Eduard Dietl | |
---|---|
![]() Generaloberst Dietl, April 1943 | |
Kelahiran | (1890-07-21)21 Julai 1890 Bad Aibling,Kerajaan Beraja Bavaria,Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 23 Jun 1944(1944-06-23) (umur 53) berhampiranRettenegg,Reichsgau Steiermark,Jerman NazisekarangRettenegg,Styria,Austria |
Disemadikan | Tanah Perkuburan UtaraMunich Plot 114—Row 1—Grave 34 |
Kesetiaan | ![]() ![]() ![]() |
Tahun perkhidmatan | 1910–44 |
Pangkat | Generaloberst |
Unit | Gebirgsjäger |
Arahan | Divisyen Gunung Ke-3 JermanTentera Darat Gunung Ke-20 Jerman |
Pertempuran | Perang Dunia I |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang |
Eduard Wolrath Christian Dietl 21 Julai 1890 – 23 Jun 1944 adalah seorangKolonel Jeneral Jerman dalamPerang Dunia II. Beliau telah dilahirkan diBad Aibling,Bavaria. Beliau juga adalah penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang, yang dikurniakan untuk mengiktiraf keberanian luar biasa dalam medan pertempuran atau kepimpinan tentera yang berjaya.
Eduard Dietl ialah anak seorang pegawai kewangan Bavaria.[1] Pada tahun 1909, pada percubaan kedua untuk menyertai 5. Bavarian Infanterie Regiment, beliau akhirnya menjadi pegawai kadet. Selepas belajar di Kriegschule diMunich, beliau telah ditauliahkan sebagaiLeutnant pada Oktober 1911. Pada Oktober 1915 beliau telah dinaikkan pangkat keOberleutnant dan bertugas sebagai komander kompeni dengan rejimennya. Pada Mac 1918, beliau telah dinaikkan pangkat keHauptmann. Beliau telah tercedera sebanyak empat kali semasa bertempur dalamPerang Dunia I. Beliau menyertai DAP (Deutsche Arbeiter Partei) danFreikorpsFranz Ritter von Epp pada tahun 1919. Dietl telah bersiap dengan kompeninya pada 9 November 1923 untuk menyokongAdolf Hitler dan pemberontak didalamBeer Hall Putsch. Bagaimanapun ia tidak datang untuk campur tangan.
Dietl terus berkhidmat didalam Tentera Darat Jerman dan, selakuGeneralmajor, beliau membantu mengaturSukan Olimpik Musim Sejuk 1936 yang berlangsung di Garmisch-Partenkirchen.[2]
Dietl memerintahDivisyen Gunung Ke-3 Jerman yang terlibat dalampencerobohan Norway pada 9 dan 10 April 1940. Sebahagian besar divisyen ini telah mendarat diNarvik oleh sebuah pasukan tentera laut Jerman yang terdiri dari 10 buahkapal pembinasa, diperintah oleh KomodorFriedrich Bonte, pada 9 April 1940.Angkatan laut British yang dipimpin oleh kapal tempurHMSWarspite telah memusnahkan semua sepuluh pembinasa yang mengangkut askar-askar Dietl ke Narvik dan dapatmenawan semula bandar tersebut. Askar gunung Dietl berundur ke kawasan berbukit dan kemudian menawan semula bandar tersebut apabila Britain meninggalkan daya usaha mereka untuk mengusir pihak Jerman dari Norway disebabkan kejayaan Jerman diBarisan Barat (sempadan Perancis-Jerman,Luxembourg,Belgium danBelanda).
SeorangNazi yang meyakinkan dan merupakan salah seorang jeneral kesukaan Hitler, beliau merupakan perajurit Jerman pertama yang menerima, pada 19 Jun 1940, darjah Daun Oak bagiKnight Cross of the Iron Cross. Dietl juga popular dikalangan orang-orangnya dan sekutuFinland.[3]
Dietl selepas itu memerintah tentera Jerman di Norway dan utaraFinland danEropah Timur dan naik ke pangkatGeneraloberst (setaraf denganJeneral empat bintang), memerintahTentera Darat Gunung Ke-20 diutara Barisan Timur, di mana hasilKempen Artik Jerman tidak memuaskan. Dietl pada mulanya menolak kenaikkan pangkat, tetapi telah diyakinkan untuk menerima perlantikkan oleh GeneraloberstAlfred Jodl.[3] Pada 23 Jun 1944, sebuah pesawatJunkers Ju 52 yang membawa Dietl,General der InfanterieThomas-Emil von Wickede,General der GebirgstruppeKarl Eglseer,Generalleutnant Franz Rossi dan tiga penumpang yang lain terhempas di persekitaran kampung kecilRettenegg,Styria; tiada yang terselamat.
Sehingga tahun 1997, perbandaranRingelai diHutan Bavaria menyanjungi Dietl dengan sebuah plak peringatan. Sehingga tahun 1977, tapak ini sebaliknya menghormatiAlbert Leo Schlageter.[4] Freyung menyanjungi Dietl dengan jalanGeneral-Dietl-Straße.[5]
Date | Original German Wehrmachtbericht wording | Direct English translation |
---|---|---|
Monday, 10 June 1940 | [Der heldenhafte Widerstand den die Kampfgruppe des Generalleutnants Dietl seit vielen Wochen, vereinsamt unter den schwersten Bedingungen, in Narvik gegen eine überwältigende feindliche Übermacht geleistet hat, erhielt heute seine Krönung durch den völligen Sieg.]Error: {{Lang}}: text has italic markup (help)[12] | The heroic resistance of Lieutenant General Dietl's battle group in Narvik, isolated under the most difficult conditions for many weeks, and against overwhelming enemy superiority, was today crowned by total victory. |
29 Januari 1910: | Gefreiter[13] |
11 Mac 1910: | Unteroffizier[13] |
4 Mei 1910: | Fähnrich[13] |
26 Oktober 1911: | Leutnant (Leftenan Muda)[13] |
9 Julai 1915: | Oberleutnant (Leftenan)[13] |
19 Ogos 1919: | Hauptmann (Kapten) efektif pada 18 Oktober 1918[13] |
1 Februari 1930: | Major (Mejar)[13] |
1 Februari 1933: | Oberstleutnant (Leftenan Kolonel)[13] |
1 Januari 1935: | Oberst (Kolonel)[13] |
31 Mac 1938: | Generalmajor (Brigedier Jeneral) efektif pada 1 April 1938[13] |
20 April 1940: | Generalleutnant (Mejar Jeneral) efektif pada 1 April 1940[13] |
19 Julai 1940: | General der Infanterie (Jeneral Infantri) efektif pada 1 Julai 1940, kemudian dinamakan semulaGeneral der Gebirgstruppe (Jeneral Pasukan Gunung)[13] |
1 Jun 1942: | Generaloberst (Kolonel Jeneral)[13] |
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh tiada | Panglima3. Gebirgs-Division 1 Mei 1938 – 14 Jun 1940 | Diikuti oleh: General der GebirgstruppenJulius Ringel |
Didahului oleh tiada | PanglimaGebirgs-Armeekorps Norwegen 14 Jun 1940 – 15 Januari 1942 | Diikuti oleh: GeneralfeldmarschallFerdinand Schörner |
Didahului oleh GeneraloberstNikolaus von Falkenhorst | PanglimaLappland Armee 15 Januari 1942 – 20 Jun 1942 | Diikuti oleh: dibentuk semula sebagai20. Gebirgs-Armee |
Didahului oleh tiada | Panglima20. Gebirgs-Armee 20 Jun 1942 – 23 Jun 1944 | Diikuti oleh: Generaloberst Dr.Lothar Rendulic |