Duta besar (perkataandutaدوتا serapanSanskrit:दूतdūta "utusan";[1]bahasa Inggeris:ambassador) merupakan perwakilandiplomatik tertinggi sesebuahnegara dengan negara lain dalamhubungan antarabangsa. Seseorang duta besar diterima olehketua negara dengan menyerahkan surat watikah lantikan dalam satu upacara rasmi negara tersebut. Perwakilan tersebut menjadi pihak penghubung antara negara mereka dengan negara tuan rumah dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial. Perwakilan mempunyaihak kekebalan di negara tuan rumah.
Peraturan antarabangsa mengenai duta ini telah dimeterai dalamKongres Vienna pada 19 Mac 1815 antara ketua negara Eropah. Konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik kemudiannya ditandatangani pada 18 April 1961 yang mengukuhkan lagi kedudukan duta besar sebagai perwakilan negara asing yang tertinggi.
Duta Besar Istimewa dan Mutlak (Ambassador Extraordinary & Plenipotentiary) - Orang yang dilantik sebagai pegawai diplomatik yang mempunyai kuasa yang mutlak dan istimewa mewakili negaranya dalam urusan antarabangsa.
Kuasa usaha (charge d'affaires) - Penjawat yang mewakili Kementerian Luar Negeri sesebuah negara yang ditempatkan di luar negara. Jawatan tersebut merupakan pangkat tertinggi selepas duta besar di pejabat kedutaan. Semua pegawai diplomatik yang ditempatkan di sesebuah negara asing biasanya dikenali sebagai kor diplomat dan duta besar bertindak sebagai ketua. Para diplomat dan kakitangannya serta keluarga mereka diberikan hak imuniti (kekebalan).
^Monier-Williams, Monier (1981).A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 489. - melaluiEdi Sedyawati dkk. (1994).Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 64.