Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Enosis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunjuk perasaan di Cyprus mendokongenosis pada tahun 1930-an.

Enosis (Yunani:Ένωσις, "penyatuan") merupakan pergerakan dilangsungkan dalam kalanganmasyarakat Yunani yang menghuni kawasan-kawasan luarnegara republik Yunani mendokongkesatuan politik dengan negara tersebut. Ia didasarkan pemahamaniredentisMegali Idea yang wujud semasa pembentukan negara Yunani moden tahun 1830 mendesakpengilhakan tanah-tanah diduduki bangsa Yunani termasuk yang terlibat semasaPerang Kemerdekaan Yunani 1820-an.

PulauCyprus merupakan antara tempat utama bergolaknya fahaman ini semasa iadalam penjajahan British namun ia tidak disenangi masyarakat bangsa Turki yang turut menghuni pulau tersebut tanpa adanya syarat pemisahan kawasan mereka daripada yang ditadbir orang Yunani atautaksim (تقسيم). Cyprus dimerdekakan secara neutral tanpa memihak kepada mana-manaenosis atautaksim tahun 1960; namun suaturampasan kuasa didokongjunta Yunani mendorong kepada pendudukan balas oleh pihakTurki sendiri di bahagian pulau utara membawa kepada konflik yang wujud sehingga hari ini.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Enosis&oldid=4834152"
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp