Ekonomi (daripadabahasa Yunani οίκος – "kediaman" dan νέμoμαι – "urus"[1]) ialah kawasanpengeluaran,agihan danperdagangan, sertapenggunaanbarang dan perkhidmatan oleh ejen yang berbeza. Difahami dalam maksud terluasnya, 'Ekonomi ditakrifkan sebagaidomain sosial yang menekankan amalan, wacana, dan ungkapan bahan dikaitkan dengan pengeluaran, penggunaan, dan pengurusan sumber'.[2] Ejen ekonomi boleh jadi individu, perniagaan, pertubuhan, atau kerajaan. Urus niaga ekonomi berlaku apabila dua kumpulan atau pihak bersetuju dengan nilai atau harga barang atau perkhidmatan yang diurus, biasanya dinyatakan dalam suatumata wang tertentu. Walau bagaimanapun, urus niaga kewangan hanya menerangkan sebahagian kecil domain ekonomi. Aktiviti ekonomi terdorong oleh pengeluaran yang menggunakan sumber asli, pekerja dan modal. Ia berubah dari masa ke masa disebabkan oleh teknologi (automasi, pencepat proses, pengurangan fungsi kos),inovasi (keluaran baru, perkhidmatan, proses, mengembangkan pasaran, pempelbagaian pasaran, peluang pasaran, meningkatkan fungsi hasil) seperti, yang mengeluarkan harta intelek dan perubahan dalamhubungan industri (yang paling ketaraBuruh kanak-kanak digantikan di beberapa bahagian di dunia denganakses sejagat kepada pendidikan). Ekonomi tertentu ialah hasi satu set proses yang melibatkan budayanya, nilai, pendidikan, evolusiteknologi, sejarah, organisasimasyarakat, struktur politik dan sistem perundangan, sertageografinya, penganugerahan sumber asli, dan ekologi, sebagai faktor utama. Faktor-faktor ini memberi konteks, kandungan, dan menetapkan syarat dan parameter di mana suatu ekonomi berfungsi. Dalam kata lain, domain ekonomi ialah domain sosial amalan dan urus niaga manusia. Ia tidak dapat berdiri sendiri.
Mikroekonomi merupakan pengajian ekonomi yang meganalisis unit-unit ekonomi secara individu seperti gelagat pengguna dan pengeluar atau suatu pasaran secara tersendiri berdasarkan kesuluruhan kegiatan ekonomi.
Fokus Pengkajian: Mikroekonomi memfokuskan pada persoalan persoalan yang khusus iaitu menglibatkan pengguna, firma dan pasaran.
Isu Utama Analisis Mikroekonomi:
Apakah jenis barang dan berapa banyak barang itu dikeluarkan?
Makroekonomi adalah satu bidang pengkajian ekonomi yang menyeluruh yang melibatkan pemboleh ubah ekonomi seperti pendapatan negara, guna tenaga, inflasi dan imbangan pembayaran.
Fokus Pengkajian: Makroekonomi mengkaji kegiatan dan peranan yang dimainkan oleh sektor isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negara secara menyeluruh.
Skop Analisis Mikroekonomi:
Faktor-faktor yang menentukan tingkat kegiatan ekonomi
Masalah-masalah makroekonomi yang dihadapi negara
Dasar-dasar kerajaan untuk mengatasi masalah makoroekonomi bagi mencapai penggunaan sumber yang efisien dalam keadaan harga yang setabil.
Sumber ekonomi merupakan segala faktor pengeluaran yang boleh digunakan dalam proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan.
Sumber Ekonomi Terbahagi Kepada:
Tanah dan Sumber Asli: Segala sumber alam semulajadi yang terdapat pada permukaan atau perut bumi yang boleh digunakan dalam pengeluarang barangan dan perkhidmatan, cth: petroleum
Buruh: Faktor pengeluaran yang menyumbang tenaga mental dan fizikal dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Terbahagi kepada buruh mahir dan tidak mahir.
Modal: Faktor pengeluaran ciptaan manusia seperti mesin, jentera, kilang dan peralatan yang digunakan bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran.
Konsep kekurangan merupakan asas kepada ilmu ekonomi. Ekonomi diterbitkan bagi mangatasi masalah kekurangan sumber dalam memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
Masalah kekurang terbit apabila sumber sedia ada tidak dapat memenuhi pengeluaran barangan dan perhidmatan pada tahap yang diinginkan.
Kwik Khing Djoen (1923). "economie (H) economy (E)".Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 87.ilmoe jang membitjaraken prihal kekajahan, teroetama prihal wetwet jang sendirinja berlakoe atas pangeloearan barang, pemakean barang, pembagian barang dan tentang toekar-menoekar dengan perantarahannja barang.
M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009)."economie (huishoudkunde)".Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.Ontleend aan Latijnoeconomia ‘organisatie, huishouding’ < Grieksoikonomíā ‘id.’, samengesteld uitoĩkos ‘woning’ en een afleiding vannómos ‘regel, wet’...CS1 maint: multiple names: editors list (link)
Aristotle, Politics, Book I-IIX, translated by Benjamin Jowett,Classics.mit.edu
Barnes, Peter, Capitalism 3.0, A Guide to Reclaiming the Commons, San Francisco 2006,Whatiseconomy.com
Dill, Alexander, Reclaiming the Hidden Assets, Towards a Global Freeware Index, Global Freeware Research Paper 01-07, 2007,Whatiseconomy.com
Fehr Ernst, Schmidt, Klaus M., The Economics Of Fairness, Reciprocity and Altruism - experimental Evidence and new Theories, 2005, Discussion PAPER 2005-20, Munich Economics,Whatiseconomy.com
Marx, Karl, Engels, Friedrich, 1848, The Communist Manifesto,Marxists.org
Stiglitz, Joseph E., Global public goods and global finance: does global governance ensure that the global public interest is served? In: Advancing Public Goods, Jean-Philippe Touffut, (ed.), Paris 2006, pp. 149/164,GSB.columbia.edu
Where is the Wealth of Nations? Measuring Capital for the 21st Century. Wealth of Nations Report 2006, Ian Johnson and Francois Bourguignon, World Bank, Washington 2006,Whatiseconomy.com.