Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Epal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebiji epal merah.
Epal

Epal (Jawi: ايڤل),apel (Jawi:اڤل‎),[1]tufah atautopah (Jawi:تفاح‎; nama saintifik:Malus domestica) merupakan sejenistanaman saka berbuahpom dalamgenusMalus dalamkeluargamawar (Rosaceae), dan juga antara tanaman yang paling banyak dicucuk tanam di dunia.

Pokok buah ini bertaburan asal dariAsia Barat, di mana leluhur liarnya masih ditemui. Terdapat lebih daripada 7,500kultivar (baka) epal yang dikenali di dunia yang mendatangkan pelbagai ciri-ciri yang diingini. Kultivar epal berbeza dari segihasil tanaman dan saiz mutlak pokok itu, walaupun bercambah daripenanti yang sama.[2]

Pengeluaran epal di seluruh dunia ialah 86 juta tan pada tahun 2018 dan negara China menyumbang hampir separuh daripada jumlah ini.[3]

Peristilahan

[sunting |sunting sumber]

"Epal" (yang dominan di Malaysia[4] dan Singapura) dan "apel" (yang lebih diketahui diRiau)[5] masing-masing meminjam dari kata bahasa Inggerisapple dan kata bahasa Belandaappel yang kedua-duanya turunan akar Germanik*ap(a)laz.[6]

"Tuffah" atau "tufah" meminjam dari bahasa Arab iaituتُفّاحtuffāḥ,[7][8] ia lebih diterapkan dalamdialek Kelantan di mana ia disebut sebagaitopoh.

Maklumat botani

[sunting |sunting sumber]
Bunga, buah, dan daun-daun pokok epal (Malus domestica)

Pokok epal kecil dan jenismeluruh, mencapai ketinggian 3 hingga 12 meter (9.8 hingga 39.4 ka), dengan silara yang lebar dan selalunya amat beranting.[9]Daun-daunnyadisusun berselang-seli dan berbentuk bujur ringkas sepanjang 4 – 13 sm dan selebar 3 hingga 7 sm[1] bentuknyapetiol 2 hingga 5 sm dengan hujung yang tajam, tepi bergerigi dan bahagian bawahnya yang sedikit berbulu.

Bunga epal mekar pada musim bunga serentak dengan percambahan daun. Bunganya ini berwarna putih kemerahjambuan yang beransur pudar, ada limakelopak sekuntum[1] kesemuanya mencapai diameter 2.5 hingga 3.5 sm. Buahnya masak padamusim luruh, dan biasanya berdiameter 5 hingga 9 sentimeter (2.0 hingga 3.5 in). Teras buah epal mengandungi limakarpel yang tersusun sepertibintang lima mata, setiap satunya mengandungi satu hingga tiga bijibenih.[9]

Leluhur liar

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Malus sieversii

Leluhurr liarMalus domestica ialahMalus sieversii yang ditemui hidup secara liar di pergununganAsia Tengah diKazakhstan,Kyrgyzstan,Tajikistan, danXinjiang,China,[10] and possibly alsoMalus sylvestris.[11]

Genom

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 2010, sebuah konsortium pimpinan Itali mengumumkan bahawa mereka telah mentafsirkan seluruh genom epal (baka Golden Delicious).[12] Ia mengandungi kira-kira 57,000 gen, jumlah tertinggi pada genom tumbuhan yang dikaji setakat ini dan lebih banyak gen daripada genom manusia (kira-kira 30,000).[13]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Lihat juga:Herefordshire Pomona

Punca kepelbagaian genusMalus adalah diTurki timur. Pokok epal mungkin merupakan tumbuhan terawal yang menjadi tanaman pertanian[14]; buah-buahannya diperbaiki melalui proses pemilihan selama ribuan tahun.Iskandar Agung dihargai kerana menemui tumbuhan epal kerdil diAsia Minor pada 300 SM;[9] epal yang dibawanya kembali ke Macedonia mungkin dijadikan leluhur kepada pokok penanti kerdil. Epal musim sejuk yang dipetik pada akhir musim luruh lalu disimpan dalam suhu yang sedikit melebihi takat beku, telah menjadi makanan penting diAsia danEropah selama ribuan tahun, dan juga diArgentina danAmerika Syarikat sejakkedatangan orang Eropah.[14] Epal dibawa masuk keAmerika Utara bersama kolonis pada abad ke-17,[9] dan dusun orchard pertama di benua Amerika Utara dipercayai berdekatan Boston pada tahun 1625. Pada abad ke-20, projek pengairan di negeri Washington dilancarkan untuk memacu pembangunan industri buah-buahan bernilai ribu jutaan dolar yang diterajui oleh spesies epal.[9]

Sehingga abad ke-20, petani menyimpan epal dalambilik kalis ibun pada musim sejuk untuk kegunaan diri atau perdagangan. Kemajuan pengangkutan epal segar dengan keretapi atau jalan raya menidakkan keperluan menyimpan.[15][16]

Hubungan dengan manusia

[sunting |sunting sumber]

Kepercayaan pagan Eropah Utara

[sunting |sunting sumber]
"Brita asIduna" (1901) olehCarl Larsson

Dalammitos Norse, dewiIðunn digambarkan dalam prosaSnorra Edda (karyaSnorri Sturluson abad ke-13) sebagai pembekal epal yang providing memberikankemudaan abadi kepada dewa-dewi. Cendekiawan Inggeris,H. R. Ellis Davidson mengaitkan epal dengan amalan keagamaan dalampaganisme Jermanik yang melahirkanagama Norse. Beliau menunjukkan bahawa timba-timba berisi epal ditemui di tapak pengebumiankapal Oseberg diNorway, apalagi buah-buahan dan kekacang (Iðunn dikisahkan berubah menjadi kacang dalamSkáldskaparmál) yang ditemui dalam kubur lamaorang Jermanik diEngland dan benua Eropah, mungkin membawa erti simbolik, dan kekacang masih merupakan lambangkesuburan yang penting di England barat daya.[17]

Davidson memerhatikan hubungan antara epal danVanir, puak dewa-dewi yang dikaitkan dengan kesuburan dalam mitos Norse, dengan memetik contoh kisahSkírnir (utusanFreyr, dewa Vanir utama) menggunakan sebelas biji "epal emas" untuk memikatGerðr, seperti yang diperikan dalam stanza 19 dan 20Skírnismál. Davidson juga memerhatikan lagi hubungan antara kesuburan dan epal dalam mitos Norse, dalam bab 2saga Völsunga ketika dewi utamaFrigg menghantar epal kepada RajaRerir yang merayu kepada dewa Odin untuk seorang putera, utusan Frigg (yang berbentuk burung gagak) menjatuhkan epal itu pada ribanya ketika baginda duduk di atas anak bukit.[17] Setelah memakan epal itu, permaisuri Rerir hamil selama selama enam tahun lalu melahirkan seorang putera, iaitu wira bernamaVölsung.[18]

Mitos Yunani

[sunting |sunting sumber]
Heracles dengan epalHesperides

Kisah epal terdapat dalam pelbagai tradisi keagamaan, baik sebagai benda mistik mahupunterlarang. Antara masalah yang dihadapi ketika mengenal pasti epal dalam keagamaan, mitos dan cerita rakyat, adalah bahawa perkataan "epal" digunakan sebagai istilah am untuk segala buah-buahan asing selain beri, tetapi termasuk kacang, selewat abad ke-17.[19] Contohnya, dalammitos Yunani, sang wiraHeracles dikehendaki keKebun Hesperides untuk memetik epal emas dari Pokok Kehidupan di tengah-tengah kebun itu sebagai satu daripadaDua Belas Tugasnya.[20][21][22]

Dewi perbalahan Yunani,Eris, menjadi kecewa setelah disisihkan dari upacara perkahwinanPeleus danThetis[23], lalu membalas dengan melontarkan epal emas yang terukir perkataanΚαλλίστη (Kalliste, 'Untuk yang paling terjelita'), ke dalam majlis perkahwinan itu. Epal itu dituntut oleh tiga dewi, iaituHera,Athena, danAphrodite.Paris dari Troy dilantik untuk memilih penerimanya. Setelah disuap oleh Hera dan Athena, Aphrodite memikat Paris dengan wanita paling jelita di dunia, iaituHelen dariSparta. Paris mengurniakan epal itu kepada Aphrodite, maka secara tidak langsung mencetuskanPerang Trojan.

Justeru itu, di Yunani kuno, epal adalah buah suci dewiAphrodite, maka tindakan membaling epal ke arah seseorang adalah melambangkan luahan cinta kepadanya; begitu juga, orang menyambut epal sebagai lambang penerimaan cinta.[24]

Atalanta, juga dari mitos Yunani, berlumba dengan kesemua pelamarnya dalam cubaan mengelakkan perkahwinan. Beliau mengatasi mereka semua kecualiHippomenes (atauMelanion, nama yang mungkin berasal darimelon, iaitu perkataan Yunani yang bererti "epal" atau buah-buahan secara amnya),[21] yang menumpaskannya bukan kerana pantas tetapi dengan cara licik. Hippomenes sedar bahawa dirinya tidak boleh memenangi perlumbaan secara adil, jadi dia menggunakan tiga biji epal emas (kurniaanAphrodite, dewi cinta) untuk mengalih perhatian Atalanta. Selepas berlari sepantas boleh sambil memanfaatkan ketiga-tiga epal itu, Hippomenes akhirnya berjaya memenangi perlumbaan dan hati Atalanta.[20]

Epal di Taman Firdaus

[sunting |sunting sumber]

Walaupun tidak dipastikan buah khuldi dalamKitab Genesis itu apa, namun ramai penganutKristian percaya bahawa buah itu merupakan sebiji epal yang digunakan untukSiti Hawa untuk memujukAdam agar berkongsi dengannya.[25] Ini mungkin berpunca daripada para pelukis zamanRenaissance yang menokokkan unsur mitos Yunani dalam adegan injili (walaupun adakalanya epal digantikan olehbuah delima mengikut tafsiran pihak tertentu). Dalam hal ini, buah khuldiFirdaus menjadi epal kerana dipengaruhi kisahepal emas dariKebun Hesperides. Justeru itu, dalam kisah Genesis ini, epal menjadi lambang pengetahuan, hidup abadi, godaan, kejatuhan manusia kerana dosa, dan dosa itu sendiri. Dalambahasa Latin, perkataan untuk "epal" dan "kejahatan" adalah serupa dalam bentuk tunggal (malus—epal,malum—jahat), dan seiras dalam bentuk jamak (mala), dan mungkin ini juga yang mempengaruhi gagasan epal sebagai buah khuldi dalam kitab Injil.

Kultivar epal

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Senarai kultivar epal
Beraneka jenis kultivar epal dalam pasaraya.
Kultivar epal 'Sundown' dan keratan rentasnya.

Terdapat lebih 7,500kultivar (baka) epal yang diketahui setakat ini[26] di kawasan-kawasan beriklim sederhana dansubtropika. Kebanyakan kultivar epal ini ditanam untuk dimakan mentah, dimasak atau dijadikansider. Epal untuk sider biasanya terlalu masam dan pedar untuk dimakan mentah, tetapi memberikan perisa yang cukup memuaskan (dan tidak tertanding oleh epal makan mentah) kepada sider.[27]

Kultivar epal komersil biasanya lembut tetapi rangup. Selain itu, epal komersil sewajarnya ada kulit yang berwarna terang, tidak keperangan, mudah diangkut, boleh disimpan lama-lama, berhasil tinggi, kalis penyakit, berbentuk biasa 'Red Delicious', dan berasa enak.[2] Epal moden biasanya lebih manis daripada kultivar lama kerana rasa epal yang diingini berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Kebanyakan orangAmerika Utara danEropah menggemari epal subasid yang manis, tetapi epal masam juga tidak kurang peminatnya.[28] Epal yang teramat manis tanpa rasa asid adalah hangat diAsia,[28] khususnya di India.[27]

Kultivar epal lama selalunya berbentuk ganjil, keperangan dan pelbagai tekstur dan warna. Ada yang mendapati bahawa epal lama ini lebih rasanya berbanding kultivar moden,[29] tetapi mengalami masalah lain yang menjadikannya kurang sesuai untuk diperdagangkan, seperti hasil rendah, kerentanan kepada penyakit, atau kurang tahan lama dalam simpanan atau pengangkutan. Masih ada beberapa kultivar lama yang dihasilkan secara besar-besaran, tetapi selalunya dihidupkan oleh pekebun rumah dan petani yang menjual terus ke pasar setempat. Banyak kultivar epal ganjil yang mempunyai rasa dan rupa tersendiri yang masih wujud; kempen pemuliharaan epal dilancarkan di merata dunia untuk memelihara kultivar-kultivar berkenaan daripada pupus. DiUnited Kingdom, kultivar lama seperti 'Cox's Orange Pippin' dan 'Egremont Russet' masih menjadi hasil dagangan utama walaupun berhasil rendah dan mudah dijangkiti penyakit dari segi pemahaman moden.[9]

Pengeluaran epal

[sunting |sunting sumber]

Pembiakan epal

[sunting |sunting sumber]
Bunga epal dari varianAyrshire lama

Di alam liar, pokok epal agak mudah bercambah dari benih, tetapi sama dengan buah-buahan saka, epal biasanya membiak secara asepsis denganbercantum, kerana kecambah epal merupakan sejenis "heterzigot melampau", iaitu tidak mewarisi DNA dari induk untuk menghasilkan epal baru dengan sifat-sifat induk, sebaliknya menjadi berbeza sangat dari induknya.[30] Kebanyakan kultivar epal baru memulakan kitaran hidup sebagai kecambah yang wujud secara kebetulan atau dibiakkan dengan menyilangkan kultivar yang mempunyai ciri-ciri yang diingini.[31] Pokok epal juga boleh tumbuhtunas ganjil (mutasi pada satu dahan) yang merupakan strain yang diperbaharui dari kultivar induk, ataupun membentuk kultivar baru yang jauh berbeza dari pokok induk.[32]

Penanam epal menghasilkan epal yang lebih kukuh menerusi proses penyilangan.[33] Misalnya, sejak 1930-an, Stesen Ujikaji Excelsior diUniversiti Minnesota telah memperkenalkan kultivar epal lasak penting yang ditanam secara meluas di seluruh negeriMinnesota danWisconsin, baik secara komersil mahupun untuk kegunaan sara diri. Antara kultivar-kultivar baru itu termasuk 'Haralson' (tanaman epal yang paling meluas di Minnesota), 'Wealthy', 'Honeygold', dan 'Honeycrisp'.

Tanaman epal juga disesuaiiklimkan di kawasan beraltitud tinggi diEcuador, di mana ia berbuah dua kali setahun kerana keadaan beriklim sederhana sepanjang tahun.[34]

Pendebungaan

[sunting |sunting sumber]
Pokok epal berbunga
Lebah Orchard Mason hinggap di atas bunga epal diBritish Columbia, Canada.

Pokok epal perludidebunga silang untuk berbuah. Pada setiap musim berbunga, petani epal menyediakanpendebunga untuk mengangkut debunga, sepertilebah madu.Lebah Orchard Mason turut digunakan sebagai pendebunga tambahan dalam dusun epal komersil. Adakalanya,ratukumbang dengung hadir dalam dusun, tetapi tidak mengangkut jumlah yang cukup untuk menjadi pendebunga yang penting.[32]

Pokok epal terbahagi kepada empat hingga tujuh kumpulan pendebungaan mengikut iklim:

  • Kumpulan A – Berbunga awal musim, 1 hingga 3 Mei di England (Gravenstein, Red Astrachan)
  • Kumpulan B – 4 hingga 7 Mei (Idared,McIntosh)
  • Kumpulan C – Berbunga tengah musim, 8 hingga 11 Mei (Granny Smith,Cox's Orange Pippin)
  • Kumpulan D – Berbunga tengah/akhir musim, 12 hingga 15 Mei (Golden Delicious, Calville blanc d'hiver)
  • Kumpulan E – Berbunga akhir musim, 16 hingga 18 Mei (Braeburn, Reinette d'Orléans)
  • Kumpulan F – 19 hingga 23 Mei (Suntan)
  • Kumpulan H – 24 hingga 28 Mei (Court-Pendu Gris)

Satu kultivar boleh didebungakan oleh kultivar yang serasi dari kumpulan yang sama atau dekat dengannya (A sama A, atau A sama B, tetapi bukan A sama C atau D).[35]

Pematangan dan pemetikan

[sunting |sunting sumber]

Kultivar epal berbeza dari segi kadar hasil dan saiz mutlak pokoknya, walaupun tumbuh di atas pokok penanti yang sama. Ada sesetengah kultivar, pokoknya akan tumbuh menjadi amat besar jika dibiarkan tanpa dipangkas, sehingga boleh lebih berbuah lagi, tetapi menyukarkan kerja memetik buah. Pokok yang matang biasanya mampu berbuah 40–200 kilogram (88–441 lb) setahun. Buah epal dipetik dengan menggunakan tangga tiga penjuru yang direka untuk melalui celah-celah dahan pokok. Pokok kerdil boleh berbuah 10–80 kilogram (22–176 lb) setahun.[32]

Penyimpanan

[sunting |sunting sumber]

Buah epal untuk tujuan komersil boleh disimpan selama berbulan-bulan dalam bilik beratmosfera terkawal untuk menangguhkan bermulanya proses menjadi masak yang teraruh olehetilena. Buah-buah epal biasanya disimpan dalam bilik yang mengandungikarbon dioksida yang lebih pekat dengan pengembungan udara yang tinggi untuk menghalang kepekatan etilena daripada mencecah jumlah yang lebih tinggi serta memperlahankan proses menjadi masak. Buah epal masih meneruskan proses menjadi masak walaupun dipetik.[36]Untuk simpanan dalam rumah, kebanyakan jenis epal boleh disimpan selama kira-kira dua minggu apabila disimpan di bahagian paling sejuk dalam peti sejuk (iaitu di bawah 5 °C). Ada juga kultivar epal yang lebih tahan lama, termasukGranny Smith danFuji.[37]

Perosak dan penyakit

[sunting |sunting sumber]
Daun epal yang teruk dirosakkan oleh serangga

Pokok epal terdedah kepada beberapa penyakit kulat dan bakteria serta ancamanserangga perosak. Kebanyakan dusun komersil menjalankan rancangan menyembur kimia secara agresif untuk memastikan mutu tinggi buah, kesihatan pokok, dan kadar hasil yang tinggi, tetapi kaedah organik semakin disambut baik dalam pengurusan dusun kerana menggunakan cara yang kurang agresif, yang mana kimia kuat tidak digunakan kerana dikhuatiri mengancam kesihatan pokok pada jangka masa lama, sebaliknya kaedahorganik termasuk menggalakkan kitar pertanian tertentu atau membendung pembiakan hidupan perosak tertentu.

Untuk membendung perosak tertentu, penanam organik usah membunuh terus perosak itu sehingga menjejaskan biokimia semula jadi pokok epal, sebaliknya boleh menggalakkan kehadiran pemangsa semula jadinya. Epal organik biasanya lebih kurang sama sedapnya dengan epal yang dicucuk tanam secara kaedah biasa, tetapi rupanya tidak semenarik.[38]

Pokok epal terdedah kepada apa sahaja perosak dan penyakit, dan tiga daripadanya yang paling kerap ditemui adalah kulapuk, afid and hampas epal.

  • Kulapuk: Tompok kelabu muda bertempek bedak pada daun, pucuk dan bunga, biasanya timbul pada musim bunga. Bunganya bertukar warna menjadi kuning bak krim dan tidak berkembang dengan betul. Ini boleh dirawat dengan cara yang serupa denganBotrytis, termasuk menghapuskan keadaan yang menyebabkan penyakit itu pada mulanya serta membakar and tumbuhan yang terjangkit.[39][39]
Afid sedang makan.
  • Afid: Terdapat lima spesies afid yang terdapat pada pokok epal, iaitu afid bijian epal, afid epal merah, afid epal, afid spirea dan afid epal berbulu. Spesies afid boleh dikenal pasti dengan warnanya, musim kehadirannya dan perbezaan pada kornikel, iaitu sepasang juluran di bahagian belakang afid.[39] Afid memakan dedaun dengan bahagian mulut seakan jarum untuk menghisap air tumbuhan. Spesies afid tertentu dalam bilangan yang banyak boleh membantutkan pertumbuhan dan kesuburan pokok.[40]
  • Hampas epal: Simptomnya termasuk tompok-tompok berwarna zaitun atau perang pada daun.[41] Tompok itu makin lama makin keperangan, kemudian hampas perang tumbuh pada buah epal.[39] Daun yang berpenyakit gugur awal dan buahnya semakin dilitupi hampas lalu merekah kulitnya. Walaupun ada kimia untuk merawat hampas, namun penggunaannya tidak digalakkan kerana mudah diserap oleh pokok lalu merebak ke dalam buah.[41]

Antara penyakit lebih serius yang dihadapi oleh pokok epal termasuk penyakithawar perang bawaan bakteria; dan penyakit kulat seperti karatGymnosporangium dantompok hitam.[40] Pokok epal muda juga terdedah kepada ancaman mamalia perosak seperti tikus dan rusa yang memakan kulit kayu yang lembut, terutamanya pada musim sejuk.

Rekod

[sunting |sunting sumber]

Guinness World Records melaporkan bahawa epal terbesar yang diketahuinya mempunyai berat 1.849 kg (4 lb 1 oz) dan pernah ditanam di bandarayaHirosaki,Jepun pada tahun 2005.[42]

Perdagangan

[sunting |sunting sumber]
Pengeluaran epal sedunia

Sekurang-kuranya 55 juta tan epal ditanam di seluruh dunia pada tahun 2005, dengan nilai kira-kira $10 bilion. Pengeluar epal terbesar di dunia,China menghasilkan kira-kira dua perlima daripada jumlah tersebut.[43]Amerika Syarikat pula jauh di belakang sebagai pengeluar kedua terbesar, dengan hanya lebih 7.5% keluaran dunia.[31]

DiAmerika Syarikat, lebih 60% daripada semua epal yang dijual secara komersil ditanam di negeriWashington.[44] Epal yang diimport dariNew Zealand dan kawasan lebih sederhaan semakin memberi saingan hebat kepada pengeluar AS.[43]

10 Pengeluar Epal Terbesar — 11 Jun 2008
NegaraPengeluaran (tan)Nota kaki
 Republik Rakyat China27 507 000F
 Amerika Syarikat4 237 730
 Iran2 660 000F
Turki2 266 437
Rusia2 211 000F
 Itali2 072 500
 India2 001 400
 Perancis1 800 000F
Chile1 390 000F
 Argentina1 300 000F
 Dunia64 255 520A
No symbol = official figure, F = FAO estimate, A = Aggregate (may include official, semi-official, or estimates);

Source:FAO

Epal sebagai makanan

[sunting |sunting sumber]

Kultivar berlainan dari epal mempunyai perasa berlainan berbeza, dan ini boleh dipisahkan kepada dua faktor terasing dari perasa dan tekstur.

Epal boleh ditinkan, dijuskan, dan secara pilihan ditapaikan bagi menghasilkanjus epal,tuak,siderkin,cuka, danpektin. Tuak epal suling menghasilkanspirit,applejack danCalvados.Wain epal boleh juga dibuat. Mereka membuat buah lunchbox popular juga.

Epal merupakan ramuan penting dalam banyakpencuci mulut salju, contohnyapai epal,krumble epal,epal garing dankek epal. Mereka selalunya dimakandipanggang ataudirebus, dan mereka juga boleh dikeringkan dan dimakan atau dijadikan semula (direndam dalam air, alkohol atau sesetengah cecair lain) untuk kegunaan kemudian. Epal Puréed umumnya dikenali sebagaisos epal. Epal juga dibuat kepadamentega epal dan epal agar-agar. Mereka juga gunakan masak dalam hidangan daging.

  • Di UK,epal tofi adalah konfeksi tradisional yang dibuat dengan mensalutkan epal dalamtofi panas dan membenarkannya menyejuk. Perlakuan sama di AS adalahepal gula-gula (disalutkan dengan cangkerang keras dari sirap gula yang dikristalkan), danepal karamel, disalutkan dengankaramel yang disejuk.
  • Epal dimakan dengan madu pada tahun Baru Yahudi dariRosh Hashanah untuk melambangkan tahun baru yang manis.
  • Kebun dengan dusun epal mungkin membukakan mereka kepada awam, jadi pengguna mungkin pada diri mereka memetik epal yang akan mereka beli.

Epal dikerat menjadi perang dengan pendedahan kepada air berpunca kepada penukaran dari bahan fenolik semulajadi kepadamelanin atas pendedahan kepadaoksigen. Kultivar berlainan berbeza dalam kecenderungan untuk memerang selepas mengerat. Buah dikerat boleh dilakukan denganair diasidkan bagi menghalang kesan ini.

Epalorganik biasanya ditanam di Amerika Syarikat.[45] Pertanian organik sukar diusahakan di Eropah, tetapi ada sebilangan kecil dusun organik yang berjaya memasarkan hasilnya[45] dengan memilih kultivar yang kalis penyakit kawalan kultur yang terhebat. Kaedah organik terbaru adalah menyemburkan salutkaolin nipis untuk membentuk perintang kepada haiwan perosak sambil mencegah buah epal daripada terlepuh oleh matahari.[32][45]

Epal gugur

[sunting |sunting sumber]

Umumnya, adalah selamat untuk memakan buah epal yang gugur (bukan dipetik), namun terdapat risikokeracunan makanan jika dusunnya juga tempat menternak haiwan yang boleh mencemar pokok epal dengan membuang tinja, apatah lagi risikonya makin tinggi jika epal itu digunakan untuk membuat sider atau jus buatan sendiri (tanpapempasteuran) sehingga menggandakan bakteriaE. coli.[46]

Sebaliknya, jika epal itu dimakan mentah tanpa risiko pencemaran dari tinja haiwan, maka adalah selamat untuk memakan epal gugur, walaupun sedikit reput atau bercacing, ataupun direndam dalam air yang dibubuh garam untuk membunuh cacing.[47] Kulapuk pada buah boleh ditanggalkan dengan merendamkan buah itu dalam air yang dibubuhcuka,[47] tetapi jika kulapuknya terlalu banyak, maka mungkin masih ada kulapuk yang tinggal sehingga menimbulkan masalah kesihatan sepertitindak balas alergi dan masalah pernafasan.

Alahan epal

[sunting |sunting sumber]

Sindrom alahan mulut merupakan tindak balas alergi yang dialami oleh sesetengah orang kerana kesandebunga yang tertinggal pada buah epal.[48][49] Disebabkan debunga itu adalah perengsa utamanya, hanya epal mentah yang menyebabkan tindak balas alergi, terutama pada bahagian kulitnya. Epal yang dimasak tidak menimbulkan tindak balas alergi kerana protein debunga dinyahaslikan oleh haba sehingga tidak menyusahkan sesiapa yang sensitif kepadanya. Seseorang yang alah dengan epal juga berdepan dengan alahan dengan buah-buahan lain dalam familiRosaceae termasukpic dankacang hazel.[48]

Simptom alahan epal selalunya ringan sahaja, seperti merasaikegatalan ataubengkak pada mulut dan bibir, mata berair, hidung berair dan bersin. Sesiapa yang terlalu sensitif mungkin akan mengalamigeligata,sakit abdomen dancirit-birit.[48]

Kesihatan

[sunting |sunting sumber]
Epal, berkulit (boleh dimakan)
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga218 kJ (52 kcal)
Karbohidrat13.81 g
-Gula10.39 g
-Serabut diet2.4 g
Lemak0.17 g
Protein0.26 g
Air85.56 g
Vitamin A setara3 μg (0%)
Tiamina (vit. B1)0.017 mg (1%)
Riboflavin (vit. B2)0.026 mg (2%)
Niasin (vit. B3)0.091 mg (1%)
Asid pantotenik (B5)0.061 mg (1%)
Vitamin B60.041 mg (3%)
Folat (vit. B9)3 μg (1%)
Vitamin C4.6 mg (6%)
Kalsium6 mg (1%)
Besi0.12 mg (1%)
Magnesium5 mg (1%)
Fosforus11 mg (2%)
Kalium107 mg (2%)
Zink0.04 mg (0%)
Peratusan dianggarkan
menggunakansyor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber:USDA Nutrient Database

Mengikut kajian, epal boleh mengurangkan risikobarah kolon,barah prostat danbarah paru-paru.[50] Berbanding dengan buah-buahan yang lain dan sayur-sayuran, epal mengandungi jumlahvitamin C yang tidak seberapa, tetapi kaya dengan sebatianantioksidan yang lain.[51] Biarpun tidak sebanyak buah-buahan lain, namun kandunganserabut dalam epal membantu mengawal pergerakan usus secara lembut dan sihat, maka ia dapat mengurangkan risiko barah kolon. Serat epal juga membendungpenyakit jantung,[52] mengawal berat badan[52] dan tahapkolesterol,[52] kerana buah epal tiada kolesterol dan ada serat yang mengurangkan kolesterol dengan mencegah penyerapan semula.[53][52]

Terbukti bahawa bahawa epal yang dibiakkan secarain vitro memiliki sebatianfenol yang boleh mencegah barah serta menunjukkan aktivitiantioksidan.[54]Fitokimia fenol yang utama dalam epal adalahkuersetin,epikatekin, danprosianidin B2.[55]

Namun demikian,benih epal adalah sedikit beracun kerana mengandungi sedikitamigdalin, sejenisglikosidasianogen; meskipun boleh menghindarkan burung, namun tidak cukup berbahaya kepada manusia.[56]

Satu kajian yang dijalankan olehUniversiti Iowa,Amerika Syarikat, kulit epal yang mengandungiasid ursolik mampu membantu mengekalkan tahap kolestrol dan gula dalam darah pada peringkat terkawal. Selain itu, apabila tindak balas antara asid ursolik dengan hormon tubuh badan ternyata ia mampu mengekang sedikit demi sedikit penyusutan otot akibat proses penuaan. (Kosmo 24 Jun 2011)

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abcHean Chooi Ong (2004).Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 17, 50–51.ISBN 967-61-1560-6.
  2. ^ab"Epal - Malus domestica". Natural England. Dicapai pada22 Januari 2008.
  3. ^http://www.fao.org/faostat/en/#data/QC FAOSTAT, UN Food and Agriculture Organization, Statistics Division. 2021. Retrieved 22 June 2021.
  4. ^"epal".Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  5. ^"apel".Kamus Bahasa Indonesia-Melayu Riau. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 1997. m/s. 18.ISBN 979 459 785 6.
  6. ^"appel (vrucht)".EtymologieBank., memetik:
    • van der Sijs, Nicoline (2010). "appel 'vrucht'".Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers.ISBN 9789012582148.
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "appel 1".Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  7. ^Wilkinson, Richard James (1932)."tufah".A Malay-English dictionary (romanised).II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 607 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  8. ^Pijnappel, Jan (1875)."toeffah".Maleisch-Hollandsch woordenboek. John Enschede en Zonen, Frederik Muller. m/s. 127.
  9. ^abcdef"Origin, History of cultivation".Universiti Georgia.Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-21. Dicapai pada22 Januari 2008.
  10. ^Lauri, Pierre-éric (2006). "Architecture and size relations: an essay on the apple (Malus x domestica, Rosaceae) tree".American Journal of Botany. Botanical Society of America, Inc. (93): 357–368.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  11. ^Coart, E., Van Glabeke, S., De Loose, M., Larsen, A.S., Roldán-Ruiz, I. 2006. Chloroplast diversity in the genusMalus: new insights into the relationship between the European wild apple (Malus sylvestris (L.) Mill.) and the domesticated apple (Malus domestica Borkh.).Mol. Ecol.15(8): 2171-82.
  12. ^An Italian-led international research consortium decodes the apple genome, AlphaGallileo, 29 Ogos 2010. Diterima pada 29 Ogos 2010.
  13. ^The Science Behind the Human Genome Project Human Genome Project Information, US Department of Energy, 26 Mac 2008, Retrieved 24 September 2010.
  14. ^ab"An epal a day keeps the doctor away". vegparadise.com. Dicapai pada27 Januari 2008.
  15. ^James M. Van Valen (2010).History of Bergen county, New Jersey. Nabu Press. m/s. 744.ISBN 1177725894. Dicapai pada2010-10-08.
  16. ^[1]
  17. ^abEllis Davidson, H. R. (1965)Gods And Myths Of Northern Europe, page 165 to 166.Penguin BooksISBN 0-14-013627-4
  18. ^Ellis Davidson, H. R. (1998)Roles of the Northern Goddess, page 146 to 147.RoutledgeISBN 0-415-13610-5
  19. ^Sauer, Jonathan D. (1993).Historical Geography of Crop Plants: A Select Roster. CRC Press. m/s. 109.ISBN 0849389011.
  20. ^abWasson, R. Gordon (1968).Soma: Divine Mushroom of Immortality. Harcourt Brace Jovanovich. m/s. 128.ISBN 0-15-683800-1.
  21. ^abRuck, Carl (2001).The Apples of Apollo, Pagan and Christian Mysteries of the Eucharist. Durham: Carolina Academic Press. m/s. 64–70.ISBN 0-89089-924-X.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  22. ^Heinrich, Clark (2002).Magic Mushrooms in Religion and Alchemy. Rochester: Park Street Press. m/s. 64–70.ISBN 0-89281-997-9.
  23. ^HerodotusHistories 6.1.191.
  24. ^Edmonds, J. M., trans., rev. John M. Cooper. "Epigrams". "Plato: Complete Works". Ed. John M. Cooper. Indianapolis: Hackett, 1997. p 1744, note to VII. Print.
  25. ^Macrone, Michael (1998).Brush up your Bible!. Tom Lulevitch. Random House Value.ISBN 0517201895.OCLC 38270894.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  26. ^Elzebroek, A.T.G. (2008).Guide to Cultivated Plants. Wallingford: CAB International. m/s. 27.ISBN 1845933567.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  27. ^abSue Tarjan (fall 2006)."Autumn Epal Musings"(pdf). News & Notes of the UCSC Farm & Garden, Center for Agroecology & Sustainable Food Systems. m/s. 1–2.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 2007-08-11. Dicapai pada24 Januari 2008.Check date values in:|date= (bantuan)
  28. ^ab"World epal situation". Dicapai pada24 Januari 2008.
  29. ^Weaver, Sue (June/July 2003)."Crops & Gardening - Apples of Antiquity".Hobby Farms magazine. BowTie, Inc.Check date values in:|date= (bantuan)
  30. ^John Lloyd danJohn Mitchinson (2006).QI: The Complete First Series - QI Factoids (DVD). 2 entertain.
  31. ^abFerree, David Curtis (1999).Apples: Botany, Production and Uses. CABI Publishing.ISBN 0851993575.OCLC 182530169.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  32. ^abcdBob Polomski."Epal". Clemson University. Dicapai pada22 January 2008.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  33. ^"Apples". solarnavigator.net. Dicapai pada22 January 2008.
  34. ^"Apples in Ecuador". Acta Hort. Dicapai pada2008-07-17.
  35. ^S. Sansavini (1 July 1986). "The chilling requirement in apple and its role in regulating Time of flowering in spring in cold-Winter Climate".Symposium on Growth Regulators in Fruit Production (ed. International). Acta Horticulturae. m/s. 179.ISBN 978-90-66051-82-9.
  36. ^"Controlled Atmosphere Storage (CA)". Washington State Epal Advertising Commission. Dicapai pada24 January 2008.
  37. ^"Food Science Australia Fact Sheet: Refrigerated storage of perishable foods". Food Science Australia. February, 2005. Dicapai pada2007-05-25.Check date values in:|date= (bantuan)
  38. ^Pittsburgh Section, University of Pittsburgh School of Engineering, School of Engineering, Institute of Electrical and Electronics Engineers Pittsburgh Section, Instrument Society of America, Instrument Society of America Pittsburgh Section, University of Pittsburgh (1981).Modeling and Simulation: Proceedings of the Annual Pittsburgh Conference. Instrument Society of America.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  39. ^abcdLowther, Granville.The Encyclopedia of Practical Horticulture: A Reference System of Commercial Horticulture, Covering the Practical and Scientific Phases of Horticulture, with Special Reference to Fruits and Vegetables. The Encyclopedia of horticulture corporation.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  40. ^abColi, William; dll."Epal Pest Management Guide". University of Massachusetts Amherst. Dicapai pada3 Mac 2008.Explicit use of et al. in:|author= (bantuan)
  41. ^ab"How To Deal With Scab". GardenAction. Dicapai pada3 Mac 2008.
  42. ^"Plant World - Heaviest Apple".Guinness World Records. Dicapai pada2009-09-09.
  43. ^abKristin Churchill."Chinese epal-juice concentrate exports to United States continue to rise". Great American Publishing.Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-16. Dicapai pada22 Januari 2008.
  44. ^Desmond, Andrew (1994).The World Epal Market. Haworth Press. m/s. 144–149.ISBN 1560220414.OCLC 243470452.
  45. ^abcAmes, Guy (2001)."Considerations in organic epal production"(pdf). National Sustainable Agriculture Information Service. Dicapai pada24 January 2008.Unknown parameter|month= ignored (bantuan)
  46. ^Food Poisoning and Safety California Poison Control System
  47. ^abfallen apples – safe? iVillage Garden Web
  48. ^abcWrongdiagnosis.com
  49. ^Webmd.com
  50. ^For decreased risk of colon, prostate and lung cancer:"Nutrition to Reduce Cancer Risk". The Stanford Cancer Center (SCC). Dicapai pada2008-08-18.Ralat petik: Tag<ref> tidak sah, nama "Nutrition to Reduce Cancer Risk" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  51. ^Boyer, Jeanelle; Liu, RH (2004)."Epal phytochemicals and their health benefits".Nutrition journal. Cornell University, Ithaca, New York 14853-7201 USA: Department of Food Science and Institute of Comparative and Environmental Toxicology.3: 5.doi:10.1186/1475-2891-3-5.PMC 442131.PMID 15140261.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan);Unknown parameter|month= ignored (bantuan);More than one of|last1= dan|last= specified (bantuan);More than one of|first1= dan|first= specified (bantuan)CS1 maint: location (link)
  52. ^abcd"Apples Keep Your Family Healthy". Washington State Apple Advertising Commission. Dicapai pada22 Januari 2008.
  53. ^Rajeev Sharma. (2005).Improve your health with Apple,Guava,Mango. Diamond Pocket Books (P) Ltd. m/s. 22.ISBN 8128809245.
  54. ^Lee KW, Lee SJ, Kang NJ, Lee CY, Lee HJ, KW (2004). "Effects of phenolics in Empire apples on hydrogen peroxide-induced inhibition of gap-junctional intercellular communication".Biofactors.21 (1–4): 361–5.doi:10.1002/biof.552210169.ISSN 0951-6433.PMID 15630226.|first2= missing|last2= (bantuan);|first3= missing|last3= (bantuan);|first4= missing|last4= (bantuan);|first5= missing|last5= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  55. ^Lee KW, Kim YJ, Kim DO, Lee HJ, Lee CY, KW (2003). "Major phenolics in apple and their contribution to the total antioxidant capacity".J. Agric. Food Chem.51 (22): 6516–6520.doi:10.1021/jf034475w.ISSN 0021-8561.PMID 14558772.Unknown parameter|month= ignored (bantuan);|first2= missing|last2= (bantuan);|first3= missing|last3= (bantuan);|first4= missing|last4= (bantuan);|first5= missing|last5= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  56. ^Juniper BE, Mabberley DJ (2006).The Story of the Apple. Timber Press. m/s. 20.ISBN 0881927848.
Ralat petik: Tag<ref> dengan nama "autogenerated1" yang ditentukan dalam<references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
CariEpal dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Epal.
Wikibooks
Wikibooks
Buku resipiWikibuku mempunyai resipi
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Epal&oldid=6456142"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp