Duruzi ([درزي,derzī ataudurzī]Error: {{Lang-xx}}: text has italic markup (help), jamal دروز,durūz),bahasa Inggeris:Druze merupakan salah satu cabang fahaman atau agama pecahan dariSyiahIsmailiyah pada zaman eraKerajaan Fatimiyyah pada abad ke-10. Fahaman ini diasaskan oleh Tariq al-Hakīm. Fahaman ini adalah bukan fahaman Islam (non-Muslim religion) akan tetapi fahaman yang dibawa adalah agak mirip dengan ajaran IslamSyiah danKristian. Kebanyakan mereka berbangsa Arab dan mengakui bahawa mereka berbangsa Arab tetapi rakyat Israel berfahaman Duruzi ini menafikan dari bangsa Arab. Perkataan daruzi diambil sempena nama seorang tokoh Muhammad A-Darazi.
Mereka ini terdapat di negara-negara Arab khususnya diLubnan (Beirut),Palestin/Israel,Syria danTurki serta sebilangan kecil darinya berada di negara-negara lain sebagai pekerja mahir.
Druze (juga turut dikenali sebagai Druse;bahasa Arab:darazī درزي, maj.durūz دروز) adalah sebuah komuniti keagamaan yang umumnya berasal dariTimur Tengah. Kelompok ini muncul dariIslam danKristian serta dipengaruhi oleh agama-agama dan falsafah-falsafah lain, termasukfalsafah Yunani. Kaum Druze menganggap dirinya sebagai "sebuah fahaman (sakte) Islam Uniat, pembaruan"(Catatan 1), meskipun mereka tidak dianggapMuslim oleh kebanyakan Muslim di wilayah tersebut. Kaum Druze menyebut dirinyaUmat Monoteisme atauMuwahhidūn (“Monotheis”). Asal-usul namaDruze ditelusuri keMuhammad ad-Darazī, yang terkenal sebagai pengasas kepada fahaman ini.
Kaum Druze kebanyakan tinggal diLubnan, meskipun ada pula komuniti yang kecil tinggal diIsrael,Syria, danJordan.
Komuniti-komuniti besar yang terdiri dari kaum ekspatriat terdapat diAmerika Syarikat,Kanada,Amerika Latin,Afrika Barat,Australia danEropah. Mereka menggunakanbahasa Arab dan mengikuti pola sosial yang sangat mirip dengan masyarakat yang berbangsaArab akan tetapi ada kelainan dari wilayah penduduk Arab itu. Kebanyakan penganut fahaman Druze menganggap diri mereka Arab.[1]
Diperkirakan terdapat sekitar 2.3 juta penganut fahaman Druze di seluruh dunia, dan kebanyakan daripadanya berada diLevant atau Mediteranian Timur.[2] Namun, sejumlah orang memperkirakan keseluruhan populasi Druze hanyalah sekitar 450,000 orang sahaja.[3]
Agama ini berkembang dariIslamIsmailiyah, sebuah gerakan falsafah yang didasarkan padaBani Fatimiyah, padaabad ke-10, suatu masa yang kaya kebudayaannya. Agama ini tidak berusaha mengubah Islam dari arus utama melainkan menciptakan suatu agama yang sama sekali baru, yang dipengaruhi antara lain olehfalsafah Yunani,Gnostisisme danKristian.
Ada dua pelaku utama pada tahun-tahun permulaan kebangkitan ajaran fahaman Druze tersebut: Penguasa Fātimiyah yang salehTariqu l-Ḥakīm (985–1021)--juga dikenali sebagaiAl-hakim ataual-Ḥakīm bi-ˤAmru l-Lāh ("Pemimpin di dalam Nama Allah")--adalah seorang khalifah Ismaili dari Mesir yang dipercayai oleh sebahagian masyarakat sebagai benar-benar penjelmaan Allah. Imigran ParsiHamza ibn ˤAlī ibn Aḥmad adalah arkitek utama gerakan ini.Imām Ḥamza inilah yang pertama-tama secara terbuka mengumumkan bahawa Ḥakīm lebih daripada seorang manusia biasa.