Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Embolisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Embolisme
Mikrograf bahan embolik di arteri buah pinggang. Buah pinggang tersebut dibuang melalui pembedahan keranakanser.Pewarnaan H&E.
PengkhususanPembedahan vaskular
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Embolisme

Embolisme ialah penyumbatan yang disebabkan olehembolus, iaitu bahan yang menyebabkan penyumbatan, di dalam saluran darah.[1] Embolus tersebut mungkin berupa darah beku (trombus), globul lemak (embolisme lemak), gelembung udara atau gas lain (embolisme udara),bendalir amnion (embolisme bendalir amnion), ataubendasing.

Embolisme boleh menyebabkan penyumbatanaliran darah secara sebahagian atau keseluruhan dalam saluran yang terjejas.[2] Penyumbatan sedemikian (oklusi vaskular) boleh menjejaskan bahagian badan yang jauh dari asal embolus. Embolisme yang berlaku oleh sebab embolus dari trombus dipanggiltromboembolisme.

Embolisme biasanya merupakan kejadian patologi disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Kadangkala ia dicipta dengan sengaja untuk tujuan terapeutik, seperti untukmenghentikan pendarahan atau membunuh tumor kanser dengan menghentikan bekalan darahnya. Terapi sedemikian dipanggilembolisasi.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Dorland's (2012).Dowland's Illustrated Medical Dictionary (ed. 32nd). Elsevier. m/s. 606.ISBN 978-1-4160-6257-8.
  2. ^Britannica Concise Encyclopedia 2007
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Embolisme&oldid=6220025"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp