Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Empayar Latin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan terkeliru denganEmpayar Rom.
Emapayar Latin Constantinople
Imperium Romaniae
Empayar Romania
1204–1261
Jata Empayar Latin Constantinople Empayar Latin
Jata Empayar Latin Constantinople
Empayar Latin dan jajahannya (warna kuning) dan negeri-negeri Greek yang mengantikan Empayar Byzantine (warna merah) selepas Perjanjian Nymphaeum pada 1214. Sempadan ini tidak dapat disahkan.
Empayar Latin dan jajahannya (warna kuning) dan negeri-negeri Greek yang mengantikan Empayar Byzantine (warna merah) selepasPerjanjian Nymphaeum pada 1214. Sempadan ini tidak dapat disahkan.
Ibu negaraConstantinople
Bahasa yang umum digunakanLatin,Perancis Lama (rasmi)
Greek (popular)
Agama
Katolik Rom (rasmi)
Ortodok Greek (popular)
KerajaanBeraja
Maharaja 
• 1204–1205
Baldwin I
• 1206–1216
Henry
• 1217–1219
Yolanda (putera mahkota)
• 1219–1228
Robert I
• 1228–1237
John dari Brienne (putera mahkota)
• 1237–1261
Baldwin II
Era SejarahAkhir Zaman Pertengahan
• Didirikan
1204
• Dibubarkan
1261
Didahului oleh
Diganti oleh
Empayar Rom Timur
Empayar Rom Timur

Empayar Latin atauEmpayar Latin Constantinople (nama asalLatin:Imperium Romaniae, "EmpayarRomania"[1]) adalah nama yang diberi oleh ahli sejarah kepadanegeri Salibifeudal yang ditubuhkan oleh para pemimpinPerang Salib Keempat di tanah yang ditawan daripadaEmpayar Byzantine. Ia ditubuhkan selepas penawananConstantinople pada tahun 1204 dan berlangsung sehingga tahun 1261. Empayar Latin berperanan bagi menyokong Empayar Byzantine sebagai penganti pada nama kepadaEmpayar Rom di timur, dengan MaharajaKatolik Barat ditabalkan bagi mengantikanMaharaja ByzantineOrtodok.Baldwin IX,Count Flanders, telah ditabalkan sebagai maharaja Latin pertama dengan nama Baldwin I pada 16 Mei, 1204. Empayar Latin gagal mendapatkan penguasaan politik dan ekonomi ke atas kuasa-kuasa Latin yang lain yang wujud di wilayah bekas Empayar Byzantine selepas Perang Salib Keempat, terutamanyaVenice, dan selepas tempoh pendek kejayaan ketenteraan, empayar ini mula malap. Dilemahkan dengan peperangan yang berpanjangan dengan negeri-negeri penganti Bulgaria dan Greek, ia kemudian jatuh kepadaEmpayar Nicaea di bawah MaharajaMichael VIII Palaiologos pada tahun 1261. Maharaja Latin terakhir,Baldwin II, dibuang negeri, meskipun begitu gelaran maharaja kekal dengan beberapa pihak menuntutnya sehingga kurun ke-14.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^On the long history of "Romania" as a territorial name for the Roman and (later) Byzantine empires, see R.L. Wolff, "Romania: The Latin Empire of Constantinople". In:Speculum, 23 (1948), pp. 1-34.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Empayar_Latin&oldid=6675019"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp