Empayar Mexico Kedua (Sepanyol:Segundo Imperio Mexicano) merujuk kepada kawasanMexico yang berada di bawah suatu pemerintahan beraja diisytiharkan olehDewan Masyhur Perancis (Assemblée des Notables) pada 10 Julai 1863, semasa negara tersebut melakukan campur tangan politik yang kedua di Mexico. Ia dibuat dengan sokonganNapoleon III dari Perancis yang cuba untuk mewujudkan suatu sekutu terhadap kerajaannya di benua Amerika.Erzherzog Ferdinand Maximilian dariWangsa Habsburg-Lorraine di Austria dipilih sebagai maharaja dan ketua negara itu dengan gelaranMaximilian I.
Empayar ini dihapuskan berikutan penghukuman mati ke atas Maximilian I selepas pemenjaraan baginda oleh pihak republikan Mexico pada 19 Jun 1867.