Satuela ialahunit ukuranInggeris untuk panjang yang ditakrifkan sebagai tiga (3)kaki, tiga puluh enam (36)inci, atau 1/1760batu. Satu ela adalah sama dengan 0.9144meter dalamSistem Unit Ukuran Antarabangsa (SI). Dua ela menjadi satufatom. Ukuran luas yang sepadan ialah ela persegi.
Ela yang awal diUnited Kingdom dibahagikan melalui kaedah perduaan menjadi dua, empat, lapan dan enam belas bahagian dan masing-masing digelarkan sebagai "setengah ela" (half-yard), "jengkal" (span), "jari" (finger), dan "kuku" (nail).
Nama "ela" dalambahasa Inggeris, iaituyard, berasal daripada perkataan "cabang lurus" atau "rod", tetapi asal yang tepat untuk ukuran ini tidak dapat dipastikan. Ada yang mempercayai bahawa ela berasal daripada hasta kembar. Satu "hasta" ialah jaraklengan bawah di antara siku denganjari tengah. Ada juga yang mempercayai bahawa ela datang daripada jarak langkah ketika berjalan biasa. Satu postulat mengatakan bahawa ela berasal daripada lilitanpinggang, sedangkan satu postulat lagi menuntut bahawa ukuran ini dicipta olehHenry I dariEngland dan merupakan jarak antara hujunghidung dengan hujung ibu jari baginda. Kesemua ini lebih mungkin merupakan peristiwa pemiawaian berbanding penciptaan ukuran ini.
Beberapa pemiawaian ela telah dibuat dan menghasilkan panjang kayu ukur yang berbeza-beza. Ela moden merupakan tolak ansur antara piawai lamaBritish danAmerika Syarikat yang ditentukur berdasarkan meter.