Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Dwidewan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perundangan
Dewan
Parlimen
Prosedur parlimen
Jenis
Badan perundangan mengikut negara

Sistem dwidewan (Jawi: دويديوان) ialah sejenisbadan perundangan yang terdiri dari dua dewanmajlis perundingan yang berbeza di mana setiap dewan mempunyai ahli serta cara pemilihannya yang tersendiri. Sistem dwidewan berbeza daripada sistem ekdewan, di mana semua anggota berunding dan mengundi sebagai kumpulan yang tersendiri. Setakat 2022[kemas kini], kira-kira 40% daripada badan perundangan negara-negara ialah dwidewan, sementara sistem ekdewan mewakili 60% di peringkat negara dan banyak di peringkat subnegara.[1]

Selalunya, anggota di kedua-dua dewan dipilih atau dilantik mengikut kaedah yang berbeza, di mana berubah dari bidang kuasa ke bidang kuasa yang lain. Ini selalunya boleh membawa kepada kedua-dua dewan mempunyai komposisi anggota yang berbeza.

Penggubalan undang-undang utama biasanya memerlukanmajoriti sejajar — penerimaan majoriti anggota di setiap dewan undangan. Apapbila ini berlaku, badan perundangan ini dipanggil sebagai contoh kepadasistem dwidewan sempurna. Bagaimanapun, dalam kebanyakansistem berparlimen dansepara presiden, dewan yangdipertanggungjawabkan kepada badan eksekutif (sepertiDewan Rakyat United Kingdom danDewan Undangan Negara Perancis) boleh membantah dewan satu lagi (sepertiDewan Pertuanan United Kingdom danDewan Senat Perancis) dan boleh menjadi contoh bagisistem dwidewan sumbing. Sesetengah badan perundangan bersandarkan di antara kedua-dua kedudukan tersebut, dengan satu dewan boleh membantah rang undang-undang dewan lain hanya mengikut keadaan tertentu.

Contoh Parlimen Dwidewan di seluruh dunia

[sunting |sunting sumber]

Berikut adalah beberapa contoh Parlimen dwidewan di seluruh dunia. Lazimnya, dewan rendah yang dipilih rakyat akan dipanggil dewan perwakilanrepresentative ataucommon. Manakala dewan yang tinggi di mana ahlinya dilantik akan dipanggil Senat atau Majlis Negeri-negeri atau provinsi. Walaupun begitu terdapat beberapa negara di mana ahli dari kedua-dua dewan adalah dipilih oleh rakyat misalnyaThailand. Di rantau Asia Tenggara, hanyaSingapura danBrunei mangamalkan sistem parlimen satu dewan.

NegaraNama Dewan
Afrika SelatanNational Assembly (Perhimpunan Kebangsaan) danNational Council of Provinces
Amerika SyarikatHouse of Representatives (Dewan Perwakilan) danSenate (Dewan Senat)
ArgentinaCámara de Diputados (Dewan Perwakilan) danSenado (Dewan Senat)
AustraliaHouse of Representatives danSenate
KanadaHouse of Commons danSenate
FilipinaKapulungan ng mga Kinatawan (Dewan Perwakilan Rakyat) danSenado (Dewan Senat)
IndiaLok Sabha (Dewan Rakyat) danRajya Sabha (Majlis Negeri-Negeri)
IndonesiaDewan Perwakilan Rakyat dan Dewan Perwakilan Daerah
IrelandDáil Éireann (Dewan Perwakilan) danSeanad Éireann (Dewan Senat)
JepunDewan Rakyat (衆議院,Shuugi-in) dan Dewan Pertuanan (参議院,Sangi-in)
JermanBundestag danBundesrat
MalaysiaDewan Rakyat dan Dewan Negara
PerancisAssemblée Nationale (Perhimpunan Kebangsaan) danSenat (Dewan Senat)
RusiaStateDuma (Dewan Rakyat) dan Federation Council (Majlis Persekutuan)
SepanyolCongreso de los Diputados (Dewan Perwakilan) danSenado (Dewan Senat)
Thailandsapha phuthaen ratsadon - สภาผู้แทนราษฎร (Dewan Perwakilan) danwuthisapha - วุฒิสภา(Dewan Senat)
United KingdomHouse of Commons (Dewan Perwakilan) danHouse of Lords (Dewan Pertuanan)

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"IPU PARLINE database: Structure of parliaments".ipu.org. 2022.Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2019. Dicapai pada25 October 2015.

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]

Templat:National bicameral legislatures

Dwidewan diprojek saudara:
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negaraSunting ini di Wikidata
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dwidewan&oldid=6342245"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp