-Gastaut dan sindrom Dravet,[2] tetapi lesen untuk ubat tersebut terhad kepada beberapa negara.[3] Ubat antikonvulsan termurah ialah phenobarbital yang berharga $5 setahun.[4] Ubat ini disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk negara membangun dan digunakan secara meluas di negara-negara ini.[5] Akses kepada ubat ini sukar di beberapa negara kerana ia dianggap sebagai ubat terkawal. Antara 10 dan 90 peratus orang telah melaporkan kesan sampingan daripada ubat ini, bergantung pada masa, orang atau organisasi yang menerima laporan dan tarikh laporan. Kebanyakan kesan sampingan ini bergantung kepada dos ubat dan tidak serius. Sesetengah kesan, seperti jerawat, jangkitan hati, atau anemia aplastik, adalah bebas daripada jumlah yang dimakan. Sehingga 25% orang menolak rawatan dengan ubat ini kerana kesan sampingan ini.[6] Sesetengah rawatan semasa mengandung dikaitkan dengan penyakit kongenital. Asid valproik adalah kebimbangan utama, terutamanya pada trimester pertama kehamilan.[7]