Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ennead

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ennead mewakili sembilan dewa Mesir kuno yang dipersonifikasi sebagai satu dewi, tunggal atau berdua, yang kemudiannya menjadi ibu kesemua dewa-dewi. Entiti utama ini muncul dalam banyak bentuk, termasuk sebagai kedua-dua dewa dan dewi, bergantung pada era dan lokasi di Mesir.

Ennead (Bahasa Yunani Kuno:ἐννεάς, berertihimpunan sembila perkara) merupakan kumpulan sembilan dewa-dewi dalam mitos Mesir. Ennead disembah di Heliopolis dan terdiri daripadaAtum, anaknyaShu danTefnut, anak merekaGeb danNut dan anak merekaOsiris,Isis,Set danNephthys.

Peradapan Mesir telah wujud lebih 3,000 tahun dan perkembangan ugama di Mesir kuno telah membantu mewujudkan banyak dewa dewi yang disembah bagi pelbagai sebab, dan pelbagai upacara keugamaan yang telah diamalkan pada masa tersebut.

Terminologi

[sunting |sunting sumber]

Mitos Mesir membentuk banyak kelompok dewa-dewi sebegitu, dikenali sebagaiPesedjets. Teks Piramid bagi Dinasti ke Lima Mesir dan Dinasti ke Enam Mesir menyebutPesedjet Agung,Pesedjet Rendah,Pesedjet Berkembar, Pesedjets jamak, dan malahTujuh Pesedjets. Sesetengah Firaun menetapkan pesedjet yang memasukkan diri mereka dikalangan dewa. Contoh paling terkenal adalahSeti I dari Dinasti ke Sembilan belas, yang di kuilnya di Redesiyah menyembah pesedjet yang menggabungkan enam dewa penting bersama tiga bentuk dirinya sendiri.

Batu Rosetta diMuzium British.

Istilah YunaniEnnead, mewakili kelompok sembilan, dicipta oleh orang Yunani yang menjelajah Mesir, kebudayaannya dan ugama Mesir Kuno, terutama selepas penaklukan olehAlexander the Great dan semasa pemerintahan berikutnya olehDinasti Ptolemaic. Bahasa Yunani menjadi bahasa golongan terpelajar dan dengan itu istilah Yunani digunakan oleh pengarang Yunani dan Rom untuk menggambarkan fenomena Mesir. Yang lain turut menggunakan persamaan antara Dewa Mesir dan Greek bagi mengenal-pasti keduanya.


Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  • Encyclopedia of Goddesses and Heroines By PATRICIA MONAGHAN
  • Encyclopedia of Ancient Egypt, Revised Edition, 2002, 1991 Margaret R. Bunson, Facts On File,ISBN 0-8160-4563-1 (kulit keras)


Galeri

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ennead&oldid=6531383"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp