Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Emacs

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Emacs
Emacs logo
GNU Emacs 23.3.1
Pembuat asalRichard Stallman
PembangunProjek GNU
Pelancaran pertama1976
Versi terkini/stabil
30.1 (Februari 2025)
Ditulis dalamC,Emacs Lisp
Sistem pengendalianSaling platform,GNU
PelantarPDP-10DECSYSTEM-20
Tersedia dalamBahasa Inggeris
JenisKategori perisianpenyunting teks
GenrePenyunting teks
LesenGNUGPLv3
Pautan berkaitan
Tapak webwww.gnu.org/software/emacs
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Emacs ialah sebuah familipenyunting teks yang mempunyai ciri istimewa yakni kebolehpanjangan. Satu manual memerikan perisian penyunting ini sebagai "satu penyunting tampilan masa sebenar yang boleh dipanjangkan, diubah suai, dan mendokumentasi diri."[1] Pembangunan bermula pada pertengahan tahun 1970-an dan kekal aktifsetakat 2012[kemas kini]. Emacs memiliki lebih daripada 2,000 perintah yang terbina dalam dan membolehkan penggunanya menggabung perintah-perintah ini ke dalam makro bagi menjalankan kerja secara automatik, khususnya dengan penggunaan Emacs Lisp, satu varian bahasa pengaturcaraanLisp.

Emacs asal terdiri daripada satu setEditor MACroS buat penyunting TECO. Ia ditulis pada tahun 1976 olehRichard Stallman. Stallman menulis Emacs mula-mulanya denganGuy L. Steele, Jr.,[2][3][4][5] berilhamkan sepasang penyunting makro-TECO, TECMAC dan TMACS yang ditulis Steele, Dave Moon, Richard Greenblatt, Charles Frankston, dan lain-lain.[6]

Emacs menjadi pesaing utamavi dalam "perang penyunting" yang wujud dalam budayaUnix. Dalam bahasa Inggeris, perkataan "emacs" dimajmukkan kepadaemacsen sebagai analogi kepadaboxen.[7]

Versi Emacs yang paling popular dan paling banyak diport ialahGNU Emacs, perisian yang dibina Stallman bagiProjek GNU.[8] Satu versi yang biasa digunakan juga ialahXEmacs, yang diserpihkan daripada GNU Emacs pada tahun 1991. Seperti GNU Emacs, XEmacs kekal serasi dengan dan masih menggunakan Emacs Lisp.

GNU Emacs

[sunting |sunting sumber]

Stallman mula membangunkan GNU Emacs pada tahun 1984 dengan niat mewujudkan pilihanperisian bebas kepada Gosling Emacs. Pada awalnya, Gosling Emacs menjadi asas GNU Emacs, tetapi beliau menggantikan pentafsir Mocklisp dengan pentafsir Lisp tulen. Usaha ini memerlukan penggantian kod dengan kod yang baharu, dan GNU Emacs menjadi projek pertama yang dikeluarkan Projek GNU, yang sendirinya baharu bertapak. GNU Emacs ditulis dalam C dan menyediakanEmacs Lisp (yang sendirinya ditulis dalam C) sebagai bahasa pemanjangan. Versi 13, versi awam pertama, dibuat pada 20 Mac 1985. Versi yang diledarkan secara meluas pada lewat tahun 1985 ialah 15.34—Versi 2 hingga 12 tidak pernah wujud.

GNU Emacs kemudiannya diport kepadaUnix. Oleh sebab ia memiliki lebih kemudahan, terutamanya pentafsir Lispnya yang membolehkan kepemanjangan program berbanding Gosling Emacs, GNU Emacs menggantikan Gosling Emacs sebagai penyuntingde facto dalam sistem-sistem Unix.

Satu kecacatan keselamatan dalam subsisteme-mel GNU Emacs telah membenarkan sistem e-mel dieksploitasi Markus Hess yang berjaya menggodam program bagi mendapatkan statussuperuser pada komputer-komputer Unix.[9]

Kerja membangunkan GNU Emacs agak tertutup sehingga tahun 1999, sehinggalah ia menjadi contoh gaya pembangunan "Cathedral" yang diperikan dalam bukuThe Cathedral and the Bazaar karanganEric Raymond. Semenjak 1999 projek dibangunkan beramai-ramai dan sekarang pembangunannya menggunakan sistemSistem Kawalan Versi yang teragih (DVCS) .

Richard Stallman kekal menjadi penyenggara GNU Emacs mahupun beliau mengambil cuti daripada tugas penyeggaraan. Pada tahun 2008, tugas penyenggaraan diserahkan kepada Stefan Monnier and Chong Yidong.[10]

Sifat

[sunting |sunting sumber]
Tawan skrin menunjukkan kebolehan Emacs menanda teks dan memaparkan dua skrin menyunting serta kalendar dalam satu tetingkap.

Emacs ialah sebuahpenyunting teks dan bukanpemproses perkataan. Justeru ia tertumpu kepada pengendalian cebisan teks dan tidak kepada pengendalian rupa taip ("fon") aksara, walaupun Emacs berkebolehan melakukan fungsi ini. Emacs menyediakan perintah bagi mengendali perkataan dan paragraf (membuang, mengalih, merentasi, dan sebagainya), menanda sintaks agar penulisan dan pembacaan kod lebih mudah, dan juga penyediaan "makro papan kekunci" bagi menjalankan himpunan perintah menyunting yang ditetapkan pengguna.

Emacs berfungsi sebagai penyunting teks moden yang lain—ia sebuah penyunting "dalam masa nyata" dalam erti kata apa jua yang disunting akan kelihatan di skrin.

Emacs juga mengandungi sebuah tutorial yang terbina dalam. Apabila Emacs dimulakan tanpa sebarang fail yang perlu disunting, ia memaparkan petunjuk bagaimana tugas penyuntingan mudah dapat dilakukan sekiranya tutorial itu dipanggil oleh pengguna.

Pelesenan

[sunting |sunting sumber]

GNU Emacs dilesenkan dengan lesenGPL; justeru kod sumber, termasuk komponen C dan Emacs Lisp, terdapat bebas bagi diperiksa, diubahsuai dan diagihkan.

Telah menjadi polisi GNU Emacs (dan banyak lagi pekej perisian GNU) hanya akan menerima sumbangan kod dengan syarat pemegang hak cipta bersetuju memberi hak kepadaYayasan Perisian Bebas (FSF) walaupun satu pengecualian berlaku dengan perisian MULE (perisian yang mengendalikanUnicode dan kod-kod termaju berkaitan skrip bahasa-bahasa selain bahasa Inggersi)[11] kerana pemegang hak cipta, Kerajaan Jepun, tidak dapat memberikan hak. Namun, polisi ini tidak diguna pakai dengan kod yang kurang daripada 10 baris, atau membetulkan pepijat. Polisi ini diambil agar FSF dapat mempertahankan perisian di hadapan mahkamah sekiranya lesencopyleftnya dicabul.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]


Nota

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"GNU Emacs Manual".GNU Emacs Manual. FSF. Dicapai pada24 November 2012.
  2. ^Bernard S. Greenberg."Multics Emacs: The History, Design and Implementation".
  3. ^"GNU Emacs FAQ".
  4. ^Jamie Zawinski."Emacs Timeline".
  5. ^Adrienne G. Thompson."MACSimizing TECO".
  6. ^"A history of Emacs".XEmacs Internals Manual. 2006-12-11. Dicapai pada2007-08-22.
  7. ^"VAXen". Catb.org. Dicapai pada2009-11-08.
  8. ^Allombert, Bill."Debian Popularity Contest".Editors report. Debian. Dicapai pada22 November 2011.[pautan mati kekal]
  9. ^Stoll, Clifford (1988). "Stalking the wily hacker".Communications of the ACM.31 (5): 484–497.doi:10.1145/42411.42412CS1 maint: postscript (link)
  10. ^"Re: Looking for a new Emacs maintainer or team". gnu.org Mailing List. Dicapai pada2008-02-23.; see also"Stallman on handing over GNU Emacs, its future and the importance of nomenclature"
  11. ^"Re: VM and the FSF". Mail.gnu.org. Dicapai pada2009-11-08.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai:Emacs
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanEmacs


Templat:EmacsNavbox

Sejarah
GNU bukan gnu
Lesen
Perisian
Penceramah
Topik lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Emacs&oldid=5310216"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp