Seorang penunggang muda di pertunjukan kuda di Australia
Ekuestrianisme (daripada bahasa Latin:equester,equestr-, "penunggang kuda"),[1] juga lebih dikenali sebagaimenunggang kuda atauberkuda, merujuk kepada kemahiran menunggang, memandu, melompat halangan atau melombol dengankuda. Takrifan umum ini mencakupi penggunaan kuda untuk tujuan-tujuan pekerjaan, pengangkutan, rekreasi, seni atau kebudayaan, dan sukan.
Seorang penunggang muda dariTibet. Menunggang kuda adalah kaedah pengangkutan yang wajib di tempat-tempat yang rupa buminya tidak mengizinkan kaedah lain
Kuda dilatih dan ditunggang untuk tujuan-tujuan pekerjaan praktis sepertikerja polis ataupun menggiring haiwan ternakan diladang. Ia juga digunakan dalamsukan kompetitif termasuklahdressage,lumba kuda lasak,eventing,show jumping,pancang tenda,polo,lumba kuda, danrodeo. Bentuk-bentuk peraduan yang terkenal dianjurkan dipertunjukan kuda di mana kuda melakukan pelbagai disiplin. Kuda (dan juga saudaranya sepertibaghal dankeldai) ditunggang untuk tujuan bukan rekreasi sepertimemburu atau bersiar-siar. Di seluruh dunia terdapat kemudahan laluan kuda untuk kegunaan awam; kebanyakan taman, ladang dan kandang awam menawarkan kemudahan menunggang secara terbimbing mahupun berdikari. Kuda juga digunakan untuk tujuanterapi dalam bentuk perlumbaan paraekuestrian khusus mahupun tunggangan bukan sukan untuk meningkatkan kesihatan insan dan perkembangan emosi.
Kuda juga dipandu untuk menarik pedati dalamlumba kereta kuda, dipertunjukan kuda dan jenis persembahan yang lain, baik dalamlakonan sejarah mahupun upacara. Di sesetengah negara, kuda masih digunakan untuk tujuan praktik seperti pertanian.
Kuda masih digunakan dalam perkhidmatan awam: di upacara tradisional (perarakan, pengebumian),polis dan peronda sukarelawan berkuda, serta usahamencari dan menyelamat.
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawaiDewan Bahasa dan Pustaka. Silamembantu, bahan-bahan boleh didapati diEquestrianism(Inggeris).Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak diterjemahan Google. Walau bagaimanapun,jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan:Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Lukisan gua prasejarah, menunjukkan kuda dan penunggangnya