Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

EA-18G Growler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
EA-18G Growler
PerananPeperangan elektronik
PengeluarBoeing
Penerbangan sulung15 Ogos 2006
Diperkenalkan22 September 2009[1]
StatusAktif
Pengguna utamaTentera Laut Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja Australia
Dikeluarkan2004–kini
Jumlah dibina172, sehingga 2021[2]
Kos seunitAS$68.2 juta (kos terbang, FY2012)[3]
Dibangunkan dariF/A-18F Super Hornet

BoeingEA-18G Growler merupakan sebuah pesawat terbitan daripadaF/A-18F Super Hornet versipeperangan elektronik. Ia memiliki dua tempat duduk dan dioperasikan di ataskapal pengangkut pesawat. Pengeluaran pesawat ini telah bermula pada tahun 2007 dan dijangka akan mula diaturgerak ke armada kapal pengangkut pesawatAmerika Syarikat pada tahun 2009. Pesawat EA-18G akan menggantikan penggunaan pesawatEA-6B Prowler yang kini masih digunakan olehTentera Laut Amerika Syarikat.

Sejarah operasi

[sunting |sunting sumber]

Amerika Syarikat

[sunting |sunting sumber]
Sebuah EA-18G daripadaVAQ-129 "Vikings" sedang menjajarkan dirinya bagi pendaratan di atas kapal pengangkut pesawatUSSRonald Reagan

Pesawat Growler pertama yang diterima bagi kegunaan armada secara rasminya diterima olehVAQ-129 "Vikings" diNAS Whidbey Island, pada 3 Jun 2008.[4] Pihak tentera laut merancang untuk membeli sekitar 85 buah pesawat untuk membentuk 11 skuadron setakat tahun 2008.[4] EA-18G selesai menjalani penilaian operasi pada akhir bulan Julai 2009 dan ia dinilai sebagai berkesan dari segi operasi dan sesuai untuk kegunaan operasi.[5][6] Pada 5 Ogos 2009, EA-18G Growler daripadaSkuadron Penyerang Elektronik 129 (VAQ-129) danSkuadron Penyerang Elektronik 132 (VAQ-132) menyudahkan ujian pendaratan di atas kapal pengangkut pertama mereka di atas kapalUSS Harry S. Truman (CVN-75).[7]

Skuadron EA-18G pertama yang mendapat status aturgerak adalahVAQ-132 "Scorpions", yang mana mendapat status operasi pada Oktober 2009.[8] Aturgerak pertama operasi pesawat Growler diumumkan pada 17 Februari 2011.[9] Semasa dalam perkhidmatan, panggilan radio bagi EA-18 adalah "Grizzly". Nama gelaran "Growler" kedengaran seolah-olah nama EA-6B's "Prowler", maka "Grizzly" akan digunakan bagi mengelakkan kekeliruan.[10] Menjelang Mei 2011, 48 buah Growler telah diserahkan kepada Tentera Laut A.S.[11]

EA-18G Growler daripadaVAQ-141 mendarat diStesen Udara Tentera Laut Atsugi, Jepun.

Dengan penamatan khidmatpenyesak jarak jauh EB-52H, Growler menjadi satu-satunya pesawat penyerak taktikal insani yang masih digunakan. Pengarah Staf Udara, Mej. Jen. David Scott menyatakan bahawa Tentera Udara A.S akan menyediakan pegawai peperangan elektronik untuk terbang di atas pesawat Growler milik Tentera Laut A.S, tanpa sebarang dana untuk membeli pesawat tambahan.[12] Anggota Tentera Udara A.S. daripadaSkuadron Tempur Elektronik ke-390 yang berpangkalan diNAS Whidbey Island telah menyokong dan menerbangkan pesawat Growler.[13]

EA-18G pertama kali digunakan dalam pertempuran semasaOperasi Odyssey Dawn, yang mana menguatkuasakanzon larangan terbang PBB diLibya pada tahun 2011.[14][15] Lima buah EA-18G telah diaturgerak daripada Iraq bagi menyokong operasi di Libya pada tahun 2011.[16]

Australia

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 2008, kerajaan Australia memohon kelulusan eksport daripada kerajaan A.S untuk membeli sehingga 6 buah pesawat EA-18G,[17] yang mana merupakan sebahagian daripada pesanan untuk sejumlah 24 buah pesawat F/A-18F Super Hornet.[18] Pada 27 Februari 2009, Menteri PertahananJoel Fitzgibbon mengumumkan bahawa 12 buah daripada 24 buah Super Hornet yang sedang dipesan akan dihard wired semasa menjalani proses pemasangan di kilang dengan ciri-ciri bersuaian untuk diubah menjadi pesawat EA-18G pada masa depan. Pendawaian tambahan ini melibatkan kosA$35 juta. Keputusan akhir berkenaan pengubahsuaian kepada EA-18G pada harga A$300 juta diumumkan pada bulan Mac 2012.[19][20]

Pada 23 Ogos 2012, kerajaan Australia mengumumkan bahawa 12 buah pesawat Super Hornet akan dilengkapi dengan keupayaan Growler dengan kos A$1.5 bilion;[21] menjadikan Tentera Udara Diraja Australia satu-satunya tentera selain A.S yang menggunakan peralatan penyerak elektronik Growler.[22] Pada 3 Mei 2013, kerajaan Australia mengumumkan ia akan membeli 12 buah pesawat baru Growler bagi menyokong armada Super Hornet.[23]

Australia menerima kumpulan pertama 12 buah Growler pada 29 Julai 2015, dengan penghantaran pesawat selebihnya dijangka pada tahun 2017.[24] Uniknya, pesawat Growler Australia akan dipasang dengan pod bidikan ASQ-228 ATFLIR dan juga tambahan persenjataan udara ke udara iaitu peluru berpanduAIM-9X.[25] Pesawat ini akan dioperasikan olehSkuadron No. 6 Tentera Udara Diraja Australia.[26]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaEA-18G_IOC
  2. ^https://seapowermagazine.org/u-s-navy-on-track-to-sell-replacement-ea-18g-growler-aircraft-to-australia/
  3. ^"Fiscal Year (FY) 2013 President's Budget Submission: Navy Justification Book Volume 1 Aircraft Procurement, Navy Budget Activities 1–4."U.S. Department of Defense, February 2012. Retrieved: 24 March 2012.
  4. ^abRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaNavy_Welcomes
  5. ^Fulghum, David A."Classified Tests Show Growler Ready for Ops."Aviation Week, 6 August 2009.Diarkibkan 2014-10-06 diWayback Machine
  6. ^Fein, Geoff."EA-18G Given High Marks In OPEVAL, Boeing Says" (log in required).Defense Daily, 4 August 2009.
  7. ^Evans, Mark L.; Gordon, Dale J. (Summer 2010)."Year in Review 2009"(PDF).Naval Aviation News. m/s. 24.ISSN 0028-1417. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 5 December 2010. Dicapai pada12 October 2010.
  8. ^"VAQ-132 Becomes First Operational Growler Squadron Safe for Flight."Diarkibkan 2011-06-04 diWayback MachineU.S. Navy, 8 October 2009.
  9. ^"Boeing EA-18G Growlers Deployed by US Navy."Air-attack.com, 17 February 2011.
  10. ^"New ops nickname for EA-18G."Navytimes.com, 9 June 2009.
  11. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBoe_EA-18G_overv
  12. ^Tirpak, John A."Seeking Growler Backseat, No BUFF SOJ."Airforce-magazine.com, 20 October 2009. Retrieved: 15 July 2011.
  13. ^"390th Electronic Combat Squadron".cnic.navy.mil. Dicapai pada2016-06-28.
  14. ^Ackerman, Spencer."In combat debut, Navy jammer targets Libyan tanks."Condé Nast viaWired, 21 March 2011. Retrieved: 12 March 2013.
  15. ^"Growlers in action only 48 hours after Libya notification."Sea Power Magazine (Navy League of the United States), 16 April 2012. Retrieved: 2 March 2013.[pautan mati]
  16. ^"Roughead: Ships Were Ready for Odyssey Dawn."American Forces Press Service (US Navy), 23 March 2011.
  17. ^Dodd, Mark."RAAF likes the sound of the Growler."The Australian, 15 August 2008. Retrieved: 15 July 2011.
  18. ^Kelly, Emma."Australia expands P-3 upgrade, plays down Growler reports."Flight International, 22 August 2008. Retrieved: 15 July 2011.
  19. ^"Super Hornets Wired For Future Upgrade."Australian Department of Defence, 27 February 2009.
  20. ^McPhedran, Ian (22 February 2012)."$200m refit to give fighter jets growl".The Advertiser. Diarkibkan daripadayang asal pada 12 June 2012.
  21. ^"Super Hornets to get electronics jammer".ABC News. Australian Broadcasting Corporation. 23 August 2012. Diarkibkan daripadayang asal pada 8 January 2016.
  22. ^Grubel, James (23 August 2012), Laurence, Jeremy (penyunting),Australia fighter jets first to get hi-tech U.S. jammers, Reuters, diarkibkan daripadayang asal pada 2015-07-23, dicapai pada2017-03-14
  23. ^Taylor, Ellis."Canberra commits to new Growlers, but remains coy on F-35s."Flight, 3 May 2013.
  24. ^Brian Kelly (29 July 2015)."Boeing's Growler Program Manager Optimistic About Line's Future". CBS Local. Dicapai pada30 July 2015.
  25. ^Pittaway, Nigel (29 July 2015)."Boeing Rolls Out First Growler for Australia".Defense News. Dicapai pada30 July 2015.
  26. ^Popp, Tony (21 November 2013)."Growler one step closer".Air Force: 3. Dicapai pada18 November 2013.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanEA-18G Growler
Pesawat tenteraBoeing
Pesawat pejuang/penyerang:
Pengebom

Y1B-9 ·XB-15 ·B-17 ·B-29 ·B-47 ·B-50 ·B-52 ·B-1B

Pengangkut berenjin piston

C-73 ·C-75 ·C-97 ·C-98

Pengangkut jet

C-135 ·C-137 ·CC-137 ·YC-14 ·C-17 ·C-22 ·VC-25A ·C-32 ·C-40

Pengangkut-penangki
Pelatih
Peronda dan pengawasan

XPBB ·P-8 ·EC-135 ·EC-18 ·E-3 ·E-4 ·E-6 ·E-8 ·E-10 ·E-767 ·737 AEW&C

Pengawasan
Eksperimen/Prototaip/UAV

A160 ·Bird of Prey ·X-20 ·X-32 ·X-36 ·X-37 ·X-40 ·X-45 ·X-50YAL-1 ·

Senarai berkaitan dengan penerbangan
Umum
Ketenteraan
Kemalangan/Kejadian
Rekod
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=EA-18G_Growler&oldid=5608832"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp