Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Draco (cicak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Draco
D. taeniopterus setengah terbang, di Pulau Bulon,Thailand
D. spilonotus jantan mengembangkangelambir (lipatan tengkuk) danpatagium ("sayap") diSulawesi,Indonesia
Pengelasan saintifiks
Domain:Eukaryota
Alam:Haiwan
Filum:Chordata
Kelas:Reptilia
Order:Squamata
Suborder:Iguania
Keluarga:Agamidae
Subkeluarga:Draconinae
Genus:Draco
Linnaeus, 1758
Spesies

41 spesies (lihat teks)

Draco ialah genuscicakagamid[1] yang dikenali sebagaicicak terbang,cicak kubin,cicak kubung,cekibar ataubidadari. Cicak ini mamputerbang meluncur menggunakan membran yang boleh dikembangkan membentuk sayap (patagium), yang terbentuk daripada set rusuk yang membesar. Iapemakan seranggaarboreal.

Walaupun tidak mampu terbang dengan kuasa sendiri, cicak ini sering mendapatkan daya angkat semasa meluncur. Luncuran sejauh 60 m (200 ka) pernah direkodkan, di mana haiwan ini kehilangan ketinggian hanya 10 m (33 ka), memberikannisbah luncuran sebanyak 6:1. Ia hanya dicapai oleh cicak yang berkepanjangan penuh sekitar 20 cm (7.9 in), termasuk ekor.[2] Ia ditemui di seluruh Asia Tenggara dan India Selatan, dan agak biasa di habitat sepertihutan, kebunpinang, ladangjati dan belukar.

Sejarah penemuan

[sunting |sunting sumber]
RangkaDraco

Carl Linnaeus menghuraikan genus ini pada 1758, dengan spesies jenisnya ialahDraco volans. Nama genus ini berasal daripada istilahLatin untuknaga dalam mitologi. Pada awal dan pertengahan abad ke-20, terdapat kontroversi mengenai kemampuan meluncur mereka, dengan beberapa penulis mencadangkan bahawa patagium ini hanya digunakan untuk pajangan. Namun, penyelidikan pada akhir 1950-an dengan kukuh membuktikan fungsi meluncur patagium tersebut.[3]

Taburan

[sunting |sunting sumber]

SpesiesDraco tersebar luas di hutan-hutanAsia Tenggara, dengan satu spesies,Draco dussumieri, terdapat diIndia Selatan.[4]

Filogenetik

[sunting |sunting sumber]

Dalam Agamidae,Draco merupakan ahli subkeluargaDraconinae. Dalam Draconinae pula,Draco mempunyai hubungan paling rapat dengan genusJapalura danPtyctolaemus.[5]

Spesies

[sunting |sunting sumber]
D. dussumieri jantan menunjukkan diri kepada betina dengan mengembangkan gelambir, dariDandeli,India
SaizD. quinquefasciatus berbanding dengan tangan manusia, dariSarawak,Malaysia
D. dussumieri yang sangatsamar dariTaman Negara Bandipur, India

Kesemua 41 spesies berikut telah diakui:[1][6]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abTemplat:NRDB genus
  2. ^Piper, Ross (2007). 'Extraordinary Animals: An Encyclopedia of Curious and Unusual Animals'. Santa Barbara, California:Greenwood Press[meragukan bincang].
  3. ^McGuire, J. A.;Dudley, R. (2011-07-28)."The biology of gliding in flying lizards (genusDraco) and their fossil and extant analogs".Integrative and Comparative Biology.51 (6): 983–990.doi:10.1093/icb/icr090.PMID 21798987.
  4. ^Honda, Masanao;Ota, Hidetoshi;Kobayashi, Mari;Nabhitabhata, Jarujin;Yong, Hoi-Sen; Hikida, Tsutomu (June 1999)."Phylogenetic Relationships of the Flying Lizards, Genus Draco (Reptilia, Agamidae)".Zoological Science (dalam bahasa Inggeris).16 (3): 535–549.doi:10.2108/zsj.16.535.hdl:2241/104136.ISSN 0289-0003.S2CID 59043102.
  5. ^Wang, Kai;Che, Jing;Lin, Simin;Deepak, V;Aniruddha, Datta-Roy;Jiang, Ke;Jin, Jieqiong;Chen, Hongman;Siler, Cameron D (2019-01-01)."Multilocus phylogeny and revised classification for mountain dragons of the genus Japalura s.l. (Reptilia: Agamidae: Draconinae) from Asia".Zoological Journal of the Linnean Society.185 (1): 246–267.doi:10.1093/zoolinnean/zly034.ISSN 0024-4082.
  6. ^"Draco ".Dahms Tierleben. www.dahmstierleben.de.
  7. ^Beolens, Bo;Watkins, Michael; Grayson, Michael (2011).The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. xiii + 296 pp.ISBN978-1-4214-0135-5. (Draco beccarii, p. 21).

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanDraco (cicak)
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan denganDraco (cicak)
Draco
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Draco_(cicak)&oldid=6409917"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp