Emotikon (disebut [é.mo.ti.kon], daripadabahasa Inggeris:emoticon) ialah penggunaan seberapaaksara baik secara tunggal atau menggabungkan beberapa tanda berasingan digunakan untuk menyampaikan kandunganemosi dalam bentuktulisan atau mesej.
Lazimnya, emotikon gaya Barat ditulis dari kiri ke kanan, iaitu arah yang dibaca dan ditulis dalam kebanyakan budaya Barat. Maka, anda akan sering melihat mata di kiri, diikuti hidng dan mulut. Untuk mengecamnya dengan lebih mudah, sengetkan kepala anda ke arah bahu kiri anda (atau, kadang-kadang, ke bahu kanan anda jika bahagian "atas" emotikon menghadap ke kanan).
Berikut adalah senarai emotikon yang paling kerap dijumpai. Seperti yang dipaparkan di sini, kesemua emotikon ini mengikut bentuk yang amat konsisten, tetapi setiap satunya boleh diubah dengan memusingnya, menggugurkan tanda sengkang, dan lain-lain (lihatVariasi di bawah). Senarai-senarai lebih koprehensif boleh ditemui diPautan luar di bawah.
:-) atau:) : Senyum atau Gembira
:-( atau:( : Sedih
:-D atau:D : Senyum dengan mulut terbuka - sering menandakan gelak ketawa
Kebolehan mereka emotikon tidak terhingga kerana kepandaian orang mereka dan mentafsirkan imej sebagai wajah. Lihatseni ASCII.
Tanda persamaan sering digunakan untuk melukis mata di tempat tanda titik bertindih, tanpa menukar erti emotikon itu. Dalam pada ini, tanda sengkang selalunya digugurkan, atau kadang-kala diganti dengan huruf 'o' seperti=O). Dewasa ini, pengguguran tanda sengkang kerap sekali, sama ada tanda titik bertindih atau persamaan digunakan untuk mata[1]. Secara amnya, aksara-aksara yang serupa bentukya juga sering mengganti satu sama lain: contohnya,o,O, dan0 boleh saling ditukar ganti, kadang-kala untuk kesan yang sedikit berbeza pada maksudnya.
Sebilangan kecil pengguna memusingkan emotikon, lalu membentuk emotikon "kidal"(: Emotikon kidal ini kadang-kala menyebabkan kemusykilan kerana sebilangan ketagih Internet sering menggugurkan: yang menandakan mata [maka tinggalnya) dan bukan:)[perlu rujukan]] jadi apa yang dimaksudkan sebagai senyuman mungkin ditafsirkan sebagai wajah sedih.
Sesetengah variasi juga kerap dijumpai di negara-negara tertentu atas sebab-sebab sepertisusun atur papan kekunci, conthonya: emotikon =) kerap ditemui diSkandinavia danFinland di mana kekunci = dan ) terletak berdekatan satu sama lain dan kedua-duanya memerlukankekunci shift.
Terdapat juga penggunaantanda umlaut untuk emgnhasilkan emotikon yang tidak dipusing ke sebelah. Contoh,Ö ialah versi tegak bagi:O (rasa terperanjat).
XD (gelak ketawa) barangkali menjadi laris di Internet tidak lama selepas muncul dalam rancangan animasiSouth Park, dihuraikan sebagai emotikon yang serupa kepada kaedah animasi yang digunakan apabila seseorang watak kuat bergelak dengan mata tertutup (X menandakan matanya).
orz (kadang-kala dipaparkan sebagaiOTL,Or2,On_,OTZ,O7Z,Sto,Jto,_no,_| ̄|○) mencetuskan satusubbudaya pada akhir 2004.[2]Diarkibkan 2007-08-29 diWayback Machine Emotikon ini menggambarkan seorang yang menhadap ke kiri, kepalanya menghadap ke bawah, dan berlutut pada lantai: "o" menandakan kepala, "r" menandkan lengan dan badan manakala "z" menandakan kaki. Sungguhpun piktograf ini sering digunakan untuk menandakan kegagalan atau putus asa, namun ada pengguna yang menggunakan untuk memaksudkan gelak ketawa berganda. Piktograf ini juga memaparkan seseorang yang bersujud, iaitu ibarat menyanjung sesuatu. orz tidak disebut seperti satu perkataan; sebaliknay huruf-hurufnya disebut eja. Orz tidak patut dikelirukan denganm(_ _)m (minta maaf).
Pengguna InternetAsia Timur mempopularkan satu gaya emotikon yang boleh difahami tanpa memusingkan kepala ke kiri.
Emotikon-emotikon ini biasanya dijumpai dalam format yang serupa dengan(*_*), yang manatanda bintang dipadankan menterupai rupamata; aksara tengah, biasanyagaris bawah, dijadikan mulut; dan tanda kurungan dijadikan garis luaran muka. Berbagai-bagai aksara boleh digunakan untuk menandakan mata, yang lazimnya dijadikan aspek terpenting dalam emotikon (berbanding dengan emotikon Barat yang menggunakan mulut). Penekanan pada mata dicerminkan dalam penggunaan am emotikon-emotikon yang menggunakan mata sahaja, cth.^^. Aksara seperti tanda sengkang atau noktah boleh menggantikan tanda garis bawah; tanda noktah sering digunakan untuk mulut yang lebih kecil dan "comel" atau dijadikan hidung, cth.(^.^). Selain itu, mulut/hidung boleh digugurkan, cth.(^^). Tanda kurungan juga boleh diubah bentuknya, cth.{^_^}; atau digugurkan sama sekali, cth.^^ atauo_O atau<.<. Tanda petikan ("), koma atas ('), atau koma bertindik (;) doleh dibubuh pada emotikon untuk memaksudkan kebimbangan atau rasa malu, dalam cara yang sama sepertititisan peluh dalam anime.kadang-kala emotikon(^^) menimbulkan kemusykilan - ada yang mentafsirkannya sebagai bulu kening. Kebanyakan aksara lain boleh dibubuh untuk menandakan lengan atau tangan, cth.<(^_^)> atau⊂( ゚ヮ゚)⊃ atau<(--<).
Emotikon grafik (dipaparkan di sebelah kanan, imej-imej kecil yang sering menggantikan teks bertaip secara automatik) lebih kerap digunakan berbanding bentuk teks yang lebih lama, terutamanya dalamforum Internet dan perisianmesej segera. Emotikon sedemikian banyak melibatkan animasi, kadang-kala mengambil masa limas saat untuk habis, dan kadang-kala disertakan bunyi (terutamanya dalammesej segera), untuk menghidupkannya.