Emeritus (Jawi: ايميريتوس) ialah gelaran untuk seorangprofesor,biskop atau lain-lain profesional yang sudah bersara.Emerita (Jawi: ايميريتا) pula digunakan untukwanita tetapi kini sudah kurang digunakan. Istilah ini digunakan apabila seorang yang penting di dalam profesionnya, seperti ketua sesebuah fakulti, tetapi sudah bersara untuk membolehkan mereka terus menggunakan gelaran tersebut sampai bila-bila. Ini amat berguna untuk mengekalkan tauliah seseorang itu dalam memberi komen, ceramah, syarahan, kuliah atau menulis subjek-subjek berkenaan dengan profesion mereka walaupun sudah bersara.
Perkataan ini kebiasaannya digunakan sebagai gelaran selepas bersara tetapi sekali-sekala diberikan sebelum individu tersebut bersara. Gelaran "emeritus" diletakkan sebelum nama penerimanya.
Perkataan ini berasal daripadabahasa Latinemeritus 'selesai berkhidmat' dan wujud sejak awal abad ke-18, dengan maksud "telah selesai berkhidmat, telah cukup berkhidmat'.[1] Ia merupakan partisipel lampau bagiemerere, dan merupakan gabungan imbuhan Latine- 'keluar' (varian untukex-) danmerere 'berkhidmat, menyara'.